Part 3

18 3 0
                                    

Shin Ha na (신하나) adalah seorang pelakon/model yang berasal daripada korea selatan. anak kedua daripada 2 beradik dan dilahirkan pada tanggal 20 oktober 1992 .Berasal daripada keluarga yang berada, pernah menetap di Amerika syarikat dan bersekolah di sana selama setahun menjadikan Ha na salah satu pelakon korea yang fasih berbahasa inggeris. Bekerja keras sebagai model/pelakon sejak dari usia muda lagi membuatkan Ha na sering muncul di dalam iklan, drama, movie dan ada juga diantara drama dan movie tersebut, Ha na memegang watak utama . Namun sedang Ha na dibuai populariti, segalanya tidak berjalan dengan lancar apabila Ha na telah diblacklist oleh semua stesen tv, kontrak-kontrak semua telah ditamatkan dan ditoxic oleh netizen-netizen di negara tersebut pada tahun 2022 kerana terlibat dengan satu scandal buli.

Faleeq hanya mampu terdiam pada mulanya apabila pertanyaannya dibalas dengan kemarahan dan dihalau oleh Ha na. pada mulanya faleeq dah mula berfikir jika perempuan ni marah dalam bahasa korea, dia akan minta maaf dan pergi sebab dia malas nak panjang cerita memandangkan bahasa korea dia masih belum fasih. tapi disebabkan perempuan tu balas pertanyaannya dalam bahasa inggeris dengan tenang dan senyum faleeq menjawab,

************************************

"(english) Lagi sekali saya minta maaf sebab menganggu atau sibuk tentang hal awak. saya ambil keputusan untuk menegur awak kalini disebabkan, selama hampir setahun saya berjogging dekat sini, agak kerap juga saya lihat awak datang dan termenung sambil mengesat mata melihat permandangan sungai. pada awalnya bagi saya, mungkin awak hanyalah seorang manusia yang stress dengan kehidupan seharian dan hanya memerlukan ketenangan tapi, harini awak macam beria sikit menangis . saya rasa orang buta pun boleh tahu yang awak tengah menangis kalau dia lalu sebelah awak" - sindir faleeq kepada Ha na.

tanpa menunggu jawapan daripada Ha na, faleeq masih lagi meneruskan percakapannya .

"(english) saya tak tahu siapa awak, dari mana awak datang, dan apa masalah yang awak hadapi . saya menegur awak di atas sifat kemanusiaan yang ada dekat dalam diri saya. saya minta maaf kalau saya menuduh awak hendak membunuh diri . statistik bunuh diri di negara ni juga agak tinggi dan itu membuatkan saya overthinking bila tengok awak menangis teresak-esak sambil termenung kosong melihat sungai." - Faleeq

Ha na masih terdiam dan terpaku mendengar kata-kata faleeq yang agak memberi kesan pada dia. pada mulanya dia ingatkan faleeq adalah stalker gila yang asyik mengintip dan kerap ikut dia kemana-mana sebelum ni . niat Ha na membuka mask dan memarahi faleeq pada mulanya kerana dia dah pasrah dengan hidup dia, kalau betul yang faleeq ni stalker, apa nak jadi , jadilah dekat diri dia malam ni . tapi sebaliknya yang berlaku, faleeq hanya memandang Ha na dengan muka dia yang seposen dan yang paling mengejutkan, dia seolah-olah tidak kenal langsung siapa Ha na. dengan kata-katanya yang panjang lebar dan pandanggannya yang seposen, sudah cukup membuktikkan yang faleeq memang tak kenal langsung siapa Shin Ha na.

Melihat tiada respond daripada Ha na setelah panjang lebar dia bercakap, Faleeq mula memalingkan badannya dan ingin beransur daripada tempat tersebut. Belum sempat faleeq melangkah, kedengaran suara Ha na bercakap,

"(english) saya minta maaf kalau saya agak biadap dengan awak tadi . saya terlebih emosi" - Ha na

"(english) tak apa saya faham. saya pun lagi sekali minta maaf sebab datang tegur awak secara tiba-tiba, bercakap panjang lebar dan overthinking yang awak nak bunuh diri." - Faleeq

"(english) tak apa sebab kata-kata awak yang panjang lebar tu tadi ada betulnya juga. sejujurnya saya ada terfikir juga tentang benda yang awak overthinking ni tadi, jadi bagi saya, awak tak salah dan tak perlu minta maaf pun." - Ha na

Mendengar kata-kata Ha na yang seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan hidup membuatkan faleeq membatalkan niatnya untuk meninggalkan Ha na untuk teruskan berjogging.

"(english) awak nak tahu tak yang bunuh diri ni sebenarnya tak menamatkan penderitaan dan kesedihan awak pun . ia  ibarat awak pass baton kesedihan awak tu dekat orang lain . dekat sapa ? dekat family awak, kawan awak , dan dekat orang-orang yang kisah pasal awak." - kata faleeq secara tiba-tiba

"(english) Macam mana kalau saya kata , tak ada orang pun yang kisah pasal saya ? dan macam mana kalau saya kata orang lebih suka kalau saya lenyap dekat dunia ni?" - Ha na

Bingung dengan kata-kata Hana dan dalam pada masa yang sama rasa simpati dan perikemanusiaan yang tinggi dalam diri faleeq membuatkan faleeq ingin tahu apa masalah dia dan bersemangat untuk menolong dia melupakan langsung tentang hasrat untuk membunuh diri.

"(english) saya nak tanya, awak kalau berkawan, awak hargai tak kawan awak ? awak kisah dan ambil berat tak tentang perasaan dia?" - kata Faleeq dengan muka yang serious

"(english) bergantung juga dia jenis kawan yang macam mana. kenapa ?" - Ha na dengan muka yang bingung

"(english) baiklah. bermula saat ni , jam 12.01 minit saya adalah kawan awak . kawan yang sangat berperikemanusiaan yang pernah awak ada dan saya jamin benda tu. kawan awak ni tak minta apa-apapun , dia cuma harap awak tak melakukan perkara yang bodoh dan sokong awak tak kira apa pun yang awak lakukan selagi benda tu baik untuk diri awak . Dan dia akan bersedih dan berduka sekiranya awak melakukan perkara yang bodoh." - kata Faleeq dengan muka yang serious dan bersemangat

mendengarkan kata-kata faleeq dengan lirik mukanya yang serious ,membuat Ha na merasa terharu . Ha na merasakan ada keikhlasan dalam setiap kata-kata faleeq.sudah lama Ha na tidak merasa tenang dan merasa tidak kesunyian macam ni. tapi ini bukannya bermakna Ha na jenis yang mudah didekati atau mudah mempercayai orang, tapi dengan apa yang dia lalui sekarang  dan semangat yang dah pudar dalam diri dia, dia merasa lega mendengar kata-kata faleeq.

"(english) Terima kasih"  - Jawab Ha na .dia memakai masknya kembali dan memalingkan dirinya dan beredar dari tempat tersebut.

Faleeq yang melihat Ha na Beredar selepas mendengar kata-katanya masih tidak berputus asa dan berkata ,

"(english) awak kena ingat , jangan buat kawan awak ni sedih , teruskan hidup dan gembira tak kira walau dekat manapun awak berada !!" - kata faleeq dengan nada yang agak kuat memandangkan Ha na sudah agak jauh dari tempat tersebut.

Ha na hanya mampu tersenyum di dalam masknya mendengarkan jeritan faleeq .tanpa memalingkan wajahnya dia terus berjalan meninggalkan tempat tersebut.

BERSAMBUNG........

Takdir Dan Waktu ( On Going )Where stories live. Discover now