Special Story (2)

98 5 0
                                    

AKU terus berlari menghampiri rayden yang baru pulang dari outstation selama seminggu itu. Ya Allah, rindunya diaaaa!!

"Abang!" Aku peluk rayden erat. Akhirnya, bantal peluk kesayangan aku pulang juga.

"Ye, sayang. Suami kesayangan sayang, dah balik untuk isteri tercinta dia." Dia membalas pelukan ku.

Aku sengih. Baru balik, dah dapat ayat manis.

"Ayahandaa!" Kayla pula datang berlari ke ayahanda dia.

Melihat itu, aku tutup seluruh badan rayden dengan pelukan, biar kayla tak dapat peluk ayahanda dia.

"Tak boleh. Ayahanda kesayangan kayla, milik bonda!" Aku jelirkan lidah , saja menyangkat anakku itu.

"Ish, mana boleh! Ayahanda kayla punya!" Marah kayla. Siap kedua belah tangannya diangkat di sisi. Gaya marah betul!

"Mana ada! Siapa kata ayahanda kayla punya? Ayahanda bonda yang punya. Tengok, ayahanda peluk bonda sorang aje." Ujarku. Bagi dia panas hati lagi.

Kayla yang menahan geram itu terus memeluk kaki rayden sambil menangis.

"Huwaaa! Hiks, ayahanda kayla punya sorang je! Bukan bonda punya!" Sempat lagi dia. Sambil menangis memeluk kaki rayden.

Aku dan rayden ketawa terbahak-bahak. Ada sahaja tingkah kecomelan anak perempuan kami itu.

Kayla, bonda harap kayla akan selalunya menjadi anak kecil.

Kemudian rayden mendukung kayla yang menangis teresak-esak itu.

"Janganlah nangis puteri comel ayahanda ni. Kayla milik ayahanda sorang aje." Pujuk rayden sambil mengelap air mata kayla.

"T-tapi, bonda kata ayahanda milik bonda." Jawabnya sambil teresak-esak.

Aku usap rambut kayla. "Takde lah sayang, bonda gurau je. Ayahanda milik kita semua. Milik, kayla dan rezza jugak!" Ujarku. Kayla perlahan-lahan berhenti menangis.

"Kayla taknak share dengan orang lain!" Jawabnya lalu meletakkan kepalanya di atas bahu rayden.

Ee, budak ni. Anak ayah betul.

"Bonda taknak ke? Bonda pun milik kayla jugak."

"Taknak. Nak ayahanda je." Kepalanya masih disandarkan di atas bahu rayden.

Sakit lah juga hati aku. "Oh, kalau macamtu. Lepasni, kayla mandi sendiri. Masak sendiri. Basuh baju sendiri. Bonda taknak buatkan untuk kayla. Kayla kan ada ayahanda. Suruh ayahanda buat semua tu." Balasku. Jujurlah, memang aku cemburu!

"Haa, taknak! Kayla nak bonda yang buat! Kayla suka bonda masak ayam untuk kayla!" Jawabnya seraya memuncungkan bibirnya.

Aku buat tak layan. Acah-acah merajuk. Kemudian kayla menangis lagi.

"Bondaaaaa!! Hiks!" Nangisnya sambil membuka tangan menyuruhku untuk mengendong nya pula.

Aku masih tak layan. Haa, tahu pun. Tadi nak kat ayahanda dia je kan.

"Haa, ayok. Bonda dah marah. Kayla kena minta maaf dekat bonda." Rayden bersuara.

"Hiks, k-kayla minta maaf bonda." Tanganya masih dibuka menyuruh untuk aku mengendongnya.

Aku senyum. Lalu mengendong anak perempuanku itu. "Ye lah, bonda tak marah dah. Jangan nangis dah." Ujarku.

Tangisan kayla mula reda. Kemudian aku mengambil beg rayden membawanya ke bilik.

____

Malam menjelma, menu makan malam harini ialah bihun sup! Antara menu kegemaranku. Aku hidangkan satu-persatu makanan ke atas meja.

Biar nanti, lepas rayden balik daris surau, boleh terus menjamu selera. Rezza yang baru berumur 1 bulan itu aku letakkannya di dalam katil bayi.

Kayla ikut ayahandanya pergi ke surau juga. Selang beberapa minit kemudian, mereka pulang akhirnya.

