BAB 04

32 8 10
                                    

DOMPET bewarna merah jambu itu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamunya itu. Punggung dilabuhkan di atas sofa kulit panjangnya. Badan disandarkan pada sofa itu.

Dia membuka cermin matanya lalu diletakkan ke tepi. Rambutnya diraup bersama mata terkatup rapat. Penat seharian bekerja sehingga dia terpaksa pulang lewat malam.

Dalam perjalanan pulang dia sempat singgah di convenient store terdekat untuk membeli susu kotak pisang. Semua itu gara - gara terliur melihat seorang budak perempuan yang minum dengan penuh seleranya di tepi jalan tadi.

Selesai saja membuat pembayaran, dia melangkah dengan cepat ke kereta. Akibat tergesa - gesa, dia terlanggar seseorang.

Gadis itu terduduk di tanah apabila terlanggar bahunya.

BUK!

"Ah!"

"Cik? Cik okay tak?" soalnya risau. Takut juga kalau tulang pinggang atau tunjang gadis itu patah. Habislah dia nanti kena fitnah media dalam dunia perniagaan nanti.

"Kurang asam punya jantan! Jalan ni cukup besar kot! Dah lah main rempuh orang! Ni memang tak boleh jadi ni!" sempat dia terdengar bebelan gadis itu namun dibuat pekak.

Apabila gadis itu mengangkat wajah, hatinya diserbu satu rasa yang teramat. Rindu. Masa seakan - akan terhenti sepertinya tahu bahawa beratnya rasa rindunya terhadap gadis itu.

Han Ju Won. Gadis yang pernah dan akan kekal bertakhta di hatinya.

Setelah 5 tahun berpisah, gadis itu kelihatan lebih cantik. Dia kelihatan begitu matang dan berdikari. Sama saja seperti pertemuan kali pertama mereka pada 7 tahun lepas.

Matanya dikerdip beberapa kali kerana asap api yang sedang membara di dalam rumahnya. Cermin matanya sudah hilang kerana terjatuh beberapa kali untuk mencari jalan keluar.

Terbatuk - batuk dia apabila menghidu kepulan - kepulan asap itu. Kepalanya mula pening. Dadanya mula berasa sesak. Dia cuba untuk melangkah walaupun pandangannya sangat kabur.

Akibat terlalu rabun, dia terlanggar kaki sofa di ruang tamu itu lalu terjatuh meniarap di lantai marmar yang sudah penuh dengan cebisan kaca pecah dan kayu terbakar.

"Argh!" Jay mendengus kasar apabila merasakan kulitnya sedikit melecur.

Serentak itu, kedengaran suara perempuan memanggilnya. Gadis itu datang mendekatinya dan melutut di sebelahnya. Matanya hanya terbuka separuh. Kepalanya mula berdenyut - denyut. Dia cuba mengecam wajah orang itu namun tidak dapat kerana begitu kabur.

"Awak! Awak tak apa - apa?" soal gadis itu cemas. Jay menggeleng lemah.

Hampir saja dia ingin mengetuk kepala diri sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, kepala lelaki itu berdarah. Soalan bodoh apa pula yang diutarakannya itu?

Gadis itu menolak - nolak cebisan kaca dan kayu yang berhampiran dengan lelaki itu. Wajah lelaki itu sempat dipandang. Banyak calar di wajah kacak itu. Luka sana sini pun masih kacak!

Menyempat betul!

"Jangan pejam mata! Tolong bertahan! Saya akan tolong awak keluar dari rumah ni" pesannya sedikit panik apabila melihat keadaan Jay yang begitu lemah itu. Lelaki itu mengangguk lemah.

His From The Start | Jay (Enhypen)Where stories live. Discover now