AAIRA diam merenung wajah Ayyish yang setia mengikut langkah Sean itu. Untuk satu hari ini, memang langsung tidak masuk ofis kerana mengikut Sean di mana-mana.
Sejak kes kena tangkap itu, Ayyish hanya diam tidak berkata apa-apa. Buatkan Aaira pelik. Pada malam itu juga Ayyish tak tanya banyak. Terus suruh Aaira masuk ke dalam kelab itu sebelum bos panggil.
"Valeska." Aaira angkat kepala saat Sean menyeru 'nama'nya itu. Lantas, dia tenung wajah Sean.
"Yes?" Sahut Aaira. Mana tahu jika ada apa-apa yang Sean perlukan pada waktu ini.
"Fetch me a water. I must have lost it in my car." Aaira menganggukkan kepala lalu bergerak pergi dari situ. Jauh juga Ayyish parking kereta.
Haih, dengan musim panas yang menyerang pada waktu ini membuatkan Aaira mendecit perlahan.
"Menyusahkan. Dasar lelaki tua." Gumam Aaira perlahan. Apabila dia sudah nampak kereta itu, terus dia membuka pintu kereta lalu mengambil botol air itu. Namun, pergerakannya terhenti saat terasa ada pisau belati di lehernya.
Aaira mengeluh perlahan.
Another day another perkara yang terlebih menyusahkan.
Perlahan-lahan Aaira keluar dari kereta. Dapat dia rasakan tangan itu mencengkam erat pisau belati yang melekat pada leher. Salah langkah, mahu melayang nyawanya pada ketika itu.
Aaira menoleh malas.
"Straight to the point, apa yang kau nak?" Tanya Aaira dingin. Matanya mencerlung ke arah lelaki yang memakai pakaian serba hitam.
Bibirnya menyenget sedikit.
"Dahlah cuaca tengah panas sekarang ni. Kau pula pergi pakai baju macam tu. Tak panas eh?" Sengaja dia memprovok lelaki itu.
Dapat dia lihat rahang lelaki mengetap. Menahan geram yang teramat. Tapi, itulah yang dia mahukan.
Tangan lelaki itu dipegang supaya dibiarkan statik saja. Lelaki itu cuba untuk menarik tapi gagal. Dia tidak dapat menarik tangannya.
"You..."
"Can't seem to move at all?" Aaira senyum miring. Lantas kakinya menendang kasar lutut lelaki itu sehingga dia terbongkok. Aaira mengambil peluang untuk memusingkan badan lalu kakinya itu menendang kasar wajah lelaki serba hitam itu sampaikan lelaki itu jatuh menyembah bumi.
Hal begitu menyebabkan pisau yang dipegang juga turut jatuh ke tanah.
Aaira memijak kasar perut lelaki itu. Senyuman sudah terukir di bibir. Puas dapat menjatuhkan seseorang.
"You think you can harm me? In these kind of stupid things?" Sinis Aaira berkata. Langsung tiada riak serba salah. Yang ada hanyalah riak puas semata-mata.
"Next time if you want to hurt me..." Bibir Aaira bergerak ke telinga lelaki itu. Tiada lagi senyuman di bibir itu melainkan wajah dinginnya saja. Pisau yang tadinya terjatuh itu diambil semula sebelum dituju kepada peha lelaki itu. Tajam matanya memandang tanah yang dibaring oleh lelaki itu.
"Do it better." Serentak itu, pisau tadi ditekan menusuk ke daging peha lelaki itu. Menjerit lantang lelaki tadi dibuatnya.
Aaira berdiri semula. Mengemaskan sedikit baju yang berkedut sebelum memeriksa tubuh badan sendiri. Puas dengan penampilan, Aaira angkat kaki. Mahu keluar dari tempat itu tapi langkahnya terhenti apabila sedar ada mata yang melihat.
Matanya membulat melihat kelibat seseorang yang dia sangatlah kenal di situ. Sepi melihatnya.
Ayyish!
AYYISH mengerutkan dahi tatkala Sean angkat kaki menuju ke kereta. Aik? Bukan ke nanti orang kanannya yang lagi satu itu ambilkan?
