Erika memecut laju di jalan raya. Dia ingin pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 2.30 AM.
Setiba nya di rumah. Dia di sambut dengan bebelan abangnya Tengku Erik Nufial.
"Kau ni kan Erika, kau memang suka erh hari hari kena bebel dengan abang? " tanya Erik kepada adik nya.
"Tak suruh pun kau membebel kat aku. Alah lagipun aku suka juga lah sebab rasa macam ada lagi orang yang peduli pasal aku" kata Erika lalu tersenyum tidak bersalah.
Erik memandang mata adiknya yang berwarna hazel. "Walau apapun yang terjadi aku tetap peduli pasal kau sebab kau satu-satunya adik aku" kata Erik, dia tau apa yang adiknya rasa sekarang ini.
Tiba-tiba terdengar bunyi seorang menuruni tangga. Muncul seorang perempuan tua merupakan ibu kepada Erik dan Erika. Tengku Elina.
"Kamu kenapa Erik malam-malam ni membebel? Membebel kat siapa?" tanya Tengku Elina yang tidak perasan dengan Erika.
"Ni ha mommy, Erik tengah bebel kat si Erika ni. Asyik balik lambat je, dah la naik motor" bebel Erik memandang mommy nya.
Tengku Elina memandang Erika dengan pandangan tidak suka.
"Buat apa lah kamu bebel kat perempuan ni, dia tu bukan paham bahasa pun. Kerja nya satu je lah, tak habis-habis menyusahkan hidup orang"
Air muka Erika terus berubah sebaik sahaja mendengar ayat daripada mommy nya sendiri.
"Erm takpe la abang, mommy adik naik bilik dulu" kata Erika meminta izin untuk naik ke bilik nya.
"Ha pergi lah naik, mandi dulu tau. Nanti kalau lapar ketuk je bilik abang, nanti boleh abang masakan" kata Erik memberi pesan kepada adik nya.
"Okey bang" lalu Erika menghulur tangan untuk menyalam Erik dan Tengku Elina. Tetapi yang menyambut salamnya hanya la Erik manakala Tengku Elina hanya menghiraukan lalu naik ke biliknya semula.
________________LM♡_________________
ᥫ᭡POV ERIKAᥫ᭡
Selepas sahaja aku menyalam abang Erik aku terus melangkah masuk ke bilikku.
Sebaik sahaja aku duduk diatas katilku yang bersaiz king aku terus menangis
"Kenapa isk isk kenapa semua ni jadi kat aku isk isk?" tanyaku pada diriku sendiri teresak-esak.
"isk isk aku isk aku nak juga rasa kasih sayang dari orang tua isk isk"
'Tok tok'
Tiba tiba aku terdengar bunyi ketukan di pintu bilikku.Aku terus mengelap air mataku dan menjerit kecil
"Masuk lah Erika tak kunci pun"
Selepas aku menjerit kecil kelihatan abang Erik masuk kedalam bilikku.
"Adik abang ni nangis ke?" tanya abang Erik sambil mengusap lembut rambutku
"Mana ada Erika nangis, Erika kuat lah" kataku yang berada didalam pelukkan abang Erik.
"Ye ye adik abang ni memang kuat" kata abang Erik lalu mencium dahi licinku.Aku tersenyum suka bila di layan begitu.
"Dah Erika tidur la abang tak nak kacau Erika" kata abang Erik lalu menyelimutkan ku.
Belum sempat abang Erik keluar dari bilikku, aku terus memanggil nye.
"Abang Erik" sebaik sahaja aku memanggil nya, dia terus memusingkan badannya.
"Ye adik abang ni nak apa? Lapar ke?" tanya abang Erik
"Erm boleh tak abang Erik temankan Erika tidur? Erika dah lama tak tidur dengan abang" aku membuat muka comel.
YOU ARE READING
Lovely Mafia!! [OG]
RomanceTENGKU LUCAS ALEXANDOR -Seorang lelaki yang dingin dan cool. Dia merupakan leader mafia dalam sebuah kumpulan 'BLACK DRAGON'. Dia sangat mengerunkan apabila sedang marah. Namun ade satu wanita yang dapat membuat hati bekunya cair TENGKU ERIKA NATASH...