~•♤CHAPTER 2♤•~

15 9 0
                                    

~•♤•~

"What! Apa yang mereka semua buat di istana ni!" Suara Emir mengejutkan semua orang yang berada di situ.

"M-maafkan patik Tuan muda, t-tapi inilah t-tetamu Tuan muda yang di jemput tempoh hari. Rombongan dari Kerajaan Eden yang diketuai oleh Ratu Eden sendiri." Ujar penasihatnya.

"T-tapi h-hari tu dia kata 10 ribu orang termasuk dirinya tapi ini 100 ribu orang dan belum termasuk diri dia!" Kuat suara Emir menyebabkan bahu penasihatnya terhenjut.

"Dia kata alang-alang dia hadiahkan 90 ribu tentera untuk kerajaan ini. K-kerana k-katanya lagi kerajaan ini kelihatan lemah menyebabkan ianya menjadi sasaran untuk diserang." Tergagap-gagap si penasihat menerangkan segalanya.

Emir menyebak rambut belah tengahnya kebelakang.

Tiada apa-apa lagi yang dapat dia lakukan. Jika dia menghalau mereka pasti kerajaan mereka sendiri akan mendapat malu. Sekarang, dia hanya boleh berserah dengan takdir dan melayan tetamu 'tak diundang' itu dengan baik seperti yang dijanjikan.

~•♤•~

"Ketibaan Yang Amat Mulia- Ratu Evelyn Hayra, Pemerintah Kerajaan Eden." Laungan itu menandakan ketibaan tetamu 'yang dinanti-nanti' oleh seluruh kerabat Kerajaan Riveriè.

Disebabkan rombongan yang dibawa oleh Evelyn terlalu ramai. Sebanyak 90 ribu orang perlu berada di kawasan lapang di luar istana.

Mereka semua duduk di satu meja panjang yang berada di dalam ruang makan di dalam istana untuk santapan tengah hari.

Evelyn dan penasihatnya duduk satu meja bersama dengan kerabat Kerajaan Riveriè manakala 10 ribu orang yang mengikuti rombongannya duduk di tempat yang di sediakan.

"Terima kasih atas layanan baik yang diberikan oleh kamu semua." Sengaja Evelyn menekan perkataan 'baik'.

Raja Edmond ketawa kecil sebelum membalas 'pujiaan' Evelyn.

"Sepatutnya kami yang mengucapkan terima kasih kepada Hayra kerana sudi datang ke sini untuk menjenguk keadaan kami." Kata Permaisuri Raihana bagi mengeruhkan keadaan apabila melihat mereka masing-masing membalas pandangan tajam.

"Apa salahnya datang menjenguk bekas ibu bapa mertua Evelyn kan." Senyuman manis diberikan Evelyn kepada mereka semua kecuali Emir. Walaupun kelihatan manis ianya tetap kedengaran sinis di telinga Emir dan bapanya kerana perkataan 'bekas ibu bapa mentua' itu ditekan oleh Evelyn.

"Mummy dengan daddy pun rindu Hayra kan abang?" Kata Permaisuri Raihana sambil memberi pandangan tajam kepada suaminya.

Edmond yang tersedak ketika melihat pandangan isterinya segera mengangguk laju.

"We used to be a one big happy family." Perlahan suara Evelyn menyindir tetapi masih boleh didengari oleh orang yang berada di meja tersebut.

Charlotte yang merasakan ketegangan di antara mereka semua segera beredar dengan alasan ingin menambah air.

"We can still be one." Lembut suara Raihana seperti memujuk Evelyn sambil mengusap tangannya.

Emir melihat ke arah Evelyn namun Evelyn langsung tidak menoleh ke arahnya.

"Hayra sihat sekarang?" Tanya Raihana prihatin.

Eve : The last warriorWhere stories live. Discover now