‧₊˚ ⋅ 25⭑๋࣭ ⭑

15 0 0
                                    

BORING. Itu saja yang mampu Ayyish ungkapkan setelah dua hari berada di rumah. Bibirnya termuncung seketika. Kalau ada bini tolong jaga tu bolehlah tapi ini, seorang-seorang saja.

Bosan!

Tak kira. Hari ni dia nak juga pergi kerja.

Meskipun dia telah dipukul teruk hari itu, hubungan dia dan Sean tetap akan jadi seperti biasa. Sean tetap akan buat seperti tiada apa-apa yang terjadi. Sama sepertinya.

Ayyish pun tidak kisah akan hal itu. Kerana ia sudah biasa sangat terjadi pada dirinya.

Kot hitam dipakai pada tubuh. Di dalam pula, Ayyish memakai baju kemeja putih berserta dengan seluar slack. Rambut dirapikan sedikit sebelum perfume disemburkan pada seluruh tubuh.

"Dah siap-siap ni nak pergi mana?" Terus terbantut pergerakan Ayyish tatkala suara lunak yang dingin itu menerjah sistem pendengarannya. Lantas, dia pusing sebelum sengih melihat Aaira sedang berpeluk tubuh dam bersandar pada dinding.

Hated to say this but...

She looks incredibly hot!

"Nak pergi kerja." Ya, Allah. Sabarkanlah hatiku dari mencarut di pagi hari ini, Aaira berkata di dalam hati. Naik geram dia dengan perangai kebudak-budakan Ayyish ini. Umur je dewasa tapi otak macam kanak-kanak!

"Nak pergi kerja macam mana kalau badan pun belum heal lagi," lawan Aaira. Tajam matanya mencerlung wajah Ayyish yang selamba memakai tali leher itu.

"Dah cukup sihat dah ni. Kaki pun sihat, bolehlah berjalan." Aaira kecilkan mata. Mulut tu kalau boleh menjawab je! Cili karang mulut tu baru tahu nanti!

Ayyish automatik menjegilkan mata kepada Aaira. Memang sihat! Asyik kena tinggal ke dekat rumah.

"Awak memang nak pergi kerja ke?" Kali ini, bibir Ayyish terkunci buat seketika. Tengok wajah Aaira pun sudah jelas menunjukkan bahawa gadis itu sedang risau sekarang ini. Bibirnya tanpa sedar tersenyum.

"Nak tak nak pun, I tetap kena hadap muka dia kan? Better now than later." Tenang saja Ayyish memberi jawapan kepada Aaira.

Aaira terdiam.

Ayyish mengambil keputusan untuk menghampiri gadis itu. Kepala Aaira diusap lembut.

"Don't worry. Nothing will happen." Aaira masih lagi terdiam mendengar pujukan itu.

Nothing will happen.

Right?



SERIUS wajah Aaira menilik fail-fail kenalan Sean. Memang patut pun Sean tu selalu terlepas. Tengok rakan baiknya pun bukan calang-calang orang. Memang sudah orang terhandal dan berkemahiran.

"Puan? Ini rakaman sekuriti yang puan minta hari tu." Aaira menganggukan kepala. Puas hatinya melihat kesungguhan ahlinya dalam menyelesaikan kes ini.

Pantas Aaira mengambil USB di atas meja lalu dimasukkan dalam salah satu lubang komputer. Lincah tangannya menggerakkan mouse di tangan. Matanya pula tajam menonton rakaman CCTV itu.

Tangan di sebelah digenggam erat.

Perempuan.

Dirogol.

Dipukul.

Untuk melunaskan hutang.

Untuk menutup mulut.

Matanya merah. Rahangnya diketap menahan marah.

Dan pada waktu itu juga, dia terkaku.

Ayyish.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AAIRA CRESSIDAWhere stories live. Discover now