𝒫𝑅𝒪𝐿𝒪𝒢

12 1 0
                                    

"ASPURI, SILA KOSONGKAN ASRAMA DALAM KIRAAN TIGA, TIGA!!" teriak ketua asrama puteri mula kedengaran. Menandakan bahawa mereka sudah lewat untuk ke sekolah. Serta merta membuatkan dia cemas.

" Ayla, cepat sikit lewat dah ni." Gesa Isaura. Dia tunduk memandang Ayla yang sedang mengikat tali kasut di birai pintu. Aduhai, macam mana boleh lewat ni? Jarang mereka keluar lambat. Lagi lagi dirinya.

"Ish, sabarlah." Marah ayla. Sempat dia menjeling Isaura. Tali kasut dikemaskan sekali lagi sebelum dia bangun lalu menutup pintu. Kedudukan tali beg sandang dibetulkan sebelum dia bersuara.

"Dah, jom lah." Ujarnya lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan Isaura dan sahabatnya di belakang.

Terkebil- kebil Isaura melihat ayla yang sedang beransur pergi. Hailah, awat emo sangat tu? Dia mengeleng perlahan sebelum dia mengikuti jejak ayla. Syafa dan rafiesya hanya memandang sesama sendiri. Tak lama kemudian mereka pula megikut Isaura di belakang.

Kini mereka menuju ke dewan makan untuk sarapan pagi. Lewat tetap lewat tetapi makan itu mesti. Mereka mula beratur untuk mengambil makanan lalu bergerak ke meja makan yang kosong. Tanpa memikirkan persekitaran, Isaura mula menjamah makanan sarapan pagi dengan bacaan doa.

10 minit berlalu dan mereka masih diam sesama sendiri. Masih mood ngantuk mungkin. Isaura sudah siap makan tiga minit yang lalu. Kini, dia tengah ralit melihat Rafiesya makan dengan berselera.

Ops, jangan fikir macam macam ya. Dia masih lagi lurus. Cuma... dia geram melihat cara Rafiesya makan. Berselera tapi lambat!

Haiyaa. Sesi belajar akan mula 15 minit lagi dan mereka masih belum sampai ke sekolah. Walhal, jarak antara sekolah dengan dewan makan itu tidak la jauh mana. Tetapi boleh membuatkan Isaura gelisah selagi tidak sampai ke sekolah kerana dia tidak mahu lewat ke sekolah.

"Rafiesya Qamelya, cepat sikit." Syafa mula bersuara menegur sahabatnya dan menunjukkan bahawa mereka sudah lewat. Rafiesya hanya sengih sebelum dia sambung makan. Nasib cepat sikit dia makan.

Isaura, rafieya, syafa dan ayla mula bergerak menuju ke sekolah. Sesuai dengan sahabat berempat, Isaura berada di hadapan bersama rafiesya. Syafa dan ayla mengikut mereka dari belakang. Fair and squire. Kalau berbalah juga tak tahu la nak cakap apa.

Tepat berada di hadapan asrama putera, mata Isaura cekap menangkap kelibat figura yang sedang berjalan menghampiri mereka. Err.. bukan menuju kearah mereka tetapi menuju ke arah ruang kosong di hadapan mereka. Haa baru betul.

Apabila dua figura itu berada betul- betul di hadapan mereka, membuatkan Isaura menahan nafas. Bukan dia saja, Rafiesya pun sama. Gugup. Itu yang mereka rasa.

Oh, semburan minyak wangi mereka amat menusuk hidung mereka. Bau maskulin yang amat kuat. Kadang kala membuatkan jantung Isaura berdegup kencang.

"Isaura, tenang sudah la kau ni." Bisik Isaura. Sempat dia menjeling memandang Rafiesya di sebelah. Kebetulan, mata mereka bertembung. Rafiesya menghantar isyarat yang hanya mereka berdua faham. Isyarat alien kut.

"Weh, Reel. Macam mana dengan awek kau Eryka tu?" soal figura lelaki di hadapan Isaura kepada kawannya di sebelah.

"Agak- agak la sial nak tanya. Awal pagi kut. Lagipun kau tak nampak ada orang belakang kita?" ujar kawannya yang dipanggil 'Reel'. Figura yang bertanya itu mula berpaling kebelakang. Sempat bertentang mata dengan Isaura sebelum dia memandang semula ke depan.

Mengucap Isaura dan Rafiesya mendengar orang mencarut pagi pagi buta. Hailah, bang. Awal carut bang?

"Tak apa. Aku cakap perlahan je. Diaorang tak dengar pun." Ujarnya.

HIS SWEETEST POISON °O.G°Where stories live. Discover now