𝓑𝓐𝓑 6

3 0 0
                                    

"Terima kasih, cikgu!" ucap ketua kelas dan diikuti dengan rakan sekelas.

"Ya, sama-sama. Sebelum saya lupa, Rafiesya dan Isaura sila ikut saya." ujar Cikgu Mawar.

Isaura dan Rafiesya lekas mengemas buku-buku mereka dan masukkan ke dalam beg pikul yang dibawa. Beg dizip dan mereka segera keluar. Isaura sempat mencapai botol air sebelum dia keluar.




Isaura dan Rafiesya mula mengekori guru muda itu sampai ke bilik guru. Masing-masing hanya selesa diam. Hanya bunyi dari tumit kasut tinggi kedengaran. Tak lama kemudian, mata Isaura sempat menangkap beberapa kelibat yang baru keluar dari makmal sekolah sebelum dia masuk ke dalam bilik guru itu setelah  Rafiesya.

Mereka mula mengikuti Cikgu Mawar untuk sampai ke mejanya seperti anak ayam. 

"Kamu dah tak ada kelas kan lepas ini?" tanya Cikgu Mawar usai melabuhkan punggung di atas kerusinya.

Dah sampai baru nak tanya.

Isaura menggeleng sebelum menjawab." Tak ada cikgu. Cikgu Shah tak hadir."

"Cikgu nak minta tolong kamu susun fail ini boleh kan?" tanya Cikgu Mawar terlebih dahulu.

"Eh, boleh cikgu. Lagipun kita orang bosan cikgu" ujar Rafiesya.

"Okay, terima kasih. Yang ini kamu asing ikut nama saja. Susun supaya senang nak bagi dia orang nanti." jelas Cikgu Mawar. Isaura dan Rafiesya mengangguk faham.

Isaura dan Rafieysa mula mengorak langkah menuju ke meja kosong di belakang meja Cikgu Mawar. Usai itu, mereka mula melabuh punggung dan mula melakukan tugas seperti yang diarahkan.

"Nama Hariz Haziq ada kat kau ke?" soal Rafiesya. Kepala diangkat untuk melihat Isaura.

"Oh yeah, tu depan kau bawah Naida." jawab Isaura tanpa mengangkat kepala.

Ting!

Pintu di hadapan Isaura dibuka. Dengan automatik kepala Isaura terangkat untuk melihat gerangan yang baru masuk ke dalam bilih guru. Untuk seketika nafas Isaura terhenti melihat wajah gerangan itu.

Gosh, bakal jodoh masuk bilik guru lah. Ehek!

"Ehem, ehem." Isaura pura-pura batuk. Berharap agar Rafiesya faham petunjuk yang dia ingin sampaikan. 

"Ehem, ehem" Isaura batuk sedikit keras apabila Rafiesya tidak merespon atas tindakannya.

Aduh, perempuan ini. Masa ini lah kau tak peka dengan hint aku. Isaura rasa nak tepuk dahi melihat rakannya tidak menghiraukan hintnya.

"Weh, Fie." bisik Isaura.

"Benda?"

"Tengok tepi kau." Isaura acah-acah sedang tekun membuat tugasnya. Langsung tidak memandang Rafiesya. Nanti kantoilah tengah usha dia.

"Bila dia masuk?" tanya Rafiesya gelabah. "Baru tadi. Yang kau gelabah ni asal?"

"Eh, tak ada lah. Buat apa nak gelabah?" Rafiesya cuba buat biasa. Walaupun dari jauh dia rasa seperti diperhatikan.

Mereka mula menyambung menyusun fail-fail tingkatan lima itu. Sesekali Isaura sempat menjeling-jeling ke tepi untuk melihat Arfan. Hati dia berasa senang melihat Arfan disitu. Walaupun kadang-kadang rasalah dia punya canggung itu.



"Ergh, sakit belakang matt." keluh Isaura.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS SWEETEST POISON °O.G°Where stories live. Discover now