AAIRA melangkah masuk ke dalam bangunan yang mewah itu. Kasut bertumit merah seringkali berbunyi setiap kali dia melangkah. Membuatkan orang gerun akannya.
Siapa sahaja tidak gerun? Walaupun dia tidak banyak bercakap tetapi cukup dengan pandangan mata mampu mendiamkan orang. Dengan hanya bertentang mata sahaja boleh membuatkan bulu roma naik.
Pintu pejabat utama itu dibuka secara kasar sebelum meja kaca itu menjadi tempat untuk Aaira melepaskan amarahnya.
Bam!
"Kau buat hal ni tak bagitahu aku pun!" bentak Aaira. Wajahnya memerah. Makin lama wajah itu semakin menegang. Serius matanya menikam wajah selamba lelaki di hadapannya. Macam rasa nak telan sahaja lelaki di hadapannya ini hidup-hidup.
Lelaki itu senyum sinis.
"Dah tu semua benda aku kena bagitahu kau ke? Memang tak ada pilihan. Kau je yang handal dalam bab ni. Kau je senior dalam pejabat ni. Takkan aku nak hancurkan profit aku macam tu je." Makin panas jiwa Aaira dibuatnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus semula.
"My job is detecting people! Not going on some kind of a mission to protect the company! Absurd!" marah Aaira. Dia tahu, bosnya itu gilakan duit sekarang ni. Mesti syarikat itu membayar dengan harga yang lumayan sekali. Kalau tak, macam mana dia boleh jual pekerja kesayangannya sendiri untuk misi yang mengarut ni.
"Jangan risau. Kau cuma tengok pergerakan musuh tu je. Kau boleh punya." Aaira sudah rasa macam nak tikam badan majikannya ini sampai hancur. Dia cuma dengan menahan rasa sahaja ni. Kalau dah meletup, memang tak tahulah nak buat apa.
"Berapa dia bayar kau?" tanya Aaira. Nafas ditarik dan dihembus. Wajah majikannya yang tampak resah itu dipandang. Memang kalau boleh, mahu sahaja dia ambil pistol sekarang ni.
"Erm... dua juta." Aaira ketawa lantang. Terlalu lantang sampai bosnya itu kebelakang sedikit. Barangkali mula takut dengan sikap Aaira yang gila ini.
"Jadi, kau accept sebab benda tu je?" Aaira semakin mendekati tubuh majikannya itu.
"Janganlah... janganlah macam ni," rayu majikannya itu.
Aaira mengetap bibir.
"Tolonglah Fauzan! Kau tahu yang aku dah tak buat benda spies ni, kan? Kau pun tahu kan?" Fauzan gigit bibir. Tak mahu pandang wajah Aaira yang terlalu marah itu. Dia sedar, itu adalah kesilapan yang dia lakukan. Dan tak dinafikan benda itu betul.
"Last. Kau tolong pihak FBI ni kali terakhir je. Lepas ni aku dah tak naikkan nama kau lagi." Aaira mengeluh. Nak buat macam mana. Budak tu dah hantar nama dia dah pada FBI tu. Memang nahas budak ni aku kerjakan.
"Sini! Bagi aku tengok fail tu." Fauzan terus senyum manis. Terlompat-lompat dia di situ. Nak menunjukkan rasa gembira yang dia dapat tu. Tapi, buatkan Aaira rasa rimas.
"Cepat sini bagi!"
Bum!
Automatik Awish menikus. Laju dia menghulurkan fail itu kepada Aaira. Seram tengok wajah member yang memang dah mencuka sangat tu.
Aaira menjeling Fauzan tajam. Fail itu dirampas.
"Hisy!"
DIAM Aaira membaca satu-persatu kes yang dia akan bekerja ini. Memang dahulu, dia adalah seorang pengintip selain daripada mahir dalam bidang komputer. Tetapi sekarang tidak lagi. Bukan selepas insiden itu berlaku.
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •She was made out of chaos itself. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar...