5

14 0 0
                                    

Aku sudah menerima sijil diploma. 

Terharu aku melihat rakan-rakanku serba menawan berbusana Melayu bertatah destar dan beraneka anting-anting yang mengilau disematkan sebagai perhiasan. Bersama-sama insan tercinta di sisi dan sejambak bunga di tangan setiap darinya menjadikan dunia hari ini lebih memukau dan indah untuk diharungi. Para inteligensia ini masing-masing menjajah pentas konvokesyen dengan sungguh berkarisma. Hari bahagia, mestilah perlu bergaya luar biasa!

Turun sahaja aku dari pentas gemilang itu, kaki laju memecut ke tandas sebelum otakku sempat berfikir destinasi arah yang ingin dituju. Kuat pula perut ini memulas.

Setibanya sahaja di dalam perut tandas, rasa memulas di perut ini tiba-tiba menaik. Ia tidak statik di perut, namun berjalan menyusuri kerongkong keringku dan terus memuntahkan isi di dalam.

Aik, aku rasa minggu ini aku hanya makan nasi berlauk yang dimasak oleh papa dan aku sendiri saja? Lepas ini baru nak meraikan kejayaan aku dengan makan di restoran. Apa pula makanan yang aku dah salah makan ni.

Tetapi sebenarnya taklah pelik sangat, kerana beberapa hari ini aku memang rasa tidak sedap badan.

Aku mengeluarkan kit kehamilan urin yang aku sudah lama sediakan di dalam beg tanganku. Setelah menunggu lebih kurang 5 minit untuk mendapatkan hasil, aku memeriksa alat tersebut.

Dua garisan. Positif.

Pantas, beberapa titis air mataku gugur. Aku menggelengkan kepala diiringi tawa lemah. Mentertawakan takdir sendiri. Aku sudah agak akan semua ini. Dan aku takut.

Aku keluar dari tandas untuk berjumpa keluargaku.

Di sana, aku nampak papa yang sedang tersenyum gembira melayan kerenah adik-adikku. Papa memakai baju kemeja batik birunya, atau boleh dikatakan, baju terbaiknya. Papa memakai baju terbaiknya semata untuk hari konvokesyen aku.

Tanpa sedar, bibirku menyalin semula senyuman papa. Selepas sahaja aku turun daripada pentas mengambil sijil, aku terus ke tandas. Tidak menemui keluargaku langsung. Bersalah berkali ganda timbul dalam hatiku.

Kalian bertanya, papa tak kerja hari ini?

Kerja mana yang cuti pada hari Rabu? Pastilah, papa kerja namun meminta cuti daripada bosnya semata ingin meraikan aku bersama keluarga. Hari yang julung kali berlaku. Hari bersuka ria, tangis bahagia.

Apa agaknya perasaan papa pabila hari ini juga aku beritahu tentang isi hidup yang sedang berada di dalam rahimku ini? Entah, siapa tahu.

Lihatlah mereka itu. Keluarga kecilku yang kurang seorang itu. Sungguh bersederhana dan tampak sungguh beruntung dalam kehidupan. Girang dan, aman. Mata mereka melilau mencari keberadaanku yang masih tidak menemui mereka, di saat anak orang lain sudah selamat dalam dakapan keluarga masing-masing.

Mereka akan tetap girangkah selepas aku beritahu mereka tentang aku?

Perlahan-lahan langkah diatur menuju mereka. Nafas cuba dihirup dan dihembus beberapa kali, tidak mahu tewas air mata di hadapan mereka. Adik-adikku yang ternampak aku, terus menjerit dan memberitahu papa, "Tu dia kakak!".

Dari selesanya duduk, segera sahaja dirinya berdiri ingin menyambutku. Baju terbaiknya itu terus dikemaskan. Pada tika kornea mata ini yang bertembung dengan kornea milik lelaki tua berusia 57 tahun itu, terus senyuman berlemaknya disedekahkan buatku. Malah di mataku ini kelihatannya semakin manis dan manis.

Aduh, senyuman itu lagi.

Setibanya di hadapan mereka, papa yang aku tuju pertama sekali. Tanpa memandang papa, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

PapaWhere stories live. Discover now