3

18 0 0
                                    

"Papa minta maaf"

Masih terngiang kekesalan suara papa menerusi pembesar suara telefon.

Ah, aku sejujurnya tidak kisah dengan keterbatasan masa dan pengangkutan milik papa. Sejak kekasih hidup papa pergi, hidupnya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan adik-adik yang masih bersekolah.

Mungkin pemergiannya untuk mengajar aku menjadi lebih berdikari. Dan berani.

Akan tetapi apa yang aku risau sekarang ini adalah, aku tidak tahu bagaimana cara untuk pulang ke rumah dengan mengangkut bersama-samaku segala perkakasan belajar di sini.

Kisahnya, aku sudah tamat pengajian. Alhamdulillah. Kini, aku perlu pulang ke rumah sekali dengan barang-barangku di hostel IPT ini kerana aku sudah tidak akan menginap lagi di sini. Biar beri peluang buat pelajar generasi baharu pula.

Tapi masalahnya, papa tidak dapat mengambil aku pulang. Tak mungkin aku ingin menggunakan khidmat bas atau mana-mana perkhidmatan awam, kerana baranganku yang berkotak-kotak itu terlalu besar memakan ruang untuk meletakkan bagasi penumpang-penumpang lain juga. Aduh, kepalaku sudah mula serabut!

Akalku segera berfikir. Aku memilih untuk menelefon Auni, rakan sekampung denganku. Telefon telah diangkat. "Assalamualaikum Auni. Kau akan pulang dengan kereta apa?"

"Waalaikumussalam. Kereta family akulah, Nissan Livina. Asal?"

"Agak-agak, muat lagi tak untuk aku tumpang sekaki?"

Bunyinya di sana agak terkejut. "Ush, confirm tak muat wei! Sekeluarga aku ikut ambil aku dan barang-barang aku pun banyak. Papa kau tak ambil?"

"Macam tulah, Ni. Erm, jap. Kau ada lesen kan? Nak tak kalau aku ajak kau sewa kereta dan kita balik sama-sama. Kos sewa, minyak, semua biar aku tanggung", di dalam nadaku terselit 1001 pengharapan agar Auni bersetuju dengan rancanganku.

"Aku bukan apa wei. Aku memang ada lesen, tapi aku tak pernah lagi pandu kereta jauh sampai merentas dua buah negeri. Tak berani aku. Kalau jadi apa-apa, kau juga yang susah nanti", ada bunyi bersalah pada nafas hembusan kata Auni.

Tak dinafikan akan konsekuensi yang Auni sebutkan itu. Nampaknya, aku perlu cuba tanya pada rakan-rakan senegeriku yang lain untuk aku kemukakan cadangan aku tadi. Semoga ada yang sudi mengemudi jalan. Semoga ada sinarnya. Semoga ada jalan keluarnya.

Seorang. Demi seorang. Demi seorang. Semuanya menolak ideaku.

Nampaknya, aku tiada pilihan lain. Terpaksalah, aku cuba bertanya pada rakan lelakiku, Aniq. Lagipun tidak menjadi masalahkan kerana papaku juga mengenali Aniq? Entahlah, yang penting aku dapat pulang jumpa keluargaku bersama barang-barangku yang maha banyaknya itu.

Aku menelefon Aniq dan melontarkan idea serta menceritakan kemelut yang dilaluiku. Tanpa aku sangka, Aniq terus sahaja bersetuju tanpa banyak berdolak-dalih. Katanya, barang-barangnya tidaklah sebanyak mana kerana dia telah berikan sebilangan kepada pelajar junior.

Alhamdulillah! Ia esoterik, bukan mudah untuk berkontemplasi dengan diri sendiri. Rasa lapang ini hanya dapat difahami oleh mereka yang ingin memahami.

Aku menelefon papa dan memberitahu bahawa aku akan pulang bersama rakanku menaiki kereta sewa. Papa turut sama menghembus nafas lega.





* * * * *

PapaWhere stories live. Discover now