#44

149 9 0
                                    

  KELAM kabut kami sekeluarga di pagi hari raya yang mulia ini. Ibu dan ummi yang sibuk dengan makanan di dapur,  abi yang pergi mencari kedai untuk membeli ais, rayden yang masih tidak dapat memakai sampinya, kayla yang masih dibuai mimpi dan aku pula, penat mencari gaya tudung yang sesuai.

Setelah 5 minit aku berserabut dengan tudung, rayden pun sudah siap memakai sampinya dengan rapi. Azan raya berkumandang.

Abi, ibu dan rayden pergi ke surau berjalan kaki. Manakala aku dan ummi bersiap-siap dan mengemas rumah agar rapi. Menyesal jugak pakai baju raya awal-awal. Berpeluh ketiak aku.

Nasib lah, aku ni jenis yang wangi.

Hihihi.

Pelbagai makanan dihidangkan di atas meja. Yang paling penting, ketupat dan rendang tidak lupa.  Makanan kegemaran aku di hari raya ini. Oh ye, laksa kegemaran aku juga ada!

Terdapat banyak lagi makanan. Sate ayam, nasi impit dan kuah kacang, bihun sup, lemang dan sedikit buah-buahan.

Selesai hidangkan makanan, abi, ibu dan rayden sudah pulang ke rumah. Sekarang, sesi yang paling aku tak suka. Sesi bermaafan. Kenapa aku tak suka? Sebab malu dan nanti aku cepat nangis.

Dimulakan dengan ibu terlebih dahulu, ummi menyalam tangan ibu. Setelah itu, ummi pula menyalam tangan abi. Diikuti pula dengan rayden dan seterusnya diakhiri dengan kayla.

Nasib raya kali ini, aku tidak menumpahkan air mata raya ye. Sebaliknya, aku nak tergelak apabila bersalaman dengan rayden. Entah kenapa, rasa kelakar tengok suami aku.

Kemudian mestilah sesi bergambar. Sesi ni aku paling tunggu-tunggukan. Telefon di letakkan di atas kerusi, menampak kan kami semua. Masing-masing dah senyum nampak gigi. Dan klik!

_

Hari raya ke-5 kami sudah pulang ke KL. Cuti tak banyak nak duduk lama dekat kampung. Kena lah balik awal. Berjam-jam tersangkut di jalan raya. Ramai orang juga turut pulang ke rumah masing-masing.

Gerak pagi, akhirnya tengah malam juga kami sampai. Penat gila. Rayden pun sudah berapa kali menguap. Kayla jangan cakap, memang awal lagi budak tu dah tidur.

Beg diangkat bawa masuk ke dalam rumah. Salam diucapkan sebelum melangkah masuk ke dalam. Selesai mandi membersihkan diri, kami terus lena dibuai mimpi.

Kring, kring!

Aku dengar loceng rumah ku ditekan. Siapa pulak yang datang rumah aku ni pagi-pagi? Tudung disarungkan. Lalu menuju ke pintu untuk melihat gerangan yang datang.

"Eh, ariana!" Jeritku gembira apabila sebaik pintu rumah dibuka, terpampang wajahnya dan pasangannya di balik pagar.

Aku berjalan menuju ke pagar, lalu menjemput masuk tetamu istimewa ku itu.

"Apasal kau datang tak roger pun?" Tegurku. Mempersilakan mereka duduk di atas sofa.

"Biarlah. Saje nak suprise kau. Lagipun aku datang ni pun, ada benda nak bagitahu." Jawabnya.

Aku letakkan balang-balang kuih raya ke atas meja untuk diberikan kepada mereka. Sejak kejadian kayla hilang itu, aku dan ariana mula berbaik. Kami mula berborak bersama melalui mesej.

"Aku tak sempat masak apa-apa pun."

"Takpe. Aku memang taknak kau masak pun. Kami baru je habis balik dari kenduri kawan aku dekat sini. Alang-alang datang la rumah kau sekejap." Terangnya. Aku mengeluh lega. Nasib lah juga dah makan. Kalau tak, apa yang aku nak masak nanti!

"Rayden mana? Tak nampak pun. Hah, anak kau tu pun takde ke?" Soalnya.

"Rayden dengan kayla pergi kedai. Kayla nak beli ais krim katanya. Jap lagi dia balik la tu." Aku bangun ke dapur untuk membuat air.

Tengah sibuk membuat air, ariana datang menjengukku.

"Besar jugak eh rumah ni. Moden betul." Ujarnya sambil memandang sekeliling rumah.

Aku diam tidak balas. Hanya ketawa kecil.

"Kau kenapa duduk sini? Teman lah buah hati kau dekat depan sana tu." Ujarku bergurau.

Ariana diam. "Aku...aku nak minta maaf dekat kau. Aku pernah tampar kau. Dan ganggu rumah tangga kau keysha." Ucapnya. Aku tahu dia memang ikhlas dengan kata-katanya.

Aku berhenti membancuh air. Memusingkan badan ke arahnya. Aku pegang bahu kanannya.

"Don't worry la. Aku pun ada salah jugak. Aku pun tampar kau balik kan." Kami berdua ketawa kecil.

"Jadi, kita berdua salah. Aku pun tak simpan dendam pun. Sekarang kita berdua bahagia dengan pilihan masing-masing."

Ariana nampak tersentuh dengan kata-kataku. Apa? Dia ingat aku ni jenis yang berdendam ke? Lagipun, setiap manusia ada kesalahan.

Dan secara tiba-tiba, ariana memeluk tubuhku. "Thanks." Aku membalas pelukannya.

Dan tanpa sedar, ada mata-mata yang sedang melihat kami berpelukan. Rayden yang sedang memakan ais krim sambil melihat kami berdrama.

Bila aku perasan yang dia ada, dia senyum manis sambil melambaikan tangannya. Aku tahan senyum. Ihh, comel!

__

"Jadi, abang rayden dengan keysha. Ariana datang ni nak kasi kad jemputan kahwin kami." Ujarnya lalu menghulurkan sekeping kad kahwin kepada ku.

Aku senyum gembira. Alhamdulillah, nak jadi isteri orang tak lama lagi. Aku dan rayden ucap tahniah kepada pasangan itu. Dapat la aku merasa nasi minyak.

Setelah dua jam berlalu dengan pelbagai ketawa dan cerita yang dikongsikan bersama, ariana dan pasangannya pulang ke rumah mereka.

Kami masuk ke dalam rumah selepas menemani tetamu hingga ke luar. Aku terus menjatuhkan diri ke atas katil. Penghawa dingin aku turunkan suhunya. Rayden juga turut berbaring disebelahku.

Aku pandang jam, pukul 4 petang. Kemudian rayden ketawa kecil. Aku kerut kening. Dah kenapa suami aku gelak ni? Risau pulak aku.

"Abang dah kenapa? Jangan buat keysha risau." Soalku. Tak ke pelik tertibe aje nak gelak. Takut aku.

"Abang cuma happy, tengok keysha dengan ariana berbaik. The small things, make me really happy." Balasnya.

Aku pulak ketawa. Siapa sangka, orang yang pernah tampar aku waktu mengandung jadi kawan aku harini? Kelakar bila teringat balik kejadian-kejadian yang 'menyakitkan hati' pada mula-mula kami kenal.

"Keysha pun susah nak percaya ariana berubah. Dapat jugak kawan baru!" Ucapku riang.

"Now, its your turn to make me happy." Mata rayden tertumpu kepadaku.

"Bagi abang gembira?"

"Yes!"

Aku kerut kening. Macam mana?

"Huh, seriously? Sayang takkan tak tahu apa yang buatkan abang happy?" Rayden bangun  dari baringnya. Lalu mempoutkan bibirnya sambil menyilangkan tangannya bila dia tahu yang aku memang tak tahu apa maksud dia.

"Sampai hati sayang..." Dia alihkan pandangnya dari aku.

Bersaat-saat jugak aku fikirkan. Oh! Baru aku teringat!

Tanpa basa-basi, aku bangun dan mencium seluruh wajahnya. "Now, abang gembira tak?" Menunggu jawapannya.

Rayden tahan senyum. Muka macho ditayang. "Yelah, abang gembira sekarang." Dia tarik aku ke dalam dekapannya.

"Abang, abang tahu tak yang abang tu comel dari hensem?"

"Huh? Abang comel?"

"Ye!"

"Mana ada. Abang lagi hensem lah dari comel."

"Takk, abang comel dari hensem!"

"Manaade sayang, abang hensem tau! Hot, sexy, romantic , smart dari comel."

"Ish, kalau keysha kata abang comel tu,  comel je lah!" Marahku. Orang puji tu, terima lah.

"Okey-okey, abang comel dari hensem." Rayden mengalah. Nampak sangat terpaksa dia tu.

"Haa, kan good boy tu."

"Anything for you, dear."

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now