Sumaiyyah melangkah ke arah pelamin bersama tanggannya yang dimpimpin oleh Khasyaf.
"Finally. You're mine, love" Ucap Khasyaf kepada isterinya itu. Sumaiyyah tergelak kecil.
"Maksudnya, awak dah lama lah sukakan saya kan?" Sumaiyyah menahan senyum.
"Ye, sayang. Abang dah lama sukakan sayang. Sejak pandangan pertama kita lagi, sayang dah berjaya curi hati abang." Manis sungguh kata-kata yang dilontarkan Khasyaf kepada isterinya."Hi bro. Bidadari depan mata, terus lupa kawan eh ko? Kurang asam betul." Jeling Tuan Gistan ke sahabatnya itu.
"Eh, Gis. Sorang je ek? Mana bini kesayangan kau tu?" Sinis Khasyaf. Maklumalah, si Gistan ni takut bini.
"Anak kambing tu ada je, kat meja sana. Tengah suapkan anak aku nasi. Dia suap anak aku ke, dia yang makan pun aku tak tahu la." Sempat lagi, dia mengutuk isterinya di situ.
Wrina, isteri Gistan yang terdengar perbualan suaminya itu, terus membulat matanya. Dia berjalan perlahan ke arah suaminya dan menarik rambut suaminya itu.
"Sayang...sejak bila awak berani kutuk saya ni, hm? Kau duduk balik sebelum aku tendang kau sampai tersungkur ke depan tu, jap lagi." Dia mencubit lengan suaminya itu kemudian duduk ke mejanya kembali.
"Auw! Sakitlah, sweetie! Abang hanya mengungkapkan fakta je." Dia mengusap lengan yang dicubit itu.
"Fakta, mangkuk awak lah!" Jeling Wrina sebelum sambung menyuap anaknya itu. Khasyaf dan Sumaiyyah sedang ketawa besar di situ.
"Tak baik la, Khasyaf" Tegur Sumaiyyah sambil menahan ketawa apabila suaminya itu gelakkan sahabatnya yang sedang muncung itu.
"Eleh, sayang ni. Dia pun sama." Bidas Khasyaf sambil tertawa.
"Diam la korang. Ish!" Gistan memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Sumaiyyah hanya menahan tawanya manakala Khasyaf menjeling Gistan.
"Eww..pondan..." Khasyaf memerlinya kemudian membuat muka mengejek kepada Gistan
"Kurang asam, punya pengantin. Dah la, aku nak merajuk!" Dia terus berlalu pergi sambil menghentakkan kakinya. Pasangan itu hanya tertawa kecil melihat gelagat Gistan yang seperti kanak-kanak itu.
Majlis perkahwinan mereka sampai ke penghujungnya. Khasyaf menatap wajah cantik isterinya itu. Sumaiyyah membuka niqab nya itu. Khasyaf berhak melihat wajah aslinya kerana mereka pasangan yang sah.
"YA ALLAH! ISTERI SAYA KE NI?!" Terkejut beruk Sumaiyyah dengan jeritan nyaring Khasyaf itu.
"Ye, awak..isteri awak ni ha. Kenapa? Ada apa-apa ke?" Soal Sumaiyyah. Semacam je suaminya ini.
"Takde la. Cantik bebeno awaknya! Eee meh sini!" Khasyaf memeluk badan kecil itu dengan erat.
"Ish! Awakkkk! Gedik la." Jeling Sumaiyyah. Dalam hati berbunga-bunga pada realitinya."Tak baik tau cakap suami macam tu. Majuk la macam ni." Khasyaf merajuk seperti anak kecil. Sumaiyyah ketawa besar.
"Berjangkit dengan Gistan dah? Haih..." Sumaiyyah menepuk dahinya. Tadi bukan main dia ejek si Gistan tu. Eh, dia pun dua kali lima je.
"Biarlah. Nak bermanja dengan isteri. Bukan selalu." Khasyaf tersengih seperti kerang busuk.
"Dah dah jom tidur. Penat la seharian jadi raja. HAHA!!" ketawa besar Khasyaf. Sumaiyyah sedang menahan gelak. Apa masalah suaminya ini pun dia tidak tahu."Tidur! Bising je keje." Sumaiyyah menutup matanya. Khasyaf membaringkan tubuhnya sebelah tubuh kecil isterinya itu. Dia memeluk Sumaiyyah sebelum turut menutup matanya dan tidur.
○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
{Okay tak cerita ni? Saya akan update bab lain di minggu yang akan datang!! See you guys in next chapter! Byee💋 dont forget to vote!! Thnkyou!}
○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
YOU ARE READING
The One For Him [On Going]
RomanceCinta? Perasaan tersebut sudah lenyap sama sekali di dalam diri seseorang yang bernama Khasyaf Aider. Baginya, cinta adalah sesuatu yang tidak berfaedah. Ini berlaku apabila cintanya dikhianati oleh sang kasihnya. Pada saat itulah, dia percaya bahaw...