Bab 2

15 8 8
                                    

Dia berjalan menyusuri lorong gelap itu,sambil tangan menggenggam erat bukunya dari jatuh.Rasa berdebar dalam hatinya, entah mengapa hari ini dia merasa bakal ada sesuatu bakal berlaku terhadap dirinya.

Tangan mengusap dada cuba memujuk hati agar tenang, selawat dan istighfar tak pernah terhenti dari terus terucap dari bibirnya.

"Cik adik,nak pergi mana tu?"soal seorang lelaki yang sedang duduk,minum alkohol.Apa lagi kalau bukan arak, minuman keras yang dianggap kenc*ng syaitan itu.

Diam.

Lya mempercepatkan langkahnya tidak selesa dengan cara pandangan lelaki itu terhadap dirinya.Takut.

"Amboii, nak cepat sangatlah cik adik ni.. marilah teman abang sekejap je"tangan lya dipegangnya,sebelum tangannya naik mengelus rambut lya yang berwarna caramel itu.

"Lepaslah!"marah lya, tangan lelaki itu cuba ditepisnya namun gagal apabila lelaki itu mengeratkan pegangannya.Mata coklat cair lya dipandangnya sebelum senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu.Lya yang melihat sudah mengigil ketakutan,takut kalau lelaki itu bakal mengapa-apakan dirinya.

"Macam mana abang nak lepas, kalau depan mata abang ni umpama bidadari"kata lelaki itu,kini tangannya pulak naik mengelus pipi lya.

"Lepaslah!!aku kata lepas!!"Marah lya,tangan lelaki itu yang mengusap pipinya ditepis kasar sebelum tubuh itu ditolak kuat menjauhi dirinya.Tangannya mula terketar-ketar apabila panic attack datang menyerangnya.

"Main kasar pulak cik adik ni ye"kata lelaki matanya tak lepas dari melihat wajah lya, dengan perlahan Lahan dia mula menapak mendekati lya sebelum tangan lya ditarik kuat masuk ke dalam pelukannya.Tubuh lya yang meronta-ronta di dalam pelukannya dibiarkannya,rasa puas hati dapat memeluk gadis itu.

"Lepaslah!!!"teriak lya,meminta lepas.

"Diam boleh tak?!"marah lelaki itu apabila lya masih tidak berhenti dari meronta-ronta.

"Let me go!!your Basta*di!!"maki lya apabila lelaki itu masih tidak melepaskan dirinya,rasa sesak didada mula membuatkan badannya lemah.Badannya mula mengigil ketakutan.

"Let me go!!!"teriak lya sekali lagi namun hampa lelaki itu tetap tidak ingin melepaskannya, suaranya bagai angin yang berlalu.Sudahlah tempat yang digunakannya itu sunyi sepi membuatkan jeritannya tidak dapat didengar oleh sesiapa pun, kebanyakannya orang tidak menggunakan jalan itu disebabkan tempat itu pernah menjadi tempat pembunuhan suatu ketika dulu.

Lya mula beristighfar, berharap agar ada yang bisa menolong dirinya.Fikirannya kini cuma lah satu iaitu antara hidup ataupun mati.

"Diam!!"suara lelaki itu sudah naik seoktaf, apabila lya masih meronta.Tubuh lya dilemparkannya kuat ke lantai.

"Argh!"erang lya kesakitan,apabila badannya terkena sesuatu benda yang tajam.Dia berundur ke belakang menjauhi lelaki itu namun jalan mati membataskan segalanya,kini dia terperangkap.

"Kau ingat kau boleh lari?!kau silap besar! sekali kau masuk tempat aku,kau takkan pernah keluar!!"kata lelaki sebelum menghamburkan tawanya.

"HAHAHA!!"

"Gil*!!"kata nya membuatkan ketawa lelaki itu terhenti, matanya mencerlung tajam ke arah lya.Rahang Kya dicengkam erat.

"Kau kata aku apa?!"soal lelaki itu,marah.

"Aku kata kau gila*!! kau pekak ke?!"sinis lya dengan berani,rasa takut cuba disembunyikannya.Tangan digenggam erat cuba menahan rasa takutnya.

Pang!!

Wajah Kya terteleng ke kiri apabila menerima tamparan kuat dari lelaki itu,rasa ngilu dipipinya cuba ditahan.Sakit.

"Kau ulang lah lagi perkataan tu,memang tangan aku ni yang kau dapat!!"kata lelaki itu serius.

"Dasar Gil*!!"

Pang!!

Sekali lagi tangan lelaki itu hingga ke pipinya membuatkan dia terteleng ke sebelah kanan.Bibirnya yang berdarah tidak diendahkannya,rasa sakit cuba ditahan.Dia harus berpura-pura kuat kalau tidak apa nasib dia selepas ini pun dia tidak tahu.

