⌦ ꒰ 𝗸𝗲𝘃𝗶𝗻 : 𝘸𝘪𝘭𝘥 𝘧𝘭𝘰𝘸𝘦𝘳𝘴 ꒱

38 7 0
                                    

- kevin, you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- kevin, you

a/n : first person point of view

━━━━━━

"Flowers? Untuk apa?" soal kevin sebaik sahaja aku menghulurkan tiga tangkai bunga liar kepadanya. Dahi licin itu berkerut seraya anak matanya memincing kearah aku.

Aku tak menjawab, sebaliknya hanya tersengih persis kerang busuk.

"Ambillah."

"Kenapa bagi aku? Ni mesti kau nak suruh aku buang kan?"

Aku menggeleng laju. "Mana adalah! Aku nak bagi kau je!" Bibir aku terjuih kehadapan, nak merajuk! Sampai hati abang bulan buat kita macam ni hiks hiks.

Tawa halus Kevin mula kedengaran pada telinga aku. Indah sungguh bunyinya, tapi tak boleh cair lagi. Kena merajuk dulu!

"Kau tahukan peribahasa 'bagai kera mendapat bunga'?"

Serta merta pandangan aku halakan pada Kevin. Tawa mengejek terlepas dari bibir aku. Ewah ewah, meminta betul anak bulan ni. Dia belum pernah rasa makan kaki agaknya.

"Kau nak sama kan aku dengan kera?"

"Bukan aku nak sama kan, tapi memang dah sama. Dua-dua tak reti menghargai."

Cis!

"Habis tu nak buat apa dengan bunga ni? Kalau aku buang kau panggil aku kera." Tiga tangkai bunga liar itu aku gongcangkan dihadapan wajah Kevin. Kaki turut dihentak-hentakkan di atas tanah. Tak suka! Tak suka!

Sekali lagi tawa halus Kevin kedengaran pada corong telinga aku.

Tanpa ada apa-apa balasan daripada Kevin, dia terus menarik perlahan tangan aku sehingga kami tiba di sebuah bangku yang berhadapan dengan tasik di kawasan kolej itu.

"Duduk situ." arah Kevin seraya mengambil dua tangkai bunga liar tadi daripada pegangan aku. Jarinya lincah bergerak-gerak menyatukan dua tangkai bunga tadi sehingga membentuk satu bulatan kecil di tengahnya.

Sisi wajah Kevin aku amati. Jujur, Kevin tak pernah gagal buat jantung aku berdegup kencang bila ada dekat dengan dia. Cuma itulah, perangai tak semenggah dia ni yang kadang-kadang buat aku lupa tentang hal ni.

"Handsome sangat ke aku ni?" soal kevin secara tiba-tiba. Terus lamunan aku mati.

"P-perasan!"

"Tak cakap pun aku tahu hehe. By the way, ta-da! Flower ring!" sisi bibir Kevin terangkat membentuk satu senyuman manis.

"Kalau macam tu, aku pun tak reti buat."

"Memanglah kau tak reti, kau kan kera." senyumannya melebar seraya dia menyarungkan flower ring tadi pada jari manis aku.

Terkebil-kebil aku memandang ke arah jari manis aku sebelum pandangan aku tumpukan sepenuh pada Kevin.

"Untuk my kera." ujar Kevin. Setangkai bunga liar yang masih berada dalam pegangan aku dia ambil lalu diselitkan pada belakang telinga aku.

"Sekurang kurangnya bagi dia berkhidmat untuk kau sebelum dia mati."






୨୧ ꒰ the end ꒱₊˚⊹

hi ! dah lama saya taksinggah sini hehe <3setelah sekian lama tak tulis fromfirst person point of view saya tulihjugak akhirnya even rasa macamcringe sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hi ! dah lama saya tak
singgah sini hehe <3
setelah sekian lama tak tulis from
first person point of view saya tulih
jugak akhirnya even rasa macam
cringe sikit. have a nice dayy 🎀

the space . tbzWhere stories live. Discover now