BAB 05

20 5 3
                                    

RAMBUT panjangnya disikat dengan perlahan. Bahagian yang kusut itu cuba dirungkaikan dengan perlahan. Takut rambutnya gugur pula apabila ditarik kasar. Siapa suruh warnakan rambut haritu?

Sejak dia tahu rambutnya semakin kerap gugur, dia mula berhenti mewarnakan rambut. Rasanya lebih cantik warna aslinya. Warna coklat tua. Mungkin juga kulit kepalanya terlalu sensitif dengan bahan - bahan kimia.

Empat bobby pin bewarna merah jambu diambil. Dua bobby pin diselitkan secara selang seli di tepi kepalanya. Dua bobby pin lagi turut diselitkan di sebelah lagi.

Bulu matanya dikepitkan dengan curler sebelum memakai maskara. Lip tint yang berperisa strawberi itu dioleskan di bibirnya. Entah mengapa perisa itu sudah menjadi kegenarannya sejak sekolah menengah.

Setelah memastikan dirinya kemas, beg sandang diambil. Ju Won sempat pergi ke dapur sebentar untuk menyisip air kopi yang dibuatnya pada pagi tadi.

Ju Won mengambil kasut kanvasnya lalu disarung di kakinya. Sebelum keluar dari rumah, Ju Won sempat memeriksa sekali lagi keadaan rumahnya sebelum melangkah keluar. Pintu rumahnya ditutup lalu dikunci.

Entah mengapa, dia rasa tidak sedap hati.

Dahinya berkerut. Baru dia sedar, beg sandangnya terasa ringan. Dia membuka zip beg itu. Tangannya mengorek barang - barang di dalam beg itu. Macam ada yang tertinggal-

Matanya meluas apabila tersedar barang pentingnya yang langsung tidak menyapa retina matanya itu.

Dompet!

Ju Won membuka semula kunci rumahnya. Gadis itu berlari di setiap penjuru rumahnya untuk mencari dompetnya. Dari bilik, tandas, dapur dan ruang tamu. Semua tak ada.

"Macam mana ni?" gadis itu mengeluh risau. Kad pengenalan, kad bank dan duitnya semua ada dalam dompet itu. Sekarang ini, satu sen pun dia tidak ada!

Ju Won mengurut pelipisnya dengan mata yang terpejam. Dia sedaya upaya memikirkan di mana kali terakhir dia simpan dompetnya.

"Semalam..."

"Balik rumah.."

"Pergi kedai.."

"Terlanggar lelaki itu.."

"Lari.."

Ju Won mencarut akan diri sendiri. Dia bergegas keluar semula dari rumah itu. Kakinya berhenti di setiap tempat yang dilaluinya pada malam semalam. Matanya turut meliar untuk mencari dompetnya itu.

Semak di tepi jalan pun diraba - raba. Mana tahu ada tercampak di bahagian semak. Setelah memeriksa semua tempat, Ju Won mendengus geram. Dia mula berjalan ke tempat lain.

Tiba sahaja di tempat dia terlanggar lelaki itu, Ju Won berhenti. Tempat terakhir. Dia yakin dia sudah bawa dompetnya bersama apabila keluar dari kedai itu.

Habis tu? Takkanlah ada orang rompak dia? Seingat dia, dia tak ada langgar sesiapa semalam kecuali

Jay!

Dia menampar dahi sendiri. Dia terlanggar lelaki itu semalam. Sewaktu dia melarikan diri dari lelaki itu, dia tidak memegang dompetnya langsung!

Ju Won mengeluh kasar. Kalau dompet itu tidak ada di sini, itu bermakna lelaki itu sudah mengambilnya. Apa lagi yang lelaki itu mahu? Takkanlah dompet dia pun nak curi. Dia bukannya kaya sangat nak dibandingkan dengan lelaki itu!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His From The Start | Jay (Enhypen)Where stories live. Discover now