𝓑𝓐𝓑 5

6 1 0
                                    

Kaki melangkah dengan santai. Melayan si Ayla yang tidak segan silu menunjukkan perangai yang terlebih ribena itu. Syafa juga mula mengikut Ayla. Haih, kalau bergabung, boleh rosak dunia.

Petang-petang begini memang sesuai untuk berjalan-jalan. Angin bersepoi-sepoi menanper lembut pipi mereka. Cuma ada satu halangan yang membuatkan mereka malas mahu turun riada. Cuaca.

Petang petang ini cuaca pun masih lagi panas terik. Dah lah beru habis kelas. Kemudian, kena riadah hadap panas terik pula. Apalah nasib. Mujur ada monyet-monyet liar yang menjadi tontonan. Di sini kalau orang jerit tu jangan takut. Bukan histeria tetapi monyet kejar. Jadi jangan risau.

Tambahan pula dengan rakan-rakannya yang seperti sesuai untuk menjadi sahabat monyet. Memang haru betul.

"Kau orang, jom duuk kat pondok tu." ajak Syafa. Mereka mula bergerak ke arah pondok. Isaura melangkah dengan berat hari. Dia masih ingin berjalan-jalan tapi tak sanggup nak hadap cuaca panas. Terpaksalah dia ikut.

"Weh." semua berpaling ke arah Ayla. Ayla sengih sebelum..

"Tak ada apa-apa."

"Hpm kau memang." ujar Isaura.

"Eii kau ni." marah Syafa dan Rafiesya serentak.

"Yang kau dari tadi pandang dia tu kenapa?" bisik Isaura. Dari tadi dia perasan Rafiesya asyik pandang sana. 

"Eh taklah. Aku tengah pandang burung tu." ujarnya seraya tangan menunjuk ke arah sekumpulan burung bertenggek di atas bumbung.

"Kau jangan nak ubah topik eh." Isaura memberi amaran.

"Mana ada aku ubah topik."

"Kau perasan tak Shahreel tu asyik pandang arah sini lagi-lagi kau?" soal Isaura. "Ye aku nampak Isaura."

"Kau taknak suka dia ke?" Isaura menanyakan soalan maut. Dia nampak usaha Shahreel untuk memiliki Rafiesya. Hanya sekadar berbalas perasaan bukan couple. Dia tahu haram.

"Kau dengan Arfan apa cerita?" soalan Isaura tidak dijawab malah dia tanya soalan maut itu kembali. Bibir Isaura pantas mengukir senyuman.

"A-aku tak tahu." dia buntu dengan perasaan dia sekarang. Pernah Ayla dan Syafa berkata dia sudah menyukai seniornya itu tetapi dia menafikan.

"Okay, apa kau rasa bila nampak dia?" soa Rafiesya lagak doktor cinta profisional. Syafa dan Ayla juga diam ingin mendengar balasan Isaura.

"Entah lah. Aku rasa nak senyum." jejaka di gelanggang bola tampar dipandang.

Ralit sangat tengok dia main bola sehingga tidak sedar pandangan mereka mula bersambung. Arfan menghulurkan senyuman manis dan satu kenyitan mata.

Serta-merta wajah putih Isaura berubah kemerahan. Rafiesya menandang mereka bersilih ganti. Mula buat muka toya. Tak suka tapi mahu.

"Dah lah Saura, biar dia main dulu. Tak pasal-pasal diorang kalah." tegur Rafiesya tatkala mereka terlalu ralit merenung satu sama lain. Isaura tersentak. Pantas dia mengalihkan pandangan mata.

"Cakap aja lah, kau suka dia." Rafiesya memandang Isaura. Dia masih setia menunggu jawapan Isaura.

"Entah lah Fie, dia macam suka tapi macam tak suka. Nak kata tak suka tak juga." Rafiesya menunjukkan riak jengkel tatkala dia mendengar jawapan Isaura.

"Dah lah kau." 

Isaura tergelak mendengar balasan Rafiesya.

" Weh, aku tak boleh bayang dho kalau Saura kurus." tiba-tiba Ayla menyampuk. Entah mengapa hal itu terlintas di mindanya.  Mati senyuman Isaura apabila Ayla berkata demikian.

