BAB 03

22 7 7
                                    

LAMA mata mereka berdua bertembung. Tiada seorang pun yang bersuara. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran memenuhi suasana janggal itu.

"Han Ju Won" panggil lelaki itu sekali lagi. Ju Won pantas menundukkan wajah. Sedaya upaya menahan diri daripada memandang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.

Ju Won cuba untuk berdiri namun malangnya kakinya terpijak batu - batu kerikil membuatkan dia hilang kestabilan untuk berdiri. Dia memejam mata bersedia untuk mendapat impak sakit di pinggulnya buat kali kedua namun ada tangan yang sempat menarik tubuhnya daripada jatuh.

Ju Won terjerit kecil apabila terdorong ke hadapan membuatkannya tanpa sengaja terpeluk gerangan yang menariknya.

Bukan setakat itu, dahinya juga secara tidak sengaja dicium oleh lelaki itu. Mata yang terpejam tadi terus terbuka. Seolah - olah baru tersedar, dengan cepat dia menolak tubuh lelaki itu daripada terus memeluk pinggangnya.

Dasar lelaki! Ambil kesempatan betul!

"Kau tak apa - apa?" soal lelaki itu. Ju Won sempat mengangkat wajah untuk memandang lelaki itu sekilas. Wajah itu penuh dengan kerisauan. Gadis itu tidak menjawab.

Baru saja kaki ingin melangkah pergi, tangan kanannya yang sedikit tercalar tadi dipegang.

"Tunggu" Ju Won terhenti. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah lelaki itu. Tangannya cuba ditarik namun semakin kuat pegangan lelaki itu pada pergelangan tangannya.

"Lepas" kata Ju Won tanpa nada. Lelaki itu mendekatkan jarak mereka berdua.

'Dia ni tak faham bahasa ke?' dalam hati gadis itu mencarut.

"Tangan kau luka, Ju Won" kata lelaki itu prihatin. Ju Won mendengus geram. Luka tak luka, itu bukan hal dia lah!

"Lepaslah, Jay!" Ju Won menarik kuat tangannya daripada pegangan lelaki itu. Ju Won mengusap perlahan tangannya yang dipegang itu. Semakin bertambah sakitlah macam ni!

"Aku cuma nak tolong kau" terang lelaki itu apabila melihat wajah muram gadis itu. Wajah Ju Won kini benar - benar menarik perhatiannya.

Sudah begitu lama terpisah, jujur dia akui, dia merindui gadis itu. Gadis yang pernah membuat dirinya hampir gila. Gila apabila tidak bertemu walaupun hanya beberapa saat.

Gadis itu tumbuh dengan lebih cantik dan matang berbanding sebelum ini. Cuma, gadis itu kelihatan sedikit cengkung.

"Sibuk" gumam Ju Won perlahan sebelum melangkah pergi dari tempat itu dengan pantas. Takut ditarik lagi. Pinggang sudah, tangan pun sudah. Selepas ini apa lagi?

Lelaki itu tunduk memandang tanah. Dompet bewarna merah jambu menyapa retina matanya. Dia mengutip dompet itu sebelum berlari mengejar langkah gadis itu.

"Ju Won! Tunggu!" laungan daripada Jay itu hanya diabaikan. Semakin laju kakinya melangkah untuk pulang ke rumah. Langsung tidak mahu menoleh.

Dia dapat rasa lelaki itu cuba untuk mengejarnya. Semakin dekat kaki Jay mendekati, semakin jauh kaki Ju Won menjauhi.

Jay terhenti di hadapan perumahan Ju Won apabila dia dapati gadis itu tiada di hadapannya lagi. Dia sudah hilang jejak. Mahu tak mahu, dia harus bawa dompet ini pulang.

Tangannya yang kosong digenggam penumbuk. Sedih dan kecewa. Itu yang dia rasakan sekarang. Gadis itu langsung tidak berminat untuk bercakap dengannya. Seolah - olah dia begitu dibenci.

Kedengaran bunyi kereta berhenti di belakangnya.

"Tuan" panggil seseorang dari belakang. Jay berpusing sebelum menerobos masuk ke dalam kereta di ruang duduk penumpang belakang yang dipandu oleh pemandu peribadinya. Junghan.

Junghan turut mengambil tempat di ruang pemandu semula.

"Tempat?" soal Junghan sambil melihat tuannya melalui cermin pantulan belakang. Kelihatan wajah itu begitu tegang. Lelaki itu masih tetap menjeling tajam kawasan perumahan gadis yang dikejarnya tadi. Rahangnya diketap seakan - akan menahan marah.

Sangat berbeza wajahnya semasa bertemu dengan Ju Won.

"Rumah"

JU WON menutup pintu lalu menguncinya dengan pantas. Takut lelaki itu berani mengejarnya hingga ke dalam rumah. Dia bersandar di pintu itu.

Tercungap - cungap Ju Won mengambil nafas akibat berlari tadi. Nafas seakan - akan sesak apabila mengingati wajah lelaki itu. Wajah yang begitu dirindui hatinya.

Tanpa sedar, air matanya mengalir laju membasahi pipi. Tersedu - sedan dia menangis. Hatinya dilanda rasa sebak yang mendalam.

Kenapa? Kenapa selepas 5 tahun, baru sekarang dia muncul?

Ju Won mengetap bibir. Wajahnya sudah basah lencun dengan air matanya. Hingus yang asyik turun disedut. Wajahnya diraup kasar.

Pasti lelaki itu sudah berkahwin, kan?

Pasti dia sudah ada anak.

Mustahil dia tak berkahwin. Padahal 5 tahun lepas lelaki itu sudah mengikat tali pertunangan. Pasti mereka punya ramai anak.

Pelbagai bayangan berlegar di dalam kotak fikirannya. Hatinya bertambah sakit mengingati semua itu. Mengingati bahawa kekasih hatinya yang dahulu sudah berkahwin dengan orang lain.

Sangkanya, luka yang dia dapat dahulu sudah sembuh, ternyata dia silap. Masih berdarah. Malah, semakin bertambah sakit apabila mengingati peristiwa beza antar darjat mereka diungkit.

Dia tahu, dia tiada sesiapa di dunia ini. Tiada tempat lain untuk dia menagih simpat dan sayang. Dia dibesarkan dengan penuh rasa kebencian yang teramat. Didera fizikal dan mental sejak kecil sehingga remaja setelah kehilangan ibu dan ayah.

Dulu, dia sangkakan tinggal bersama adik beradik kepada ayahnya akan menjadi memori yang baharu dan indah. Ternyata, dia silap. Semenjak dia tinggal di rumah yang penuh dengan kebencian itu dia menjadi seorang yang pasif.

Tidak ada tempat untuk dia bersandar, meluah dan bercerita. Dia sering dilontar perkataan yang keji kerana disangka menjadi punca utama kematian ibu dan ayahnya. Dia dihina kerana dianggap membawa nasib malang ke dalam keluarga itu apabila ekonomi keluarga itu mula merundum jatuh.

Semua menunding jari kepadanya seperti dia sudah membuat kesalahan yang amat besar dan hina.

Sampailah suatu hari, dia dipertemukan dengan Jay. Satu - satunya lelaki yang dia boleh gelarkan rumah.

Hanya lelaki itulah tempat untuk dia bersandar, meluah, bercerita dan bermanja. Jay adalah satu - satunya manusia yang memahami dirinya. Lelaki itu muncul untuk membahagiakan dirinya.

Hampir semua luka yang dia terima, Jay adalah orang yang memulihkan luka tersebut.

Namun, bukan luka ini. Dia tahu. Jay takkan pernah berjaya memulihkan luka yang dia terima kali ini. Luka yang diberikan sendiri daripadanya.

Setelah hampir dua tahun menjalinkan hubungan bersama, lelaki itu memilih untuk bertunang dengan orang lain atas permintaan keluarga. Lelaki itu langsung tidak membantah. Lelaki itu lebih sanggup kehilangan dirinya berbanding hartanya dan keluarganya.

Mana pergi janji - janji manisnya?

Dari situ dia mula belajar, dia tak boleh mengharapkan orang lain melainkan diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang mampu mengubah hidupnya melainkan dirinya sendiri.

Walaupun tiada tempat untuk bergantung, sekurang - kurangnya dia masih boleh hidup sendiri.

Buat apa dia menagih simpati dan kasihan daripada orang lain?

His From The Start | Jay (Enhypen)Where stories live. Discover now