‧₊˚ ⋅ 02⭑๋࣭ ⭑

46 1 0
                                    


AAIRA HANYA diam apabila Alia memandang wajahnya atas bawah. Mungkin mahu tengok sama ada Aaira ini dapat menjalankan kerja dengan baik atau tidak.

As they say, first impression is always better.

"Awak pakai tudung?" tanya Alia.

Aaira menganggukkan kepalanya. Dia memang pakai tudung. Tak nampak ke?

"Ya, betul." Dapat dia dengar Alia mendecit geram sebelum dia mencarut. Mungkin dia memang tengah tahan sabar sekarang ni.

"Habistu macam mana nak jadi spy kalau tudung tu pun tak boleh nak tanggal!" Semua menikus dengan ton suara Alia yang sudah meninggi itu. Akan tetapi, ia tak termasuk Aaira. Malah, Aaira hanya diam dengan wajah selamba sambil berdiri.

"We can make it work."

"How?!" Aaira ketawa kecil. Menyebabkan semua pekerja yang lain diam sahaja melihat tingkah laku Aaira yang terlebih berani itu.

"Don't worry. Saya akan pakai rambut palsu bersama dengan anak tudung di dalam. And for clothes, well I can wear a turtleneck inside with leather jacket and some trousers. No big deal, right? As long as I don't get appoint as a seducer. Then, I can make it work. And believe me. It always work." Tenang sahaja Aaira berkata.

Betul, sebelum ni pun memang Aaira adalah pengintip. Dan sebelum ni pun, memang Aaira selalu memakai tudung. Dia dah berpengalaman sudah dengan benda ni. Barangkali sudah masak.

Yang lain terdiam.

"Just because someone's wearing hijab, doesn't mean it cannot do anything. Trust me, we can do anything too. Just, people always underestimate us."

"Adakah ini sebab saya akan masuk ke kelab? Then don't worry. Sebab niat saya bukanlah masuk ke kelab dengan sengaja melainkan ada tugas yang saya perlu jalankan di situ. Niatnya untuk tangkap orang jahat, bukan? Then, why worry?" Sekali lagi mereka terdiam. Termasuk Alia sekali.

Aaira hanya tayang senyum manis. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Dia dapat merasakan suasana di sini sudah semakin canggung. Mungkin dengan tingkahnya yang agak berani sedikit pada hari ini.

Untuk menamatkan suasana yant canggung ini, Aaira kembali berkata, "Ehem! Bila boleh mula?"

Alia berdehem seketika sebelum dia mula kepada tujuan asal Aaira ke sini. Bukan untuk bergaduh. Tetapi untuk berbincang.

Tekun Aaira mendengar segala tugasnya itu. Semua penerangan ini memang sungguh teliti. Kagum seketika Aaira dengan Alia. Mungkin dia seorang bos yang bersikap professional.










AAIRA membuka pintu rumahnya dengan cermat. Sofa yang memasuki kornea mata itu terus dituju sebelum dia baring di situ. Mata dipejam erat.

Penat. Dia sungguh penat sekarang ini. Penat untuk melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bala dan semestinya boleh membawa kepada maut.

Puas Aaira cuba untuk berperang dengan pemikiran negatif miliknya sendiri. Namun, gagal. Dia tetap akan fikirkan begitu.

Tentang masa silamnya. Sebab mengapa dia sudah tiada daya untuk hidup.

MISS ALPHA : CRESSIDAWhere stories live. Discover now