Bab4

6 3 0
                                    

Selepas 2 hari ditahan di wad hospital akhirnya lya, dibenarkan pulang jua dan 2 hari yang lalu lelaki itu tidak lagi melawatnya.Sebab kenapa pun dia tidak tahu.

"Berapa?"tanya lya di kaunter pertanyaan itu, dompet yang agak lusuh itu dikeluarkan dari hand bagnya.

"Cik yang duduk dalam wad no 6,bilik khas kan? "Tanya nurse itu meminta kepastian,lya yang mendengar hanya mengangguk.

"Ye saya, total rawatan saya berapa cost?"ulang lya lagi,dia perlu cepat kalau tidak pasti dia dibebel dan dipukul oleh ahli keluarganya.Dua hari kot dia tak ada kat dalam rumah,pasti semua bakal memarahi dirinya.Bukan kerana kisah,tapi kerana tiada siapa yang boleh dijadikan pembantu rumah.

"Boyfriend cik dah bayarkan"kata nurse itu seraya memberikan senyuman manis kepada lya.lya yang mendengar membulatkan matanya.Boyfriend?dia salah dengar ke?.

"Maaflah,tapi dia tu bukan boyfriend saya"jujur Lya, berharap agar nurse itu tidak salah faham tentang hubungan mereka berdua.Dia tak kenal,lepas tu tiba-tiba jadi boyfriend dia pulak.pelik, tersangatlah pelik.

"Lah bukan ke?akak ingatkan boyfriend awak,sebab nampak sweet semacam je..siap dia suruh tengok tengok kan cik lagi"Lya menggeleng kepalanya.Ah sudah,mulut dia tertutup rapat.

"Kalau macam tu saya balik dulu ya"pamit lya,dia mula menapak keluar dari hospital.

Fikirannya masih serabut tatkala kini, memikirkan apa yang telah berlaku.

"Siapa lelaki tu? kenapa dia tolong bayarkan semua kos aku? padahal aku yang sakit bukan dia and lagi satu kenapa dia perlu buat semua ni?dia kesian kan aku?"semua itu berada di dalam benak fikirannya,dan yang pasti dia mahukan jawapan.

Telefon bimbit keluaran lama Sony itu dikeluarkan dari handbagnya, sebelum dia memesan grab.Jangan ingat yang dia tak tahu guna semua ni tau.

Lya duduk di perhentian bas yang berdekatan area hospital itu,menanti grab yang dipesannya.Matanya asyik mengerling ke jam tangannya.

"Cepatlah... cepatlah"gumam Lya, takut.Matanya menoleh ke kiri dan ke kanan.Sebelum matanya tertancap ke arah grab.

Pintu grab dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta itu.

Sesampai sahaja di rumah, nafas diambil sebelum dihembuskan perlahan Lahan.Rumah dua tingkat itu dipandangnya,sepi.Dia bukannya miskin malah orang berada,cuma itu hanyalah harta mama dan papanya.Memandangkan papanya mempunyai perusahaan sendiri.Tetapi kesenangan itu hanya diberikan kepada kakak dan adiknya.

KRAK!!

Pintu dikuak lya dari luar.Kakinya mula melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.

"Asal kau balik?"soal mamanya mendatar a.k.a puan khayssara,yang baru turun itu.

"Lya minta maaf"pinta lya, wajahnya sudah menunduk.Takut dengan puan khayssara.

"Aku tak perlu perkataan maaf kau tu,aku tanya.Asal kau balik?"Dia menapak mendekati anaknya.Soalan yang sama diulangnya.

"Lya.. minta.. maaf,lya.. kena.. tahan dekat wad,sebab tu.. lah lya tak ada..kat dalam rumah...masa dua hari yang lalu"jawab Lya terketar-ketar, tangannya sudah mengigil.

"Oh kena tahan dekat wad,hey!!kau dengar ni baik-baik!! Kau sakit ke! Tak sakit ke!! Ada aku kisah! Tugas kau tu buat kerja dalam rumah ni!! Tak penat sangat pun!!"kepala lya ditunjal beberapa kali.Benci.

"Tapi lya sakit, mama"wajah mamanya dipandang.

"Tak payah panggil aku dengan panggilan tu!! Kau tahu tak!! Aku jijik!!"suaranya naik seoktaf bila mendengar panggilan mama yang datang dari lya.Dia jijik.