Puih!!

Ludah lya ke arah wajah lelaki itu, membuatkan kemarahan lelaki itu berada di kemuncak.Wajah itu jelas kelihatan tidak suka diperlakukan seperti itu.

"Kau memang nak mati kan!!"amarahnya mula menguasai dirinya,leher Kya dicekik sekuat-kuatnya.Rasa tercabar dengan perilaku lya yang meludah dirinya.

UHUK!!

Tangan lelaki itu cuba dibuka dari mencekiknya,muka nya jelas kelihatan memerah apabila tidak mendapatkan oksigen.

"Hoii!!"sergah seseorang,lelaki itu ditolaknya kuat dari menjauhi lya.

"Kau siapa?!hah?!"tanya lelaki itu,marah apabila perbuatannya itu diganggu.

"You better shut up your f*cking mouth, before I shoot you!"tegas lelaki itu berkata, cerlungan tajam diberikannya.Sebelum menghampiri loya tersandar lemah itu.

"Aku tanya kau sape lah b*doh!!"marah lelaki itu apabila soalannya tidak dibalas dengan sebaik-baiknya.Rayyan yang mendengar sudah naik meluat mendengar lelaki itu berkata.

"You know what?!you better stop asking me! Because I won't gonna answer your dumb question!"pandangan maut diberikan kepada lelaki itu sebagai satu amaran.

"Hoii,kau pekak..k-"

Belum habis lelaki itu ingin menghabiskan kata-katanya, Rayyan mengeluarkan pistol dari belakangnya sebelum.

Bang!

"Too noisy"kata Rayyan, sebelum menyimpan kembali pistolnya.Wajah cantik yang sudah berlebam dipandangnya,sebelum ditepuknya perlahan.

"Hey..wake up.."kata Rayyan tangannya masih menepuk pipi lya cuba menyedarkan lya.Namun hampa apabila tiada sebarang respon dari Kya, tangan lya diambil Rayyan lalu diperiksa nadi lya.lemah.Nadi dibahagian leher lya pulak cuba diperiksanya.lemah.

Rayyan mula mengangkat tubuh badan lya seperti bride style, sebelum dia melangkah laju ke arah kereta Audi R8 miliknya.Pintu bahagian penumpang dibukanya sebelum dia perlahan Lahan meletakkan loya disitu.

"Shitt!"maki Rayyan apabila melihat tangannya yang dipenuhi darah,pasti disebabkan oleh luka yang diterima loya sewaktu dia terkena benda tajam.

Dengan pantas Rayyan memasuki kereta Audi R8 miliknya, sebelum dipecut laju meninggalkan tempat itu.Niat di hatinya ingin menjalankan tugas yang diterima daripada qaid,namun lain pulak yang terjadi apabila dia mendengar suara jeritan meminta tolong,dan yang pastinya perempuan itu adalah lya.

Pedal minyak ditekan laju,kereta audinya membelah jalan raya.

"Go faster baby!go faster!"kata Rayyan kepada kereta Audinya,jangan salah anggap tau.

Sampai sahaja di hospital,lya terus dikejarkan di bilik kecemasan.

"OMG!!This was the very bad day ever!"dengus Rayyan perlahan,darah lya yang berada di tangan Rayyan mulai mengering.

"Breathe Rayyan!breathe!"kata Rayyan pada dirinya sendiri, nafasnya yang tidak teratur cuba diaturnya.Mengalahkan perempuan nak bersalin pulak si Rayyan ni.

Rayyan mencengkam dadanya, sebelum diusap lembut memujuk hati agar tenang.

"kenapa ni? kenapa debar sangat ni?"soal Rayyan dalam hati.

"Malaikat dah nak jemput aku ke?"soalan bod*h itu kini terlintas dalam fikirannya.Ahh sudah,mula lah otak dia tu cair balik.

Tangan ditadahkan setinggi tinggi yang boleh, sebelum dia duduk bersila di kerusi tempat menunggu itu.

"Ya Allah,aku tahu aku banyak berdosa,kerja aku asyik mengotorkan diriku yang suci ini..tapi semua ini disebabkan qaid,qaid yang menyuruhku untuk berbuat sedemikian rupa,dia ugut aku ya Allah,dia kata dia tak nak bagi aku duit raya lagi kalau aku tak buat kerja ini.. kalau engkau ingin menjemputku sila jemput qaid dahulu ya Allah, lepas itu kau jemputlah si Aftah ya Allah dan selepas itu Khai dan baru lah ahli yang lain"panjang lebar doa Rayyan sebelum diaminkan doa itu.Sempat dipetik tiga nama mamat tu.Ah sudah.

When did I fall in love?Where stories live. Discover now