Chapter 29

1.7K 96 5
                                    


7bulan kemudian...........

Kini usia baby Freeya sudah masuk 7bulan,baby Freeya membesar dengan sihat.

Becky masih kerja di rumah,kadang² kalau ada meeting penting baru dia keluar.

Becky dan Freen bermalam dirumah Keluarga Freen,minggu lepas rumah keluarga Becky.

Baby Freeya dah pandai meniarap dan merangkak,berat badan makin naik,dah boleh makan.

Tuan Chamkimha sibuk bermain dengan cucunya,dia tahu je Freen nak balik rumah mereka, Tuan Chamkimha membatalkan segala urusannya.

"Cucu Atuk makin comel," Tuan Chamkimha mencium pipi cucunya. Dia bahagia sangat ada cucu.

Mereka duduk santai di ruangtamu selepas makan malam.

"Kamu tengok Papa tu,sanggup tak pergi majlis kahwin anak kawan dia sebab cucu dia" Kata Puan Chamkimha.

"Bukan selalu Freeya nak datang sini kan sayang," Tuan Chamkimha menimang cucunya. Baby Freeya ketawa.

"Biarlah Mama," Kata Freen tersenyum, Becky hanya tersenyum manis. Dia bahagia semua orang sayang baby Freeya.

"Malam ni Freeya tidur sama kami boleh?" Pinta Tuan Chamkimha tersenyum.

"Boleh tak Freen Becky," Tanya Puan Chamkimha. Baby Freeya masih menyusu badan tapi Becky bagi susu formula juga.

"Boleh Mama," Balas Freen tersenyum. Rumah Becky pun baby Freeya tidur sama parents Becky.

"Becky okey tak? Freen ada buli Becky tak? Soal Puan Chamkimha.

"Mama ni Freen tak pernah buli Becky," Rengus Freen.

"Tak Mama Freen layan Becky baik,tolong jaga Freeya kalau Becky penat," Kata Becky tersenyum.

"Mama suka menuduh,"

"Kamu tu bukan boleh percaya,wife masih dalam pantang kamu nak kacau," Kata Puan Chamkimha mengungkit.

"Mama!!! Mana adalah huh Freen ikutlah semua pantang Mama tu huh," Balas Freen geram apa taknya Becky berpantang sampai 60hari tu pun minta kurang dekat Mama dia.

Becky hanya tersenyum.

"Eleh bukan mama tak tahu kamu curi² masuk bilik tidur atas katil amboii tak boleh nak renggang langsung," Usik Puan Chamkimha lagi, Makin malu Becky mentua dia mengusik.

"Yalah Mama denda yang bukan², Freen tak boleh tidur kalau tak peluk Becky," Balas Freen.

"Sudahlah tu,dua beranak ni,tengok menantu Papa dah malu," Tegur Tuan Chamkimha.

Serentak itu Puan Chamkimha dan Freen ketawa kecil.

"Babe!!! " Jeling Becky,dia memukul bahu Freen geram.

"Maafkan Mama Becky, Mama gurau je," Kata Puan Chamkimha tersenyum.

"It's okey Mama, Becky okey je," Balas Becky tersenyum.

"Dah Jom tidur,cucu papa dah mengantuk ni," Kata Tuan Chamkimha tersenyum.

Mereka mencium Freeya sebelum Tuan Chamkimha dan Puan Chamkimha bawa masuk bilik. Freen dan Becky pun masuk bilik mereka.

"Hmmmm penat!!! " Freen terus menghempas dirinya di atas katil. Becky masuk ke dalam bilik air.

Freen memejam matanya,dia terasa mengantuk sangat.. akhirnya Freen terlelap.

Becky keluar dari dalam bilik air. Dia duduk di depan meja solek,dia menyapu losen di badannya.

Becky melangkah ke balkoni, Becky memejam matanya, Becky duduk di kerusi situ sambil menikmati suasana malam.

Hate to Love ❤️Where stories live. Discover now