"Lya ni...anak mama,salah..ke?..salah ke lya panggil..mama?"rasa sebak cuba ditahannya,air matanya mula berkaca.

"Salah!! Sebab aku tak pernah nak anggap kau sebagai anak aku!! So stop panggil aku dengan panggilan jijik kau tu!!"puan khayssara menolak tubuh lya,hingga terdorong ke belakang mengenai pintu.

"Ouchh.."Desis lya kesakitan, tangannya mengusap lembut belakangnya.Sakit.

Puan khayssara mengambil penyapu yang berdekatan dengan dirinya,sebelum memukul badan lya menggunakan penyapu itu.

PAK!!

"Ambik kau!!"Badan nya dipukul kuat, tangisan lya dihiraukannya.Rasa benci dan marah menguasai dirinya.

PAK!!

"Sakit..mama..sakit"aduh lya,tangan cuba melindungi tubuhnya dari terus dipukul.

PAK!!!

"Stop panggil aku dengan panggilan jijik tu lah!!!"tengking puan khayssara,pukulan semakin dikuatkan.

PAK!!

"Sakit..hikss..mama..stop..sakit..hikss"tangis lya namun dibiarkan sepi puan khayssara.

PAK!!

"What's going on here"kata rya, yang baru tiba itu.Dia berdiri di sebelah puan khayssara.Matanya melirik ke arah lya yang sudah tidak bermaya itu.

"Tengok budak tak sedar diri tu,ada hati nak panggil mama, ni mama dia"puan khayssara menunding jari ke arah lya yang sudah terbaring lesu itu.

"Lah ye ke? so pity"ejek rya dengan wajah yang jengkel.Langsung tiada rasa simpati terhadap keadaan lya sekarang.

"Btw mama,rya nak keluar ni..Ash ajak makan"kata rya mendapat anggukan dari puan khayssara.

"Jangan lewat balik,rya tu anak dara tak manis"pesan puan khayssara.

"Rya tahu lah mama, don't worry I can take care of my self bukan macam dia ni.. entah-entah dah kena tebuk"sindir rya,matanya melirik ke arah lya.Tiada langsung rasa simpati terhadap adiknya.

"Rya pergi dulu ya mama"pamit rya,tangan puan khayssara dikucupnya sebelum dia pergi.

"Take care"

"I will mama"Jawab rya,sempat mengerling sekilas ke arah lya.Senyuman sinis terbit di bibirnya,suka dengan keadaan lya yang terluka sekarang.

Puan khayssara memicingkan matanya ke arah lya,penyapu ditangannya dihumban ke arah badan lya.

"Menyusahkan"kata puan khayssara berlalu pergi,tidak betah memandang wajah Lya.

Lya yang melihat sosok tubuh puan khayssara yang mula menghilang,mula menangis teresak esak.Rasa sakit mencengkam kuat dadanya.

"Hikss..hikss"tangis lya.Badannya yang dipukul tadi diusap lembut cuba meredakan rasa sakit.

Habis merah lebam badan lya dibuatnya,tiada rasa belas kasihan yang ada hanyalah amarah dan rasa benci.

Dia pun tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan rasa kasih sayang dan mengusir rasa benci keluarganya terhadap dirinya.

Kata orang semua yang terjadi ada hikmahnya,namun apakah hikmah disebalik semua penderitaannya ini.Rasa sakit yang ia rasakan takkan pernah beransur pulih,luka yang ia terima takkan sembuh malah menjadi parut sehingga kini.

Rasa kasih sayang yang cuba ia cari tenggelam dek kebencian yang mendalam, salah apa dia?.

Dia cuma manusia biasa, tidak mempunyai apa-apa.Namun mengapa dia harus terima semua ini sebagai takdir.Dia mahukan kasih sayang bukan kebencian.

Harapan yang ia letakkan tidaklah setinggi mana,namun semuanya tetap sama seperti tak ada bezanya.Setiap hari nasibnya hanya sama,semua senyuman yang terukir itu hanyalah palsu.

"Ya Allah,andai semua rasa sakit ini bakal digantikan dengan rasa bahagia..aku terima ya Allah"kata lya,air matanya diusap.Dia harus kuat dan tabah.

"Take care your self,When fate brings us together there, we will meet again"kata-kata Rayyan kembali terngiang di telinganya.

Ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan dia nyaman.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

When did I fall in love?Where stories live. Discover now