( Part ni saya dah guna "kau" and "aku" untuk percakapan Kei,Jin,Sujeong and Yein kat kelas,kalau kat bilik diorang,still guna "kau" and "aku" and nama sebenar diorang bila cakap dengan sunbae dalam bilik diorang)
Kelas 1-1
Kei,Jin(Myungeun),Sujeong dan Yein terus masuk ke kelas mereka iaitu Kelas 1-1
Apabila mereka sampai ke kelas tersebut,beberapa orang pelajar perempuan dah sibuk memilih tempat duduk mereka.
Kei dan Jin memilih tempat hadapan di tengah-tengah kelas.. Manakala Sujeong dan Yein pula duduk di belakang mereka. Nampaknya,kawasan tengah kelas 1-1 merupakan "Girls Student District a.k.a daerah pelajar-pelajar perempuan" sebab boleh dikatakan hampir semua pelajar perempuan memenuhi kawasan tengah kelas 1-1 tu.. Yang selebihnya pula berada di area pintu masuk kelas.. Yang menghairankan,mereka tidak melihat langsung kelibat pelajar lelaki di kelas itu.
"Aik.. Mana budak laki kelas kita ni? Pupus dah ke? " tanya salah seorang pelajar yang berada di sebelah kanan Kei. Name tagnya tertulis "Yeri".
"Entah -_- Aku rasa hari tu ramai je budak laki yang mendaftar... Ni mesti kes lambat bangun ni.." kata sahabat Yeri,iaitu Joy.
"Hahah... Agaknya lah... " balas Yeri
Manakala Kei dan kawan-kawannya pula sibuk bersembang pasal kawan-kawan lelaki mereka,iaitu Daeryong and the gang.
"Betul jugak budak tu kata,mana yang lain? Aku rasa Daeryong dengan gang dia satu kelas dengan kita." kata Sujeong.
"Macam yang budak tadi cakap,aku rasa diorang bangun lambat xD " jawab Jin.
"Boys~~ Hahahaha" kata mereka serentak lalu ketawa.
Tidak lama selepas itu...
"Woi... Apa gelak-gelak? Mengata kitorang lah tu" satu suara mengejutkan mereka berempat.
"Eh? Dah sampai rupanya korang... Aku ingat korang tidur lagi kat bilik xD " kata Kei sambil memandang Daeryong yang menegur mereka tadi.
"Eh.. Kitorang dah bangun awal tau.. L ni lambat... Ada ke patut Sunggyu hyung dah kejutkan dia awal,dia sambung tidur balik.. Mengamuk lah ketua pelajar kita tu... Nasib dia tak kena sunggah air je dengan mamat tu..." kata Sungjong pula.
"Aku pulak kau salahkan? Si kembar dua orang ni punya pasallah. Ajak aku main game COC semalam sampai pukul 1 pagi... Nasib aku ada kesedaran nak tidur awal tau,kalau tak,berjaga sampai pagi aku -_- " kata L.
"Apasal kau je yang bangun lambat pulak? Diorang pun tidur lewat kan?" tanya Yein,hairan.
"Huh.. Kau nak tau sebab apa?" kata L
Kei and the gang mengangguk kepala mereka.Ingin tahu sebab L paling lewat.
"Ada ke patut diorang tidur dulu? Aku tengok sebelum aku tidur tu,dua-dua dah terlentang atas katil,sebab aku tersedar aku cakap sorang-sorang -_- Tu aku terus tidur tu,nanti Sunggyu hyung nampak aku main game kang,habislah aku.. Lebih waktu lights-off sebab main game -.- " balas L.
"Hahaha,ini lawak xD" kata Sujeong.
"Bagi kau lawaklah,bagi aku tak lawak langsung,bengang lagi adalah -..- " jawab L dalam keadaan marah.
"Heheh... Sorry lah L,kitorang pun tak sedar bila kitorang tertidur,bangun-bangun bateri phone dah habis and terjaga lepas Sunggyu hyung kejutkan." balas Soryong pula sambil tersengih-sengih.
"-_-" L dah buat muka lepas dengar apa yang Soryong cakap lalu bergerak ke mejanya di tepi tingkap yang berada di sebelah kiri Jin.
"Haiyok~ L dah marah... Baik korang tenangkan dia balik... Aku tak salah.... Aku tak main COC semalam :3 " kata Sungjong,mengelakkan dirinya.
YOU ARE READING
Woollim High School Story
FanfictionKim Jiyeon @ Kei mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannya dalam bidang seni di Woollim High School. Dia berhasrat untuk menyambung impian unnienya,Kim Miyeon,yang ingin menjadi artis. Dia juga sangat meminati bidang seni,lalu,dia berjanji kepa...