𝐵𝒜𝐵 𝟣

9 1 0
                                    

Isaura memandang kearah kelibat Syafa di luar kelas. Berjalan menonong dengan riak wajah yang selamba dan beku. 

"Korang tak pergi rehat ke?" soal Syafa tatkala melihat kawannya masih berada di dalam kelas.

 " Malas." ringkas Isaura menjawab. Syafa mendengar itu pantas mencebikkan bibir. 

" Alaa, aku baru nak ajak korang pergi rehat." rengeknya.

"Sorry Sya. Tengah jimat duit." Isaura sengih dengan rasa bersalah. "Tak apa la"

"Isaura sini kejap." panggil Rafiesya. Isaura berpaling dan segera pergi kearah Rafiesya.

"Asal?"

"Kau tahu tak aku mimpi apa semalam?" soal Rafiesya sambil mengangkat kening. Isaura juga turut mengangkat sebelah keningnya tanda tidak tahu. Apa kejadah tanya pasal mimpi dia. Memang dia tahu pun kau mimpi apa.

"Eh, korang cakap pasal apa ni? aku nak dengar juga." ujar Ayla sambil menyelit di tengah-tengah antara Isaura dan Rafiesya. Tangannya naik merangkul lengan Isaura dan Rafiesya.

"Err-" teragak-agak Rafiesya mahu membuka cerita.

"Weh Ayla, jom teman aku gi kantin." ujar Syafa sambil menarik tangan Ayla menjauhi Isaura dan Rafiesya.

Terdorong Isaura kedepan apabila dirinya ditark sekali oleh Ayla kerana dia masih lagi memegang lengan Isayra. Rafiesya saja  yang terlepas awal-awal.

"Ehh, Wehh Syafa aku tak nak ikut laa. Jangan tarik aku."

"Weyh, Sya. Aku baru nak dengar cerita Fie." rungut Ayla.

"Ah, tak ada. Kau kena teman aku dulu."

"Fineee."

"Hah, sambung. Kat mana tadi?" soal Isaura tatkala dua sahabat itu sudah menjauh. Selamat la mengharungi lautan manusia kat kantin tu. Dia dah tarik diri awal-awal

" Aku mimpi Shahreel dengan Arfan datang kelas kita untuk jumpa dengan ahli kelab polis." terang Rafiesya. Mata Isaura mula membulat. Tak lama kemudian dia mula menyengih. Teruja mendengar cerita Rafiesya. Walhal baru masuk intro.

"Lepastu, lepastu ,lepastu?"

"Sabar la wey." Jeling Rafiesya. Tak penyabar kawan seorang ni. Tau la cinta hati. Eh?

"Hehehe. Sambung-sambung." Isaura mula sengih tak bersalah.

"Diaorang jumpa untuk beri info pasal pertandingan apa entah namanya tu, aku lupa. Kemudian, kumpulan mereka je belum cukup sebab kena ada empat orang. Mereka kan berdua saja." Rafiesya berhenti sebentar mengambil nafas sebelum menyambung semula.

"Dan engkau dengan sangat 'baik' kau pergi setuju." Dia tekankan 'baik' itu. Betapa dia geramnya dengan Isaura sebab setuju untuk satu group dengan musuh ketatnya.

"Geram je aku nak sepak kau, tahu? dalam mimpi tu lagi la kuat rasa nk sepak kau"

Dalam mimpi...

" Isikan nama dengan no ic dalam kertas ni. Nanti bagi Arfan" ujar Shahreel sambil menghulurkan satu kertas yang mempunyai empat kotak garisan. 

Rafiesya pantas mengambil helaian kertas dan menulis apa yang patut. Isaura yang melihat itu menyembunyikan rasa teruja. Dia merapatkan jarak dengan Rafiesya, melihat dia menulis. Saja menyibuk. Dia rela menyibuk daripada menjadi tatapan dua jelmaan itu. Dia perasan saja Arfan dan Shahrell asyik-asyik merenung dia dan Rafiesya.

Eii.. cucuk mata kang!

Selepas Rafiesya selesai, giliran Isaura pula untuk menulis. Rafiesya juga melekat di sisi Isaura. Bukan Isaura tak perasan tangan Rafiesya menggigil kecil. Dia sambung menulis dengan laju sebelum menghulurkan kembali helaian kertas itu dan menggenggam tangan Rafieysa yang menggigil itu.

HIS SWEETEST POISON °O.G°Where stories live. Discover now