Lya Cassandra Anderson,dikenal sebagai seorang yang sombong oleh kawannya.Perilakunya tak sama seperti perempuan lain yang lembut perangainya,pada pandangan mata orang lain dia agak kasar dari caranya bercakap mahupun tingkah lakunya.Hal ini membuatkan tiada siapa yang ingin berkawan dengannya.
Walhal kehidupan sehariannya dia dan tuhan sahaja yang tahu, bagaimana harus dia berlagak kuat di depan orang padahal dirinya lemah dan kuat menangis apabila dia bersendirian.
Keluarganya tak pernah langsung mempedulikan pasal kehidupannya bagi mereka dia hanyalah beban.Setiap hari ada sahaja lontaran dan makian yang dilemparkan kepadanya.Tidak lupa juga mereka turut meninggalkan kesan luka di badan serta di mukanya.
"Awal kak Lya balik?"tanya Mia a.k.a Mia Assandra Anderson,adik perempuannya.Matanya memandang ke arah kakaknya yang baru pulang itu.
"Kenapa?"soalan berbalas soalan,hairan dengan soalan yang keluar dari mulut adiknya.Selama ni tak pernah pulak orang di dalam rumah ini bertanyakan tentang halnya, kenapa tiba-tiba ni?.
"Tak de lah,saja je tanya."jawab Mia,sebelum dia bermain dengan telefon bimbitnya.
Lya yang mendengar menjulingkan matanya, kalau setakat itu je baik tak payah tanya,buang masa dia je.
Dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya yang terletak di paling hujung sebelah bilik stor.Jangan ditanya kenapa?sebab dia tak pernah dianggap sebagai ahli keluarga dalam keluarga tersebut ,yang mereka anggap dia ini hanyalah pembantu.
Biliknya pun tak seluas seperti adik dan kakaknya,bahkan katilnya jugak hanyalah katil biasa sahaja yang tidak terlalu tebal dan tak terlalu empuk untuk ditidur.Perabot? Hanya ada satu meja kayu,cermin,Almari kayu dan kerusi kayu itupun dibeli oleh dirinya sendiri.Mahu diminta mama papanya untuk belikan, mana mahunya mereka.Semua yang dia ada sekarang disebabkan usahanya sendiri.
Tombol pintu dipulas sebelum dia menapak masuk ke dalam biliknya,beg dibahunya dibuka sebelum diletakkan di lantai.
Nafasnya dihela berat, apabila melihat biliknya yang bersepah.Pasti Mia yang membuatkan biliknya bersepah, siapa saja yang tidak tahu perangai Mia macam mana,ada sahaja tentang dirinya yang tak disukai Mia.
Tangannya mula mengemas barangnya yang bersepah.
"Bilik aku jugak lah yang kau, jadikan tempat pelepasan amarah kau"kata Lya namun hanya dapat dikatakan pada dirinya sendiri,dia tidak kuat untuk berkatakan tentang hal ini pada keluarganya.Memang kena penamparlah dia kalau cuba melawan,bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Selesai sahaja mengemas,dia mula membersihkan dirinya.
Tuala yang berwarna purple itu diambilnya sebelum dia melangkah masuk ke bilik air,pintu ditutup rapat.
Air yang terpancar keluar kini membasahi dirinya, perlahan Lahan air matanya jatuh membasahi pipinya.Rasa sebak yang ditahannya kini terlepas jua.
Kata-kata makian dan hinaan yang selama ini dilemparkan terhadap dirinya,mula kedengaran sayup-sayupnya.
Hal inilah yang membuatkan dia merasa dirinya lemah.Bagi dia hidupnya hanyalah tempat untuk orang melepaskan amarah dan bebanan hidup.Tidak pernah sekali pun dia mendengarkan kata-kata positif dari orang sekelilingnya bahkan dari keluarganya sendiri.
Badannya perlahan Lahan jatuh melorot ke lantai.Dia membiarkan tubuhnya dibasahi oleh air, tangisannya mula pecah.Rasa sakit yang dipendam selama bertahun-tahun masih kekal berdarah hingga ke hari ini.
"Why?Why do I have to feel all this?"tanyanya kepada dirinya sendiri,dari kecil dia diajar untuk berdikari dan memuaskan hati semua orang.walhal hatinya sahaja tak dapat dipuaskan dengan kemahuan dirinya sendiri,apa yang ia mahukan semuanya dikongkong seratus peratus oleh mama dan papanya.
YOU ARE READING
When did I fall in love?
RomanceRayyan Eqwarts X Lya Cassandra Anderson Dia Lya Cassandra Anderson, perempuan yang berlagak sedikit kasar.Dalam hidupnya dia hanya menetapkan satu prinsip. "Let them go,when it's hurt you badly"_Lya Cassandra Anderson_ Setiap harinya penuh derita,t...