AIK? Dah tidur ke?
Ayyish buka mata sedikit. Apabila melihat wajah lena Aaira, matanya dibuka penuh.
Hening.
Ralit matanya merenung wajah itu. Cantik. Mungkin Aaira mempunyai kekurangan. Tapi, kekurangan itulah yang membina seorang Aaira Cressida.
Dari alis kening sampai ke ulas bibir itu... semua sudah cukup perfect. Malah, rambut pendeknya sudah kelihatan mesmerising. Cantik.
Perlahan-lahan tangannya naik ke pipi kemerahan gadis itu. Lembutnya. Kemudian, tangan itu naik hingga ke kening. Alis kening itu diusap penuh lembut.
"Hmm." Ayyish menepuk lembut bahu gadis itu. Bantal yang diletakkan di tengah itu dibiarkan saja.
Siapa yang bagi idea? Mestilah Aaira Cressida. Dia kata ini adalah boundaries la apa la. Ceh. Cakap lebih! Tapi, kaki dia pun dah melebihi dah. Cis!
Tak apa la. Ayyish suka saja sebenarnya. Tapi tak nak cakap. Tu je.
Ish!
Rambut Aaira dihidu. Mata dipejam saat bau manis strawberry smoothie menusuk deria bau. Wanginya. Tadi dia ada nampak sabun itu di dalam bilik mandi. Nampaknya, perlu cuba la ni.
Tangannya perlahan-lahan melingkar pinggang si isteri. Kepala pula direhatkan pada dada isterinya. Tenang. Dia suka bila bersama dengan Aaira. Kerana semuanya menjadi tenang. Masa juga bagai terhenti.
Mata dipejam erat. Tenang. Itu yang dia rasakan.
Tak lama selepas itu, dirinya juga dijemput lena.
MATA yang terasa dibuka itu dibuka perlahan-lahan. Terasa seperti ada benda yang menghempap tubuhnya namun Aaira biarkan apabila pandangannya semakin berbalam-balam.
Akibat terlalu penat, Aaira jatuh semula di dalam lena.
Mata dibuka saat cahaya matahari menyapa kornea mata. Terkenyit-kenyit Aaira dibuatnya. Lantas, sebelah tangan mencapai jam di sebelah lalu menilik jam tersebut.
Keluhan dilepaskan apabila jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Hmm... terlepas Subuh nampaknya.
Baru saja dia ingin bangun, terasa badannya ditindih sesuatu. Dahinya berkerut lalu matanya memandang bawah. Membulat terus mata apabila melihat wajah Ayyish betul-betul di hadapannya, sedang memeluk dan merehatkan kepala di dada.
Pelbagai soalan terbit di otak. Maca mana pula lelaki ni boleh tidur dekat sini. Kemudian, air liur ditelan sekejap.
Aku... aku tidur ganas sangat ke?
Tapi... dia kena bangun.
Perlahan-lahan Aaira melepaskan diri dari lelaki itu. Kepala lelaki itu diangkat lalu diletakkan di atas bantal supaya tidak mengganggu lenanya. Aaira bangun dari katil perlahan-lahan namun sentuhan pada pinggang itu mendorong dirinya untuk kembali berbaring semula.
Terkaku. Jantung berdegup laju. Lagi-lagi bila Ayyish kembali rehatkan kepala pada dadanya.
"You should have just wake me up. Why bother to move yourself like a mouse when you're not?" Terdiam Aaira mendengar suara serak basah itu. Memang jelas bahawa Ayyish sudah terbangun semasa dia mengangkat kepala lelaki itu. Mata Ayyish yang terpejam itu dibuka.
Aaira menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan semula.
"Then, get off me."
"But I don't want to."
YOU ARE READING
AAIRA CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •Never underestimate a woman. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang...