AYYISH buka perlahan matanya itu. Tanpa sedar, dia mengeluh seketika. Entah berapa lama sudah dia terbaring di atas katil. Tapi, badannya masih lagi sakit.
Sakit. Dadanya sakit. Dia masih ingat lagi mimpi yang baru saja dia alami tadi. Mimpi itu terlalu sakit dan perit untuk dia telan.
Ayyish mengeluh. Dia mengangkat tangan mahu meraup wajah namun dahinya berkerut tatkala terasa pergerakannya terbatas. Lantas, dia berpaling ke sebelah.
Aaira.
Tersentak terus tubuh melihat wajah Aaira yang terlena di sebelah bersama dengan kain di tangannya. Mungkin sedang menolongnya tadi kemudian tertidur sendiri, firasat Ayyish.
Diam.
Puas dia menilik wajah itu. Lembut dan tenang saja dia tidur. Betul-betul macam tiada masalah apa-apa. Dan perkara itu buatkan Ayyish senyum tawar sesaat. Rasa sedih pula tiba-tiba.
Ralat sangat mengelamun bila merenung wajah Aaira sehingga tidak sedar mata gadis itu sudahpun terbuka.
"Mengelamun apa tu sampai jauh sangat?" Automatik teguran itu menyedarkan Ayyish. Laju dia berpaling ke arah Aaira. Anak matanya bersatu dengan anak mata Aaira. Pandangan itu redup saja.
Ehem.
Tiba-tiba rasa malu pula. Lantas, Ayyish berpaling ke tempat lain. Namun, cukup untuk membuatkan Aaira senyum sinis. Sangatlah sinis.
Aaira bangun dari posisi duduknya ketika lena. Otot yang sengal diregangkan. Terlepas bunyi 'ah' di mulutnya saat otot-otot itu berbunyi. Kemudian, fokusnya kembali beralih pada Ayyish yang tak lepas merenungnya dari tadi itu.
"Badan badan mana? Sakit tak?" tanya Aaira. Nada suaranya kedengaran sedikit risau.
Ayyish pula dari perbaringan. Wajahnya disenyumkan sedikit sebelum tangannya buat simbol 'okey'. Hmm... dah sihatlah tu, teka Aaira.
"Kau jaga aku ke?" Aaira sunyi seketika sebelum dia menganggukkan kepala.
"Of courselah saya jaga awak. Kalau bukan saya, siapa lagi? Takkan nak suruh mati sendiri pula? Tak pasal-pasal jadi bini derhaka pula." Tergeleng-geleng kepalanya itu. Bila matanya teralih pada Ayyish, dia perasan wajah Ayyish sedikit merah. Laju dia lekapkan tangan pada dahinya.
"Betul ke okey ni?" Aaira bertanya sekali lagi bersama dengan kening yang terangkat. Dia tegakkan tubuh sebelum pergi me suatu sudut laci sebelum laci itu dibuka. Thermometer diambil lalu bergerak ke arah Ayyish. Thermometer tersebut dilekapkan pada dahi.
Tit!
Laju dia jauhkan thermometer itu untuk melihat suhu.
36.7°C.
Aaira senyum. "Dah lebih dari sihat ni, jangan risau." Baru saja dia mahu beralih, matanya terpandang wajah Ayyish yang senyum seksi kepadanya. Cepat-cepat dia alihkan tangan sebelum berdehem.
"This is the last time. Terkecuali sebab awak sakit je! Jangan fikir bukan-bukan!" marah Aaira. Mahu menutup rasa malu. Dapat dia rasakan pipinya semakin membahang akibat daripada senyuman Ayyish itu.
Laju dia berpaling ke tempat lain. Aaira kembali berdiri semula dan berjalan ke arah pintu akan tapi sentuhan lembut pada tangan itu membuatkan pergerakan Aaira terbatas. Matanya merenung wajah Ayyish dengan pandangan keliru.
Kenapa?
Seakan tahu apa yang Aaira fikirkan Ayyish menjawab, "Nak pergi mana?"
"Dapurlah. Nak sediakan sarapan," jawab Aaira.
"Aku nak ikut."
"Tak payah."
"Kenapa?"
"Sebab awak sakit." Mudah saja Aaira berikan jawapan kepada Ayyish. Hampir gelabah dibuatnya apabila Ayyish mengangkat selimut di tubuh.
"Eh, kenapa?" Kalut Aaira dibuatnya melihat wajah selamba Ayyish itu.
"Yang sakit tu badan. Bukan kaki. Kaki aku okey je dari tadi." Aaira mengerling wajah Ayyish. Tak percaya. Tapi selepas itu dia angkat bahu. Tak kisahlah. Mungkin Ayyish pelukan udara di luar pula. Asyik duduk atas katil je, pasti badannya rasa lenguh.
"Okey. Suka hati awaklah." Ayyish tersenyum senget sebelum mengikut langkah Aaira. Penuh berhati-hati dia mengikut langkah gadis itu. Tak tahu kenapa.
"Duduk sini. Saya sediakan sarapan." Aaira melangkah masuk ke dapur. Pinggan dan mangkuk dikeluarkan dari tempat asal. Tadi, dia dah buat roti telur untuk dirinya. Tapi memandangkan Ayyish sudah sedar, jadi kenalah buat lagi satu untuk Ayyish. Takkan nak suruh member tengok je kan?
Selesai buat sarapan, Aaira ambil dua cawan kaca lalu dipenuhkan dengan air sejuk. Dia dan Ayyish tak gemar sangat nak minum air manis waktu sarapan ni. Pinggan dan air diletakkan di atas meja berhadapan dengan Ayyish.
"Roti telur. Ni je yang saya buat," kata Aaira sebelum melabuhkan punggung di hadapan Ayyish.
Ayyish hanya senyum.
"Boleh je."
Diam.
Ayyish diam merenung tubuh Aaira yang sedang membuat sarapan di dapur.
"Stop." Kening sebelah, Ayyish angkat. Tertanya dengan arahan yang tak seberapa arahan itu.
"Stop what?" Ayyish bertanya, bibirnya tersenyum manis. Tapi Aaira tahu itu bukan petanda yang terlalu baik untuknya.
Wajahnya berbahang namun wajah masih tenang. Kita tak boleh kalah bila berhadapan dengan lelaki. Terutama lelaki gatal macam orang depan ni.
"Stop looking at me like that."
"Like what?"
"Like you're longing for me." Kali ini, Ayyish terus terdiam. Tak sangka langsung dia akan dapat jawapan seperti ini. Bibirnya terkedu secara tiba-tiba.
"Can't I?" Kini, bibir Aaira tersenyum sinis.
"You're reckless in front of your enemy."
"This woman in front of me is not my enemy. She's my wife. My woman." Dan kali ini, Aaira terdiam. Pipinya sudah berubah warna. Bibirnya dikemam menahan senyum. Tapi, masih lagi boleh dilihat oleh Ayyish.
Comel.
"Nah, ini sarapan awak!" Pinggan dihempas kasar di atas meja. Terangkat bahu Ayyish dibuatnya.
Adui, garang sungguh bidadari seorang ni!
Tapi nak buat macam mana.
Bini sendiri kan.
Bukan bini orang lain.
"Terima kasih sebab tolong buatkan sarapan," ucap Ayyish. Ikhlas dan tulus dari hati.
"Hmm... sama-sama." Aaira melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Ayyish.
Ligat matanya merenung wajah Ayyish yang berselera makan itu. Eleh, padahal roti telur je. Dia punya selera macam makan nasi dengan lauk-pauk pula.
Aaira memuncung seketika sebelum dia kembali menayang wajah tenang. Otaknya masih lagi tengah proses.
"Sean. He punished you, didn't he?" Terus terhenti suapan Ayyish. Matanya diangkat supaya bertentangan dengan anak mata Aaira. Cuma bezanya tiada lagi riak wajah bermain di mukanya. Hanya serius.
"So, what if I'm being punished?" Sinis soalan itu keluar dari mulut Ayyish. Garpu dan sudu dihempas atas meja.
"Why? Saya tak faham. Why are you still being so vulnerable to him when he's treating you like a shit?! Why? You don't like being looked down so why are you acting this foolish?" Semua persoalan di benak fikiran Aaira itu akhirnya tersembur. Tapi, Ayyish masih diam termenung.
"Once upon a story, there was a man who believes that anyone shouldn't looked down. He should be vulnerable." Aaira terkedu. Mata Ayyish tampak berkaca. Sama seperti malam Ayyish bangun dari tidur.
"But that man is gone. And I'll say again. Don't dig into my matters if you even don't try to find it."
-26 Oktober 2024
YOU ARE READING
AAIRA CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •Never underestimate a woman. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang...