‧₊˚ ⋅ 05⭑๋࣭ ⭑

44 2 0
                                    

BUNYI seseorang mengerang sakit itu berjaya mengalihkan perhatian Aaira. Aaira toleh ke tepi bangunan kelab berdekatan dengan longkang itu. Macam bunyi orang menangis pun ya.

Laju dia pergi ke sana dan saat itu, matanya membulat. Ini... ini adalah lelaki yang menyentuh pinggulnya tadi. Ini orangnya.

Dan sekarang lelaki itu sedang terbaring di atas tanah dengan badan yang berlumuran dengan darah. Mulutnya juga penuh dengan darah. Kaget Aaira dibuatnya.

"Encik? Encik!" Pipi lelaki itu ditepuk lembut untuk menyedarkan lelaki itu daripada Lena yang mungkin agak lama.

Walaupun dia benci lelaki itu kerana menyentuhnya, tetapi Aaira tidak mahu simpan dendam terlalu lama. Sebab itulah dia melupakan terus hal itu. Lagi-lagi bila ada benda yang lagi besar daripada masalah ini. Memang terus dia melupakan sajalah.

"Siapa buat encik ni? Bagitahu saya encik!" Pipi itu ditepuk beberapa kali. Tangannya kemudian ligat menelefon Ayu, doktor peribadinya. Disebabkan hal ini agak besar sedikit, tidak bolehlah untuk dia bertindak menelefon ambulans. Nanti dia tahu bahawa rahsia akan terbongkar.

"Encik? Encik!"

"I'm... I'm sorry. I won't bother her... again." Terdiam Aaira dibuatnya. Lagi-lagi setelah mendengar jawapan itu. Siapa yang buat benda ni? Siapa yang dimaksudkan oleh jejaka ini.

Selepas itu, lelaki itu pengsan di dalam dakapan Aaira. Aaira mengeluh perlahan. Nadi lelaki itu diperiksa. Mujur masih lagi hidup. Kemudian, telefonnya dikeluarkan dan menghubungi Ayu, sahabatnya yang merupakan seorang doktor itu.

Dia tak mahu untuk menelefon ambulans sebab ia akan merosakkan rancangannya. Kerana itulah Aaira hanya menelefon sahabat baiknya itu.

"Assalamualaikum Ayu. Kau free tak? Boleh tak kalau kau tolong aku sekejap." Usai menerangkan sedikit tentang apa yang berlaku, telefon itu terus diletak dan dimasukkan ke dalam kocek seluar semula.

Dia tak mahu lama. Takut Ayyish sedar akan kehilangan Aaira. Sebab itulah dia terus menghubungi Ayu saja dan membawa lelaki itu ke hospital.

"Wei, kenapa ni?!" Aaira mengalihkan pandangan ke arah Ayu yang berwajah cemas itu. Bibirnya tersenyum manis ke arah Ayu.

"Kau tolong bawakkan dia ke hospital eh? Terima kasih!" Serentak itu, dia terus berlari masuk ke dalam kelab itu semula. Akan tetapi, malang tidak berbau. Lelaki itu sudah tercegat di hadapannya dengan wajah yang serius.

"Where did you go, my lady?"

Mampus.
















AYYISH diam berdiri di sisi Sean yang sedang membuat kerjanya itu. Sudah semestinya melanggan wanita-wanita murahan di sini. Dan dia hanya merenung kosong wajah itu. Langsung tidak terkesan dengan apa yang ada di depan mata.

"What do you think about Valeska? Find anything suspicious about her?" Tanya Sean. Kepalanya ditoleh kebelakang. Menilik wajah tidak beriak orang kanannya itu.

"I didn't find anything suspicious yet." Jawab Ayyish. Tiba-tiba saja, memorinya terpancar semasa dia tangkap Aaira dalam keadaan yang tergesa-gesa itu. Dia tahu... ada benda yang gadis itu sorok daripada tapi Ayyish tidak mahu untuk lebih.

He refused to get to know her deeper. Because only then, will he received betrayer.

"Siapa yang uruskan pasal tadi?" Dia kenal ayat itu. Maksudnya ayat itu merujuk kepada kes mahu bunuh orang tadi itu. Dia tahu.

"Saya dah settlekan." Ayyish dapat menangkap bibir Sean menyenget sinis sebelum dia pusing menghadap Ayyish. Dan pada waktu itu, wajah Ayyish kekal tenang. Dia sudah lama dengan lelaki ini. Mustahil untuk dia tidak tahu perangai dan taktik kotor lelaki bertopengkan syaitan ini.

"That girl?" Ayyish diam seketika. Cuba untuk perkataan ayat yang dapat dipercayai oleh lelaki itu.

"She's just getting used to it." Ayyish tahu, ayat itu tidak akan sesekali buat Sean senang hati.

Mata dan telinganya menangkap suara itu ketawa kecil. Semestinya itu bukan satu petanda yang baik buat semua orang. Itupun dia sudah tahu dahulu.

"Well, she better do." Ayyish hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu menjawab lebih. Takut jika lidahnya mengkhianati tuan. Oleh itu, dia memutuskan untuk diam saja.

Ayyish menundukkan kepala. Ingin meminta diri untuk keluar. Selepas itu, dia keluar dari kelab. Destinasi tepi longkang itu dituju. Saat itu, dia senyum sinis tatkala tubuh lelaki yang dia pukul itu sudah tiada.

Ayyish senyum sinis.

It was him all along.
















"TOUCH ME. I dare you. Though you might lose a hand." Telinganya dapat mendengar suara satu gadis itu berkata. Ayyish diam melihat Aaira dari jauh. Bukan dia tak nampak apa yang lelaki itu cuba buat pada Aaira tadi.

Dia ada saja. Cuma, Ayyish tidak perasan dirinya terpisah dengan Aaira. Dan untuk pergi ke tempat sana adalah sekejap lagi kerana suasana terlalu sesak sekarang ni.

Fikirnya, Aaira tidak dapat survive tapi tak sangka pula yang dia akan menonton satu benda yang sangat menyeronokkan. Bibirnya menyenget sinis. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Let me do this instead." Ayyish senyum senget melihat kealpaan gadis itu. Terlalu membuat hatinya berdebar ingin tahu gadis ini. Daripada sini juga, dia tahu bahawa gadis ini tidak suka disentuh oleh mana-mana lelaki.

Impressive little girl.

"Be careful next time." Badannya mula ditegakkan sedikit saat anak matanya bertembung dengan anak mata gadis itu. Tajam gadis itu menjelingnya.

Ayyish diam. Walaupun dia melakarkan senyuman sinis di dalam hati. Sepi dia merenung badan belakang gadis itu sebelum matanya tertumpu ke arah lelaki tadi yang hendak keluar dari situ. Kakinya mengejar langkah itu secara senyap.

Tubuh Ayyish bersembunyi di sebalik dinding di tepi longkang itu.

"Sial betullah perempuan tu! Tunggulah kau nanti! Aku call kawan-kawan aku semua biar padan muka kau! Pui!" Maki lelaki itu sambil meludah keras ke arah longkang itu.

"You still haven't learn your lesson, didn't you?" Lelaki itu terus tertoleh ke arah Ayyish yang keluar dari tempat persembunyian itu. Bibir Ayyish yang mengukir senyuman itu menambahkan lagi rasa takut di dalam diri lelaki itu.

"Kau... kau siapa hah?!" Ayyish semakin mendekati. Seolah-olah amaran itu tidak langsung menakutkannya. Langkahnya semakin mendekati lelaki itu. Tanpa dipinta, penumbuk pada wajah lelaki tadi.

Buk!

"Argh!" Keras lelaki itu meraung saat wajahnya ditumbuk banyak kali. Sudah tidak terkira kali ke berapa Ayyish menumbuk wajahnya. Mulut dan hidung sudah mengeluarkan darah. Terbaring lemah lelaki itu di situ. Sudah tidak terdaya untuk bergerak lagi apatah untuk melawan tenaga Ayyish.

Ayyish tersenyum sinis. Dia berdiri lalu bercangkung. Bibirnya berbisik di telinga lelaki itu.

"Touch her again." Tangannya menyentuh pipi lelaki itu. Menggigil hebat lelaki itu akibat ketakutan.

"And you'll never get to see daylight."

Itu janjinya.

Dan lelaki itu tahu...

Ayyish tidak bermain dengan ayatnya sendiri.


2 June 2024


AAIRA CRESSIDAWhere stories live. Discover now