PROLOG

53 8 3
                                    

"MAAFKAN AKU" tutur lelaki itu sebelum membuka langkah untuk meninggalkan gadis itu. Namun, pergelangan tangannya ditarik.

"Tunggu!" lelaki itu menarik semula pergelangan tangannya. Wajah sayu gadis itu ditatap buat kali terakhir. "Takkanlah tak ada jalan lain? Awak berhak buat keputusan untuk hidup awak.." pujuk gadis itu dengan suara yang tertahan. Matanya sudah mula berkaca.

"Ini adalah jalan yang terbaik untuk aku.. dan juga untuk kau, Ju won" terang lelaki itu dengan nada yang mendatar.

"Awak dah tawar hati dengan saya? Sebab tu awak setuju, kan? Kenapa awak tak pernah fikirkan perasaan saya? Tergamak awak buat saya macam ni?" luah Ju Won dengan penuh sebak.

"Kau sendiri tahu beza diantara darjat kita berdua. Ini pilihan keluarga aku. Pilihan mereka, pilihan aku juga. Jadi jangan persoalkan semua keputusan yang aku buat, Ju Won. Sedar di mana tempat kau" tegasnya.

Ju Won mengetap bibirnya. Air mata cuba ditahan sebaik mungkin. Dia tak mahu nampak lemah dan kalah walaupun sudah dihina sebegitu rupa. Dia sedar dia bukan sesiapa lagi di mata lelaki itu. Bukan dia tak tahu maksud lelaki itu.

Dari segi tatapan mata lelaki itu, Ju Won sedar yang tidak ada lagi pandangan cinta seperti dahulu. Dari segi pertuturannya juga, dia sedar tidak ada lagi kata - kata manis yang mampu membuatkan hatinya cair seperti hari - hati sebelumnya.

Lelaki itu sanggup berubah.

Hanya tuhan yang tahu betapa hancur hatinya apabila mendapat kad jemputan pertunangan Jay bersama orang yang telah diaturkan oleh keluarganya daripada kawan - kawannya.

Sudah tentu Jay tidak mahu dia tahu. Melihat pakaian yang dikenakan oleh Jay pada hari ini menambahkan lagi rasa di dalam hatinya.

Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja muka itu ditumbuk berkali - kali wajah selamba lelaki itu tapi dia masih waras. Dia tak mahu tunjuk kelemahan yang ada pada dirinya. Dia akan cuba bersabar dengan sebaik mungkin.

"Saya sedar siapa diri saya. Tak perlu untuk awak ingatkan semula. Semua ini berpunca dari saya. Salah saya sebab saya bantu awak pada masa itu. Salah saya juga sebab jatuh cinta dengan awak. Saya patut sedar dari mula" balas Ju Won bersama senyuman nipis.

Hati lelaki itu dilanda rasa bersalah apabila mendengar balasan itu namun ditutup dengan wajah datarnya. Baru saja dia ingin membuka mulutnya tapi dipotong terlebih dahulu oleh bodyguard yang datang mendekatinya.

"Tuan muda, saya rasa kita perlu bertolak sekarang. Kami baru sahaja terima mesej daripada Mr. Park yang majlis akan bermula sebentar lagi" bisiknya di sebelah Jay.

Ju Won senyum kecil. Dia cuba menutup rasa sakit yang dirasakannya itu. Bisik macam mana pun, dia dengarlah. Dia belum pekak lagi.

"Saya pergi dulu, tahniah" ucap Ju Won sebelum berpusing untuk melangkah meninggalkan tempat itu. Air mata yang cuba ditahan sejak tadi mula menitis. Tangannya laju mengelap air mata itu.

Cukuplah kisah itu terhenti di situ sahaja. Dia patut redha. Inilah takdir yang tertulis buat mereka berdua. Mungkin Jay dihadirkan untuk membuat dirinya rasa dihargai walaupun hanya untuk sementara.

Sejujurnya, memang tidak ada lelaki yang pernah melayan dirinya sebegaimana Jay melayannya. Hanya dia yang selalu melayan dan menjaga dirinya seperti seorang wanita. Dia rasa selesa dengan lelaki itu. Satu - satunya lelaki yang buat dia rasa rumah.

"Hanya awak orang pertama yang pernah buat saya kenal apa erti cinta dan awak juga orang pertama yang pernah buat saya terluka, Jay"

LUVMYNA
08062024

#semua watak dan jalan cerita hanya rekaan semata - mata.

His From The Start | Jay (Enhypen)Where stories live. Discover now