Special story (1)

182 10 0
                                    

AKU habiskan segala kudrat tenaga ku. Kini, lahirlah seorang lagi cahaya mata kedua.

Reezza Lee Bin Rayden Lee.

Itulah nama yang diberikan oleh kami kepada anak kedua lelaki kami. Ruang bersalin itu dipenuhi dengan tangisan bayi menangis.

Aku tarik nafas lega. Lalu doktor meletakkan anak lelaki ku itu diatas pangkuanku. Aku gendong putera kecil ku.

Rayden mengusap-usap pipi lembut putera kecil kami. Air mata sekali lagi jatuh berjurai tidak berhenti.

Aku dimasukkan ke dalam wad biasa setelah selesai dengan urusan bersalin. Segala rasa sakit aku abaikan. Hanya rasa gembira aku gambarkan apabila melihat anakku.

"Puan bagi dia minum susu badan dulu ye." Arah nurse yang menjagaku sepanjang aku berada di hospital ini.

Aku memberikan susu kepada anak lelaki ku itu. Rasa teramat bersyukur bila dikurniakan dua cahaya mata dalam hidupku.

"Bondaa! Adikk!" Jerit kayla seraya masuk ke dalam bilik wad ini. Aku cium dahi kayla yang baru balik dari sekolahnya.

"Wah! Kayla dapat adik lah! Comel nya adik kayla!" Ucap kayla riang. Suka betul dapat adik ye.

Kecik-kecik je macamni, nanti bila dah besar lain cerita pulak. Biasalah, adik beradik.

"Kayla, nama adik kayla, reezza." Ucapku. Kayla angguk faham.

"Hi reezza! Ini kakak awak, kayla! Nanti bila reezza dah besar, main dengan kakak tau!"

Aku senyum melihat gelagat puteri kecil ku itu. Comel sangat! Macam aku.

_

"Abang, belikan keysha ubat pening kepala." Arahku sambil menurut-urutkan kepala ku yang pening itu.

Mana tak nya, lepas sudah 3 minggu aku berpantang dirumah, setiap malam reezza menangis. Aku tak dapat tidur dengan cukup. Kayla waktu baby pun, takdelah macam adik dia.

Haih, ikut ayah dia betul.

"Buat apa nak beli kalau penawar dah ada dekat depan mata?" Gurau rayden. Aku pandang dia tajam.

Eh, eh. Dia ni, nak kena hempuk ke?

"Jangan lah marah. Abang gurau aje. Tapi, betul apa. Penawar sayang memang ada dekat depan mata. Cuma sayang je tak minta." Ujarnya.

Aku mengeluh. "Ye lah abang. Tolong urutkan kepala keysha."

Rayden menyuruhku meletakkan kepala di atas pehanya. Aku ikut apa yang disuruh. Lalu jemari-jemari nya perlahan-lahan mengurut kepalaku.

Rasa berkurang sikit rasa sakit. Pandai suami aku urut. Memang betul penawar yang sebenar ni.

"Pandai jugak ek abang ni." Ucapku sambil menikmati urutan rayden.

"Mestilah, just for you only. Abang buat dengan kasih sayang tau."

Aku senyum. "Eleh, ye la tu."

"Ye lah, sayang. Abang tak pernah tipu sayang tau! Abang ni jujur orangnya." Jawabnya bangga diri.

"Banyak je yang abang tipu. Jangan nak bagi ayat manis sangat."

"Ada ke tak percaya kan suami sendiri? Habistu, kalau abang cakap i love you, maksudnya abang tipu ke?" Balasnya. Aku merasakan picitan semakin kuat.

"Mungkin? Siapa tahu abang tipu." Jawabku saja nak menyangkat dia.

Sejurus itu, dia terus berhenti memicitku. Aku pandang dia. Dia larikan pandangan dariku. Tengok dari reaksi dan tingkah laku, firasat ku sangat lah setuju bahawa rayden sedang merajuk.

Adoi, baby boy is sulking!

Aku bangun dari baring di atas pehanya. Walaupun kepala terasa berat nak angkat, demi baby boy ku ini, aku sanggup.

"Ala, abang merajuk ke? Keysha gurau je." Ucapku memujuknya.

Dia buat tak endah. Masih mengalihkan pandangan dariku. Puas aku pujuk rayden, masih dengan kemerajukkan dia. Aku fikir idea nak buat dia tak merajuk dengan aku.

Aha! Muncul idea bernas di fikiran. Aku pegang kepalaku. Acah-acah pening yang teramat pening.

"Abang, kepala keysha pening sangat." Ujarku. Curi-curi tengok reaksi dia. Namun, rayden masih tak peduli. Pandang aku pun taknak.

"Abang, tolong keysha." Rintihku. Mode berlakon dihidupkan.

Kemudian aku acah-acah terbaring ke belakang. Buat-buat pingsan. Mata dibuka sedikit untuk melihat reaksi rayden.

"Sayang, tak payah nak menipu. Abang tahu sayang berlakon." Jawab rayden dengan masih tidak mahu dipandangnya aku.

Kebal betul hati dia.

Namun aku diam. Betul-betul nak yakinkan dia yang aku memang pingsan. Selepas itu, rayden barulah memandangku yang terbaring dan tidak bergerak dari tadi.

Aku tahan senyum. Yes! Misi berhasil.

"Sayang? Sayang?" Panggilnya berkali-kali seraya mengoncangkan diriku.

"Sayang! Jangan buat abang macamni! Sayang! Sayang, bangun!" Jeritnya. Nada gelisah dan risau.

Tengah dia sibuk panggil aku, aku terus bangun lalu mencium pipi kirinya serta-merta. Rayden terkaku.

Aku ketawa kecil. "Don't be sulking, my boy." Ucapku seakan-akan berbisik.

Rayden pandang aku dalam. Mata birunya aku renung dalam-dalam. Aku nampak dia telan air liur. Bajuku juga, digengam kuat.

Haa sudah! Rayden dah kenapa?

"Abang? Abang okey tak?" Soalku sambil tangan memegang pipinya.

"Tak. Terkejut." Jawabnya.

Bila aku tengok dia dah okey, aku cuba mendekatinya semula.

"Abang, okey tak?"

"Yeah, okey. Lain kali sayang jangan buat macamtu. Sayang buat abang risau." Wajah risau ditayangkan.

Aku angguk. "okey, keysha minta maaf." Aku tunduk dengan rasa bersalah.

Dia tarik aku ke dalam pelukannya."Kepala pening lagi ke?" Soalnya sambil memengang kepalaku.

"Hm. Pening lah, abang. Urutkan boleh?" Ucapku lalu meletakkan semula kepala di atas pehanya.

Dia ketawa kecil. Pipi ku dicubit. "Comel. Biar sini abang urut untuk isteri kesayangan abang ni." Jemarinya mula menekan-nekan dan mengurut-urut kepalaku.

Tengah seronok dan hampir lena dengan urutan rayden, aku dengar reezza menangis. Terus aku bangun dari baringku dan menuju ke tempat tidur reezza, putera kecil ku.

Haih, tak dapat tidur lagi!

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now