"Ada apa-apa yang terjadi ke?" Tanya Ayyish. Kedengaran lembut tapi terselit ketegasan pada nada itu. Hatinya sudah berdegup tidak tenang. Manalah tahu harini mood bosnya itu tidak baik yang menyebabkan dia mahu bunuh orang.
Tapi, Sean hanya senyum penuh makna dan meneruskan langkah. Biarkan saja soalan tadi tidak terjawab.
Ayyish mengerti akan senyuman itu. Sean mahu dia melihat sendiri akan apa yang berlaku.
And he has no reason to not obey that command.
"Straight to the point, apa yang kau nak?" Mata Ayyish memandang kosong ke arah Aaira yang kekal tenang walaupun ada sebilah pisau belati pada lehernya. Rahangnya diketap menahan rasa.
"What do you think?" Kini, pandangannya beralih kepada Sean yang tersenyum manis sambil merenung wajah Aaira itu. Terpaku Ayyish pada waktu itu. Ini bukanlah kali pertama dia melihat Aaira melawan seseorang namun pada kali ini, Sean juga turut melihat.
"I want to see if she's worth the price. But, it looks like she's more than just worth." Ayyish pandang wajah Sean yang menyenget sinis itu. Tak. Dia tahu di dalam fikiran lelaki itu. Lelaki itu mahu pergunakan Aaira. Sama seperti lelaki itu pergunakannya.
Dan dia benci akan hal itu. Hal di mana lelaki itu menganggap semuanya sebagai benda yang boleh diguna dan sampah jika sudah tidak boleh digunakan.
Saat itu, matanya terpandangkan mata Aaira yang merenung ke arahnya dengan mata yang membulat. Bagai terkejut akan kehadiran mereka berdua. Riak wajah Ayyish adalah serius.
"Good job, Valeska!" Mata Ayyish masih lagi bertembung dengan mata yang seakan terkejut itu. Tidak hiraukan akan tepukan dan pujian Sean terhadap Aaira. Dan Aaira juga masih sama. Terkejut. Sebelum dia larikan pandangan dan mula merenung wajah Sean. Kepalanya ditundukkan.
Rahang Ayyish mengetap. Tangan kiri pula digenggam kuat. Menahan rasa. Ayyish pusing ke belakang lalu angkat kaki beredar dari situ. Dibiarkan saja Sean bersama dengan Aaira.
Dia tak suka. Dia tak suka akan keadaannya begini. Di mana Sean akan mengambil lagi orang untuk gunakannya. Salah satunya adalah Ayyish.
He hated the fact that he worked for him. He hated the fact that he used him.
He hated the fact that everything was related to him.
And for that, he hated himself even more.
Telefon yang berdering itu menyentakkan Ayyish. Lantas, dia mengambil telefon itu dari poket seluar.
"Hello?"
"Where are you?" Suara Sean mula kedengaran. Serius dan beku. Tapi, Ayyish tidak gentar langsung. Kerana dia sudah biasa akan perkara sebegini. Dia lebih rela kena belasah daripada biarkan Sean mengawal hidupnya itu.
"I'm sorry. I don't feel quite well today. Can I get a leave for today?" Tanya Ayyish. Lembut tapi tegas.
Diam. Ayyish menunggu jawapan dari pihak sana. Dan kalau Sean tidak bagi pun, Ayyish memang tetap akan ambil cuti hari ini.
"Okey." Serentak itu talian dimatikan dari pihak sana. Ayyish memandang telefon yang sudahpun mati itu. Bibirnya bawahnya digigit sebelum telefon itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya semula.
Lantas, dia menuju ke suatu destinasi. Destinasi yang dia selalu pergi sebulan sekali saja.
Dan destinasi itu semestinya merupakan memori yang tidak terlalu bahagia.
"Assalamualaikum Kimi. Aku datang." Ujar Ayyish dengan nada suara yang tertahan.
Batu nisan yang bernama Mohd Hakimi bin Abdullah itu dipegang.
"Kenapa... kenapa kau buat aku macam ni, Kimi?"
"Kenapa kau buat aku terseksa?"
9 June 2024
![](https://img.wattpad.com/cover/339873623-288-k468456.jpg)
YOU ARE READING
AAIRA CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •Never underestimate a woman. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang...