Buai laju-laju
Buailah diriku
Buai laju, gembirakan hatikuBuai laju-laju
Buailah diriku
Buai laju, terkenang nasibku.Sayu suara seorang kanak-kanak bernyanyi lagu buai laju-laju di atas buaiyan. Tidak dihiraukan langsung suasana sekeliling yang penuh dengan ragam kanak-kanak lain.
Bait lagu dalam lirik itu sangat menyentuh hati kecil dia. Buaiyan itu dihayun selaju yang mampu, membiarkan angin petang itu menyapa mukanya.
"Haih ..." Keluh gadis berambut tocang dua. Qaireena.
Apabila memikirkan nasibnya sebagai kanak-kanak yang agak 'malang' membuatkan dia menyampah. Di umur sebegini sepatutnya dia perlu bermain bersama kanak-kanak lain. Bermanja bersama ibu bapa, namun keadaan sangat tidak mengizinkan.
Dia baru sahaja berumur 6 tahun tapi mengapa ujiannya seperti orang dewasa? Mengapa dia matangkan sebelum umur yang sesuai? Tiadakah simpati kepada dirinya?
Ahli keluarga yang sepatutnya menyokong, memberi semangat, dan menjadi tulang belakang kepadanya kemana? Mengapa mereka selalu patahkan semangat dia? Kenapa biarkan dia bangkit keseorangan tanpa tulang belakang atau sebarang sokongan?
Ahli keluarga yang kejam sanggup
meragut kemanisan hidup seorang kanak-kanak. Salahkah dia lahir sebagai anak perempuan? Malang betul nasib dia."Mama dengan papa jahat! Tinggalkan Qai dengan abang Reen je." Omel budak berumur 6 tahun itu. Dia ingin membenci mama dan papanya tapi dia tidak sampai hati. Ingin membantah kata abangnya tapi abangnya sahaja melayanya bak puteri. Lantas bagaimana dia ingin benci abang Reen kalau abang Reen yang menjadi tulang belakang dia?
Abang Reen selalu pesan kepada.
"Abang reen minta maaf sebab kasih sayang mama dengan papa terlalu sekejap untuk Qai rasa. Perhatian mereka selalu pada kerja. Jadi biarlah hero Qaureen memberi perhatian sepenuhnya pada kesayangan abang. Abang Reen takkan benarkan sebarang kesakitan menimpa adik abang. Jangan sedih sedih kalau nak sedih abang Reen ada tau!"
"Hisk ... Hisk."
Lamunan Qaireena mati apabila dia terdengar suara kanak-kanak merintih kesedihan.
"Hurmm." Gumam Qaireena bersama dahi berkerut. Kacau je dia melayan perasaan.
"Hisk ... Hisk." Apabila tidak nampak punca dari mana datangnya tangisan itu, Qaireena bangun dari buaiyan yang didudukinya, ingin mencari punca suara yang tidak ketahui itu.
Apabila terasa suara esakkan itu datang dari semak samun belakang buaiyan itu Qaireena laju menuju ke sana. Dia terpandang susuk budak lelaki mencangkung membelakangi dirinya di hadapan pokok besar. Tangan menyentuh bahu budak lelaki itu untuk memberitahu kehadiran dirinya di belakang budak itu.
Tersentak budak lelaki itu apabila melihat Qaireena di belakang dia. Tangan cepat-cepat menyapu sisa air mata di pipi.
Bahu budak lelaki itu tolak ke tepi sehingga berlanggaran batu besar di tepi pokok. Setelah ada ruang sedikit besar, Qaireena mengambil ruang untuk bercangkung bersama budak lelaki itu. Qaireena dan budak lelaki itu bercangkung bersama menghadap pokok besar. Sudah seperti di denda oleh guru pula.
Ranting kecil berdekatan pokok dicapai lalu Qaireena melukis gambar emoji gembira. Ranting ditunjuk ke arah emoji yang di lukisnya tadi. Apabila budak lelaki itu memandangnya seperti tidak faham apa yang ingin Qaireena sampaikan akhirnya Qaireena bersuara.
"Budak, gembira la sikit, kenapa awak sedih?" Tanya Qaireena yang menggelarkan lelaki itu budak. Tidak sedarkah dia pun masih budak?
"Selipar saya jatuh dalam longkang." Sedu sedan budak itu mengeluarkan suara. Tangan montel itu turut menunjuk longkang berhampiran gelongsor.

ANDA SEDANG MEMBACA
Malam Tanpa Bintang [C]
RomansaCover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena langsung tidak mempedulikan hal orang lain. Baginya sekolah sekadar tempat belajar dan rumah hanya untuk berehat. Tapi kewujudan murid baru di sekolahnya membuatkan hidup...