"Weh ye dho. Mesti tak comel dah." sokong Syafa. Agak-agak macam mana ya rupa Isaura yang kurus dan elegan yang selama ni comel sebab dia sedikit tembam. Isaura hanya diam.

"Kau tak payah kurus lah Saura, nanti tak comel." cadang Ayla. Isaura masih lagi diam. Dia menarik senyuman hambar. Tiada siapa yang tahu keadaan dirinya.

"Banyak lah kau tak payah kurus. Nanti aku juga hadap bukan kau." bisik nya dalam hati.



Isaura sedang menaiki tangga berseorangan. Ayla, Syafa dan Rafiesya sudah berada di dalam kelas. Dia baru sahaja selesai berjumpa dengan guru kelasnya berkenaan dengan akademinya.

Isaura merupakan salah seorang pelajar cemerlang di kelasnya. Ujian baru-baru ini dia mendapat tempat ke-5. Walaupun bukan top 1, dia bersyukur sekurang-kurangnya dia mendapat top 5.

Buk!

Isaura mendesis perlahan. Bahu yang dilanggar, dia mengusap perlahan. Mujur tak terjatuh. Kepala berpusing melihat gerangan yang melanggarnya.

"Ops, sorry! Aku tak nampak kau." ujar Eryka dengan nada serba salah. Eh, silap! buat-buat serba salah.

"Heh, tak nampak?" sinis Isaura berbisik.

"Aku rasa kau dah cukup gemuk kut untuk aku nampak, tapi entahlah. Aku tak nampak kau tadi." sinis Eryka berkata. Dia memandang Isaura atas bawah. Seolah-oleh menghina.

Isaura diam. Melihat kebisuan Isaura membuatkan Eryka menarik senyuman sinis. Ya, dia bangga dengan apa yang ia tuturkan. Ditambah lagi dengan kebisuan Isaura menunjukkan Isaura kalah dengannya.

"Dah lah kau.  Tepi sikit. Aku nak lalu." selamba dia menolak badan Isaura ketepi, kononnya menghalang laluannya. Isaura hampir terjatuh kebawah sebelum dia sempat menyeimbangkan diri.

Isaura hanya memerhati Eryka yang mula menjauh. Satu perasaan mula menyusup masuk. Sesuatu yang membuatkan dia hilang keyakinan terhadap dirinya.

'Aku gemuk sangat ke?'

" Woi, perempuan! Kau jangan duduk tengah jalan lah. Terpenyek orang nak lalu nanti." tegur Eryka yang terselit niat mahu mengutuk. Sempat Isaura mendengar Eryka gelak jahat.

Bukan minah ni dah pergi ke tadi?

Melihat Eryka betul-betul menghilang membuatkan Isaura kembali melangkah untuk ke kelas. Selama perjalanan dia hanya diam. Mukanya kosong. Susah untuk ditebak apa yang bermain dalam fikirannya. Satu yang pasti, dia sedang berperangan dengan dirinya.



" WOI, ISAURA AZALEA LEO RYZUAN!" 

Isaura tersentak.

"Pahal kauorang terpekik ni?" tegur Isaura sambil dahi berkerut. Dah lah panggil nama panjang. Siap nama bapa lagi.

" Pahal, pahal. Kau tu pahal?" marah Ayla. Titew gewram ni, titew gewram.

" Si Ayla ni dah panggil kau tiga kali dah. Tu yang dia marah tu." jelas Rafiesya.

" Kau okay tak? Kenapa muka kau tiba-tiba pucat ni?" soal Syafa prihatin. Isaura menggeleng perlahan sambil senyum hambar. " Tak ada apa lah. I'm okay."

" Dah, jom balik." ajak Isaura seraya dia mengangkat punggungnya. Mereka mula meninggalkan pondok dan bergerak pulang ke asrama. 

Mereka menaiki tangga untuk ke bilik. Masing-masing berebut untuk mandi.

" Aku nak mandi dulu!"

"Woi Ayla, tunggu turn lah."

" Weh, apa yang bising sangat ni?"

"Haih, diaorang ni." Isaura mengeluh perlahan melihat perangai masing-masing.




T̷B̷C̷
Follow, vote and comment love {muah}

Ada typo jangan malu-malu nak cakap.

Maap bab kali ni pendek ja.




HIS SWEETEST POISON °O.G°Where stories live. Discover now