BAB 1

30 3 3
                                    

Khasyaf melangkah keluar daripada makhamah tersebut. Dia melihat ke arah bekas isterinya yang sedang bermesra-mesraan dengan kekasihnya.

'Cepat betul awak lupakan saya, Darina...' ucap Khasyaf di dalam hati. Darina, bekas isterinya itu, hanya tersenyum sinis ke arah Khasyaf. Dia terus berlalu pergi dan meninggalkan Khasyaf seorang di situ.

Khasyaf berjalan di taman untuk menenangkan hatinya yang sedang serabut ini. Dia melihat seorang gadis, bertudung labuh, dan memakai niqab sedang duduk di atas kerusi seorangan. Khasyaf menghampiri gadis tersebut. Kehadirannya, menarik minat Khasyaf.

"Assalamualaikum, bidadari. Seorang je ke?" Soal Khasyaf dengan penuh ramah. Gadis itu tersenyum. Senyuman itu kelihatan daripada matanya.

"Waalaikummusalam. Eh tak la. Saya tunggu adik saya ni..awak?" Soalnya pula.

"Seorang je la, awaknya...saya datang sini cuma nak tenangkan diri sahaja...banyak pula masalah yang datang sejak kebelakangan ni." Keluh Khasyaf. "Lupa pula saya, nama saya, Tuan Aiden Khasyaf. Awak?" Khasyaf tersenyum manis.

"Ouh ya, lupa pula..nama saya Summaiyah Alsyifa. Panggil Mai je.." Sumaiyyah memperkenalkan dirinya kepada Khasyaf.

"Cakap pasal tadi, apa masalah yang awak hadapi tu? Kalau tak kisah, boleh berkongsi. Saya sudi mendengar." Perasaan ingin tahu Su
Summaiyah semakin meningkat tika ini.

"Tak adalah...cuma, saya rasa, tak ada sesiapa di dunia ni yang boleh sayang saya denga penuh ikhlas. Untuk pengetahuan awaklah kan, saya baru bercerai dengan bekas isteri saya..." Khasyaf tersenyum pahit. Sumaiyyah menatap wajah sedih itu.

"Itulah dugaan rumah tangga. Mungkin, dia bukan jodoh awak..." Sumaiyyah memandang ke arah pantai di hadapannya itu.

"Hm...ya...mungkin jodoh saya awak? Kan?" Sempat lagi Khasyaf berjenaka di situ. Sumaiyyah tergelak kecil.

"Ada-ada je awak nii! Tapi, percayalah, takdir dan aturan Allah sudah cantik. Jadi, kita kena sentiasa redha dan terima semuanya dengan hati yang terbuka. Dah, jangan sedih-sedih." Sumaiyyah tersenyum comel di situ.

"Ya Allah...comelnya! Dah la comel, pandai jaga aurat pula tu, memang isteri idaman betul!" Khasyaf memujinya. Sumaiyyah menahan malu di situ.









3 tahun kemudian...

Sumaiyyah dan Khasyaf telah berkenalan selama 3 tahun. Tanpa disedari, mereka saling menyukai tetapi tidak mempunyai keberanian untuk berterus terang.

Khasyaf mengajak Sumaiyyah, berjumpa di pantai. Khasyaf sudah menyediakan segala hiasan untuk melamar sang kasih. Sumaiyyah menjejakkan kakinya ke pantai itu dan melihat hiasan yang bertulis "my beloved, Sumaiyyah..Will you marry me? Will you be the partner of my life?" Sumaiyyah memandang ke arah Khasyaf.

"So..what's your answer?" Soal Khasyaf kepada Summaiyah. Sumaiyyah tersenyum malu dan menggangguk kepalanya.

"I will..." jawab Sumaiyyah kepada soalan Khasyaf. Khasyaf menyarungkan cincin permata itu je jari manis Sumaiyyah sambil tersenyum.

"I promise, you will be the happiest woman in this world. I will never leave you, my love. We will be together until the end of our breath." Ucap Khasyaf kepada Sumaiyyah yang sedang mengesat air mata gembiranya itu.

○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○●○○○○○○○○○○○○○○○○○○

{Ini chapter pertama, jadi saya harap semua suka la ya. Mungkin ada kekurangan atau kelebihan dalam cerita ni..maaf yaa! Seeya in another chapter! Don't forget to vote, okay!💋🔥}

○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○●○○○○○○○○○○○○○○○○○○

The One For Him [On Going]Where stories live. Discover now