BAB 15 (TW)

1.3K 136 17
                                        

TW: Panic Attack

ZINNIRAH TIBA AWAL di kelas pada pagi itu. Dia mengambil tempat duduk di barisan kedua dari hadapan. Baginya, itu tempat duduk yang strategik. Tidak terlalu ke depan dan tidak terlalu ke belakang.

Dia hanya berpakaian blouse labuh berwarna ungu, seluar slack hitam, tudung bawal hitam bersama sarung lengan yang mempunyai warna yang sama dengan bajunya.

Buku nota dibawa keluar dan diletakkan ke atas meja. Di zaman moden yang kebanyakkan pelajar menggunakan gajet seperti ipad atau tablet, Zinnirah masih dengan cara pembelajaran tradisionalnya.

Jam di pergelangan kiri dilihat.

7.35 pagi.

Masih terlalu awal.

Mathurat yang pernah diberikan oleh Absyar itu dikeluarkan dan Zinnirah baca dalam nada perlahan. Cukup untuk pendengarannya saja.

Selepas membaca surat daripada Absyar tiga tahun yang lepas, Zinnirah terus mencari kebaikan mathurat ini. Dan dia sangat kagum dengan manfaat dengan Mathurat hasil susunan Imam Hassan al-Banna yang sebelum ini dia tidak pernah ambil endah.

Sesungguhnya, jiwa Zinnirah menjadi semakin tenang setelah menjadikan himpunan wirid, zikir dan doa itu sebagai amalan harian.

"Amin," lafaznya setelah selesai membaca al-Mathurat. Halaman kulit belakang dibuka sebelum bibirnya ternaik sedikit apabila terbaca ayat di situ.

'Ini hadiah daripada bonda sebab aku dapat nombor 1 dalam aliran tingkatan 5. Baca dan amalkan, insya-Allah Allah akan bantu sepanjang hidup kau, Absyar Abid. Jangan mudah berputus asa dalam hidup. Jangan kau letakkan tanda noktah dalam hidup kau sedangkan Allah hanya meletakkan tanda koma untuk kau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang sebagai hamba Allah. Belajarlah setinggi yang boleh kerana selagi kau berusaha mencari ilmu, semakin kau akan dekat dengan Allah. Kau nak jadi hamba yang Dia cinta kan?' - Absyar Abid

Kata-kata motivasi yang bertulisan tangan itu sentiasa menjadi penguat semangat buat Zinnirah dalam keadaan dia tidak sedar.

Zinnirah tidak pasti sama ada lelaki itu sedar atau tidak akan nota di bahagian kulit belakang Mathurat yang dia hadiahkan kepada Zinnirah.

Apa-apa pun, Zinnirah sangat berterima kasih untuk nota itu.

"Sedap suara kau mengaji,'" tegur satu suara dari belakangnya. Zinnirah terus berpaling dengan jantung yang berdetak hebat.

Dia rasa... Hanya dia seorang di dalam kelas ini tadi.

"Bila kau masuk?" soal Zinnirah dengan dahi berkerut apabila melihat lelaki yang berpakaian serba hitam di meja belakangnya.

"About five minutes ago? Sempatlah aku turut sama dapat pahala sebab dengar kau mengaji tadi," kata lelaki itu sambil tersenyum senget.

Zinnirah sudah meremang mendengarkan ayat yang dilontarkan oleh rakan sekelasnya itu.

Perlu ke dia cakap macam itu?

"Jangan buat macam tu lagi," tegas Zinnirah berkata dengan mata yang mencerlungnya tajam.

"I did what?"

Kerek. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk lelaki itu.

"Dengar orang perempuan mengaji. Masuk kelas tak beri salam. Duduk belakang perempuan."

"Kuno juga kau ni eh?" Lelaki itu membidas sambil tersenyum senget.

Zinnirah merasakan badannya panas. Jejaka itu benar-benar mencetus rasa amarah dalam dirinya.

Badai Bahagia [✔]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang