BAB 01

34 7 6
                                    

MATANYA dikelip beberapa kali untuk menghilangkan rasa kantuknya. Mulut cuba ditahan supaya tidak menguap.

Seolah - olah terasa air matanya hampir menitis, dengan pantas dia menyambar tisu di atas meja untuk mengelap air matanya menggunakan hujung tisu di tubir mata.

"Macam mana pula boleh silap ambil maskara tadi. Mesti kes sebab aku lambat tidur semalam. Ni dah pukul berapa dah? Berjam - jam aku tunggu dari tadi. Nama aku tak kena sebut langsung. Ke aku silap alamat ni?" omelnya.

"Cik Han Ju Won" panggil seseorang.

"Saya!" pantas Ju Won mengangkat tangan. Sedar ramai mata yang memandangnya, dia menurunkan kembali tangannya. Belakang tengkuknya yang tidak gatal digaru perlahan.

'Berianya aku. Orang lain tak ada pun yang angkat tangan' gumamnya.

"Silakan masuk" Ju Won mengangguk. Dia berdiri lalu berjalan mendekati pintu yang ditunjuk oleh wanita sedikit berumur yang berpakaian kemas tadi.

Ju Won menggigit bibir bawahnya. Perasaan gelisah menyerbu dirinya. Dia hanya berdiri kaku di hadapan pintu masuk. Tangannya mengenggam erat fail peribadinya.

"Cik Han Ju Won? Silakan masuk. Duduk di sini" kata lelaki yang akan dia sangkakan penyoal. Lelaki itu kelihatan segak dengan berpakaian kemas.

"Oh? Ya ya. Maaf, bagi saya tarik nafas sekejap" balas Ju Won sambil menarik nafas sedalam - dalam yang dia mampu.

Lelaki yang berada di dalam bilik itu senyum hambar sambil mengangguk. Dokumen di tangannya dibaca semula.

'Semoga dia hilang ingatan pasal aku' bisik hati lelaki itu.

Ju Won mengambil tempat di hadapannya. Lelaki itu memberikan senyuman manis. Senyuman yang mampu mencairkan hati ramai gadis di luar sana. Ju Won hanya mengelak daripada bertentang mata dengannya.

"Nama saya Kim Ha Joon. Boleh panggil saya encik Ha Joon" lelaki itu perkenalkan dirinya. Ju Won senyum nipis.

Dia kenal lelaki ini.

"Nama awak apa? Nama saya Ha Joon tapi kalau nak panggil sayang pun boleh"

"Nama awak sudah lama terukir di dalam hati saya sejak dulu lagi"

"Semanis - manis kek ni, manis lagi senyuman awak"

"Apa beza awak dengan sardin? Sardin dalam tin, awak dalam hati saya"

"Saya janji, saya sayang awak seorang"

Ju Won tersenyum hambar. Memori Ha Joon sebagai buaya darat di sekolahnya menyerang akal sihatnya semula.

Tak sangka, buaya macam itu pun boleh berjaya sehingga mendapat pekerjaan di syarikat ini. Ingatkan pandai main dengan perempuan saja.

"Jadi, awak datang sini nak minta kerja sebagai setiausaha, kan?" soal lelaki itu. Ju Won mengangguk. Wajahnya diseriuskan kembali.

"Tapi saya minta maaf sangat - sangat" kening Ju Won berkerut. Dah kenapa tiba - tiba minta maaf ni?

Ju Won berdehem kecil.

"Kenapa pula encik nak minta maaf?" balasnya hairan. Hatinya dilanda rasa kurang enak.

"Kami dah dapat orang yang kami mahu" Ju Won sedikit ternganga.

His From The Start | Jay (Enhypen)Where stories live. Discover now