LM 2

17 2 2
                                    

Setelah berjumpa dengan kawan-kawannya, Erika terus pulang kerumah.

Erika memecut laju motor berkuasa tingginya di jalan raya yang terlihat sunyi itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Bang! Bang!

Dua das tembakan tiba-tiba muncul dari arah belakang. Erika mengerling sedikit cermin sisi nya.

"Shit! Kenapa lah time macam ni juga kau nak serang" Erika mendengus.

Erika semakin memecutkan lagi kelajuan motor miliknya. Tiba-tiba laluan jalannya di sekat oleh kereta Saga berwarna hitam.

Erika beriak tenang turun daripada motor nya.

"Apa kau nak ha sial?! " jerkah Erika kepada dua orang lelaki yang berbadan tegap dihadapannya.

"Wowoh rilek lah, aku tak apa-apa pun dari kau. Cuma, bos aku sahaja yang suruh tangkap kau" kata lelaki itu

"Pergi mati lah dengan bos kau tu" Erika manatap tajam mata lelaki yang merupakan anak buah musuhnya.

"Kau ingat ni Queen, walau sejauh manapun kau cuba lari dari bos aku kau tetap akan mati kat tangan dia" lelaki kelihatan seperti ingin memanaskan hati Erika.
(Queen nama panggilan Erika dalam dunia mafia)

Erika tersenyum sinis melihat lelaki itu

"sebelum bos kau bunuh aku, aku yang akan bunuh dia dulu. Aku akan tuntut atas kematian kakak aku" Erika bersuara keras.

"Eh jap. Bukan ke kau sendiri yang bunuh kakak kau? Dengar cerita lah kan, mak bapak kau benci kau. Betul ke Queen? " lelaki cuba lagi untuk memanaskan hati Erita.

Bang!

"DIAM LAH SIAL! AKU BUKAN PEMBUNUH! BOS KAU YANG PEMBUNUH! DIA BUNUH SATU-SATUNYA KAKAK AKU! DIA BUAT KELUARGA AKU BENCI AKU!"

Erika mula hilang kawalan. Dia mendadak menembak kepala lelaki itu. Dan ya! Tepat sasaran, kepala lelaki itu hancur.

Kawan lelaki itu terkejut melihat tindakkan tak masuk akal Erita.

"Kau nak kena juga ke?" soal Erita kepada kawan mangsanya tadi.

"Ja-jangan Queen" lelaki itu mula ketakutan melihat senyuman psycho Erika.

"HABIS TU TUNGGU APA LAGI? BLAH LAH!" Erika menjerkah lelaki dihadapannya itu.

Lelaki itu terus terus memasuki kereta nya dan laju memecut.

Setelah melihat lelaki itu berlalu pergi, Erika terus menaiki motornya.

Erika membawa motornya dalam keadaan menangis. Tiba-tiba ada satu kereta yang laju keluar dari satu lorong. Tidak sempat Erika brek motor, dia menghentam kuat kereta itu dari belakang. Akibat hentaman yang kuat, Erika terpelanting dari motornya.

Apabila melihat apa yang berlaku melihat cermin sisi kereta, jejaka yang berada di dalam kereta itu terus keluar dan menuju ke arah Erika.

Melihat tubuh Erika yang berlumuran darah itu, jejaka itu terus mengangkat tubuh Erika masuk ke dalam kereta miliknya. Dia terus bergegas pergi ke hospital.

_________________LM♡________________

"Ergh aku kat mana ni?" Erika masih terkebil-kebil cuba untuk mengecam tempat itu.

Apabila Erika sedar yang dia berada di hospital, Erika terus bangun mendadak bangun dari baringan nya tadi.

"Auch! Sakit nya kepala aku" Erika mengaduh sedikit.

Lovely Mafia!!  [OG]Where stories live. Discover now