#46 End

265 8 0
                                    

KAMI tiba di tingkat 19. Buka aje pintu lift, ada beberapa orang staf yang menunggu kami. Mereka memimpin kami hingga ke suatu pintu yang besar.

Berdebar-debar jantung aku. Teringat pulak cerita mafia yang kubaca. Macam mana kalau sebenarnya, rayden nak reveal kan identiti dia yang sebenar yang kalau dia adalah seorang ketua mafia?!

Tak ke seram tu?

Kemudian penjaga pintu itu membuka pintu yang besar itu. Terus menampakkan suamiku yang berpakaian segak dan kemas. Rayden yang tadinya hanya memakai baju dan jaket, kini berubah dengan baju suit hitam.

Nasib aku pakai baju berfesyen putih harini.

Ditangannya memegang sekutum bunga ros. Aku terus terpaku dan terpesona. Jujur, hatiku kini kian berbunga-bunga.

Rayden jalan mendekatiku, dia menarikku dan kayla hingga ke luar. Aku sedikit gayat dengan ketinggian. Tempat ini bagaikan balkoni yang luas dan besar. Permandangan nya cantik dihiasi lampu-lampu bangunan kota ini.

Rayden menyuruhku untuk duduk di kerusi yang disediakan. Atas meja itu, diletakkan lilin dan bunga-bunga berteraburan di sekeliling.

Tempat ini juga ada seorang pemain piano. Memang romantis betul macam yang aku tengok dalam drama. Tak sangka, iainya terjadi di dunia ku.

Kemudian pelayan datang dengan membawa makanan kepada kami. Rayden ada bertanya kepada pelayan itu sesuatu. Namun aku tidak dapat memahami sebab aku tak pandai bahasa jepun.

"Sayang, kayla, makanlah." Arah rayden lembut.

Menu yang diberikan adalah spaghetti carbonara bersama daging bakar, iaitu makanan kegemaranku.

Rayden memotongkan daging untukku. Kayla juga dia turut tolong memotongkannya. Aku mula membaca bismillah lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Hmm, sedap!

Paling sedap yang pernah aku rasa! Wah, siapa tukang masak ni? Aku nak minta resepi lah!

"Do you like it?" Soal rayden.

Aku yang tengah nak suap spaghetti, terus terbantut. Aku pandang dia.

"Hm! Keysha suka sangat. The view, the vibe. Everything was a perfect!" Jawabku dengan jujur. Memang aku suka giler! Kalau bergambar ni, confirm masuk fyp.

Rayden senyum manis.

"Abang ada suprise for you, dear." Ucapnya seraya memanggil pelayan di sana.

Setelah itu, pelayan itu datang sambil membawa sebuah barang yang besar dibaluti dengan plastik. Ada nota dan reben yang diletakkan di situ.

Aku pandang rayden, betul ke ni? Untuk aku ke? Rayden hanya senyum dan menyuruhku untuk membuka hadiah tersebut.

Aku bangun. Dan mengambil nota terlebih dahulu.

"Dear my beautiful wife, thank you for being apart of my life. I can't express how much i love you, sayang. As a thanks to you, i gitf you this. Hope you like it.

From your cool husband, Rayden lee."

Aku baca semua isi yang tertulis di dalam nota kecil itu. Tersipu malu aku dibuatnya. Cair dengan kata-kata yang ditulis olehnya.

Sekarang, aku buka hadiah yang dibelikan untukku itu. Plastik yang bercorak love itu aku koyakkan sedikit demi sedikit.

Hingga, terpamparlah sebuah lukisan yang aku cukup kenali dan minati. Perlahan-lahan aku ambil frame gambar yang besar itu untuk aku pastikan.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now