"Bondaa!" Sapa kayla dengan masih memakai telekung.

"Ye, kayla. Basuh tangan dengan ayahanda dekat dapur dulu." Arahku. Lalu dia berlari ke dapur mengikuti rayden.

"Aminn Ya Rabbal alamin." Doa makan yang dibaca oleh kayla.

Kami mula menjamah makanan bersama-sama. Seronok tengok suasana sekarang. Dulu hanya kami berdua, kini sudah bereempat. Nanti, kalau rezza dah besar, boleh makan bersama-sama.

"Sedap tak bonda masak?" Soalku.

"Sedap sangat-sangat! Kayla suka!" Jawab kayla sambil menyuapkan bihun ke dalam mulutnya.

Aku senyum lebar. Rayden pun, turut membalas dengan anggukkan. Siapa yang pernah masak, mesti faham dengan perasaan gembira bila orang suka dan puji masakkan kita!

Rasa happy and proud woo!

"Bonda, ayahanda. Sekolah kayla ada buat lawatan pergi zoo negara minggu depan! Boleh tak kayla nak pergi? Boleh pergi dengan kawan-kawan!"

Aku membalas. "Boleh sayang. Nanti minta kat cikgu borang kebenaran ok." Memberi kan kebenaran kepadanya.

Kayla terus senyum lebar.

Bila cakap pasal zoo, teringat aku kenangan yang dahulu. Waktu aku dan rayden first date kot, aku pun tak ingat. Tapi, rayden bawak aku pergi zoo negara. Adoilah. Paling tak leh bla!

Nasib lah, seronok. Tak pernah tahu benda yang bagi aku bosan, tapi bila pergi dengan orang yang kita cinta, boleh jadi sesuatu yang gembira dan seronok sangat!

Memang dilamun cinta!

Tanpa sedar aku tergelak seorang-seorang diri. Rayden dan kayla memandangku pelik.

"Sayang, okey tak?" Soalnya.

"Eh, okey je. Teringat benda yang kelakar pulak." Jawabku.

"Ye ke? Ke, teringat kan ex?" Tanyanya lagi. Soalan yang tiba-tiba.

Aku kerut kening. Sejak bila pulak aku ada ex? Dia cakap ex siapa ni?

"Ex? Mana ada. Keysha takde ex lah." Jawabku seraya meneguk segelas air.

Rayden pula yang kerut kening. "Aik, jadinya abang yang pertama?"

Aku angguk. Memang dia yang pertama pun.

Dia nampak terkejut. "Seriously? Ex crush?" Soalnya lagi.

Dia ni dah kenapa tanya pasal benda ni?

"Ada lah, cuma dua orang je seumur hidup." Balasku selamba.

Reaksinya masih terkejut. "Siapa yang crush pertama dan kedua tu?"

Aku pandang dia tak percaya. Bunyi dari soalan dia, nampak sangat dia cemburu.

"Kawan masa sekolah menengah. Lepastu yang kedua, abang lah."

"So, im your second?" Menunjukkan dirinya.

"Haah. Abang yang kedua. Okey apa?"

Reaksinya berubah menjadi dingin. "Kenapa bukan yang pertama?" Soalnya serius.

"Sebab abang tak sekolah dengan keysha." Jawabku. Memang betul apa. Dia bukannya sekolah menengah dengan aku.

"Tapi, keysha adalah orang pertama yang abang suka."

Berhenti terus sudu dari masuk ke dalam mulut. Aku toleh ke arah rayden. Dia memandangku tanpa perasaan.

Aku telan air liur. "Ala, chill la abang. Nak buat macam mana, kalau keysha ada sukakan seseorang masa tu." Aku sengih.

"But-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya,  aku sumbatkan dia meatball ke dalam mulut. Kalau tidak, memang cerita ni tak akan habis!

Dia buat muka pasrah. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Hehehe, maaf lah abang. Tapi keysha suka kan laki tu tak lebih 3 bulan pun! Sumpah! Abang lah lelaki pertama yang keysha akan suka sampah mati tau!" Balasku jujur.

Aku nampak hujung bibirnya naik. Eleh, senyum pulak. Suka la tu.

"Thats why, i love you." Ucapnya.

Aku senyum malu. Lalu menyuapkan seketul meatball lagi. Makan-makan, jangan tak makan!

LAMARAN TUANWhere stories live. Discover now