‧₊˚ ⋅ 09⭑๋࣭ ⭑

31 3 0
                                    

AAIRA menghentak kasar meja di hadapannya ketika. Mahu saja dia memaki dirinya sendiri.

"We're damned."

Buk!

"Argh!" Aaira mendengus marah. Macam mana boleh ada pen miliknya di situ.

Tidak. Dia tak pernah bawa pen langsung di situ. Betul. Dia memang bawa pen itu di mana-mana yang menyebabkan Sean boleh kenal pemilik pen itu akan tapi, dia tidak membawa apa-apapun semasa masuk ke dalam ofis itu. Walaupun sekecil-kecil benda.

"It seems that we might have a traitor." Ujar Aaira dingin. Matanya menikam semua wajah-wajah yang ada di situ. Semua wajah di sini kelihatan bingung dan semestinya pelik dengan tingkah laku Aaira ini.

Aaira mula bersiul seperti seorang psiko yang ingin mencari target yang seterusnya. Kakinya melangkah mengelilingi mereka semua.

"What are you doing, Aaira?" Keras ketuanya itu melontarkan soalan kepada Aaira. Bagai tidak suka dengan apa yang gadis itu buat.

Tapi, Aaira tak ambil kisah. Sebaliknya, dia angkat bahu dan meneruskan saja misinya itu. Mencari dalang di sebalik kes ini.

"Can't you see? I'm humming right now." Mudah dan tenang saja jawapan yang Aaira berikan kepada ketuanya itu.

Inilah sebab mengapa dia tidak menolong orang lain. Kerana yang pasti, mereka akan menganggap Aaira sebagai pekerja biasa. Sedangkan Aaira lebih dari apa yang disangka. Semuanya musnah, hanya kerana orang tidak mempercayainya.

"Stop it, Aaira!" Arahan itu tidak langsung masuk ke dalam gegendang telinga. Sebaliknya, Aaira fokus merenung badan belakang seseorang yang sedikit menggigil itu. Takut.

Bibirnya mengukir senyuman sinis. Terlalu sinis. Pantas, tangannya dipanjangkan ke arah bahu gadis itu.

"My lady, may I ask why are you so trembling right now?" bisik suara itu. Tak ubah seperti seorang pembunuh. Psiko dan mengerikan.

Perlahan-lahan Aaira memusingkan tubuh gadis tersebut. Saat itu, wajah gadis di hadapannya ini kembali menerjah mindanya.

Aaira ketawa perlahan.

"You're that girl."

"Bos ada tak?"

"Ada. Tapi better jangan masuk dulu. Bos tengah mengamuk tu."

Dia ingat semuanya. Dia ingat gadis di hadapannya ini. Gadis yang menegurnya tentang Sean. Gadis ini.

"Tak sangka kau sanggup belot keluarga kau sendiri, kan?" Sinis ayat itu keluar dari dua bibir Aaira. Puas dia melihat gadis itu gigit bibir. Seakan menahan rasa yang berbuku di dada.

Bagus. Sebab dia pun tengah tahan rasa sekarang ini. Rasa ingin menampar orang pun ada.

"Muka aku ada dekat lantai ke hah?" Saat itu, dagu gadis itu dicengkam kasar sehingga mata Aaira bertembung dengan mata milik gadis itu.

"Aaira, stop!..."

"Aku tak suka pembelot." Semua di situ turut terdiam. Gadis di hadapannya juga turut diam tidak bersuara.

"Mungkin kau orang tak pernah lagi rasa macam tu tapi aku pernah. Rasa dia... macam kena tikam pun ada." Luah Aaira tanpa sedar. Sebelah tangan digenggam erat manakala sebelah lagi memegang dagu gadis itu.

"At first, it may seemed normal. But then, it kills you silently and then whoopi! You're gone." Pegangan pada dagu itu dilepaskan. Aaira kembali merenung wajah ketuanya. Dingin.

"Sebab itu la aku tak nak langsung buat kerja ni! Sebab kau orang tak tahu aku siapa tapi judge aku macam sial. Macam aku ni penjenayah pula. Now look at the mess you've done. It's disgusting." Tangannya menyeluk poket seluar. USB kecil itu diambil dan diletakkan di atas meja.

Bam!

"Lepas ni, kau fikir la sendiri nak buat apa." Usai itu, dia terus angkat kaki pergi dari situ.
















"SEBAB ITULAH aku cakap yang aku tak nak buat kerja ni! Yang kau degil sangat tak nak dengar cakap aku tu kenapa?!" Sunyi. Satu bangunan menikus mendengar jerkahan Aaira kepada bosnya. Memang dalam bangunan ini, hanya Aaira saja yang mampu melawan.

Deruan nafas Aaira yang laju itu jelas kedengaran. Memang nampak sangat dia tengah menahan rasa.

"Kau pun nampak, kan apa yang jadi sekarang ni? Kau nampak tak? Sekarang ni mungkin Sean tu nak bunuh aku pula lepas ni." Perlahan tapi tegas suara itu menjerkah.

Aaira memejamkan mata. Cuba untuk menenangkan diri sendiri yang dihurung emosi itu.

"Lepas ni, aku tak nak lagi bekerja tentang benda ni lagi. Kau pun nampak, kan? How bad it end. Tak cukup lagi ke kau nampak aku hadapi semuanya dulu?" Keras suara Aaira pada waktu ini. Tajam matanya menikam wajah lelaki yang menundukkan wajah itu.

Aaira terus saja keluar dari bangunan itu. Takut jika dia hilang marahnya di situ. Memang la majikannya itu salah tapi tak bermakna dia perlu melempiaskan segala amarahnya pada lelaki itu.

Aaira membuka pintu kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dia membiarkan saja tangannya mengawal stereng kereta itu. Otaknya tidak dapat berfikir dengan baik. Lantas, kereta tersebut diberhentikan di tepi jalan seketika.

"Argh!" Stereng kereta ditumbuk kasar sekali. Sakit memang sakit. Tapi itu saja cara untuk melunaskan rasa amarah di dada. Walaupun dengan cara menyakiti diri sendiri.

Tangan yang sudah mula merah itu tidak dihiraukan.

Tit!

Bunyi notifikasi masuk itu menyentakkan Aaira. Lantas, dia mengambil telefon itu dari poket seluar. Laju tangannya membuka mesej itu tatkala nama abangnya terbit di skrin telefon.

-Assalamualaikum adik. Along nak cakap something.

-Boleh tak kalau adik datang rumah sekejap?
-Bila-bila boleh. Asalkan adik free.

Nafas dihela. Hati terlalu penat untuk memikirkan semuanya.

Agak lama juga Aaira berhenti di tepi jalan sebelum akhirnya dia memutuskan untuk menghidupkan semula enjin keretanya itu. Pedal minyak ditekan. Dia mahu pulang ke rumah.

Namun, baru saja dia mahu keluar simpang, dirinya dilanggar oleh sebuah lori besar. Kuat dentuman itu sehingga menyebabkan kereta Aaira terbalik.

"Argh!" Erangan dilepaskan apabila cermin keretanya itu retak dan pecah. Terkena kaca-kaca itu pada kulit Aaira.

Pada waktu itu juga Aaira sedar sesuatu.

Ini bukan kemalangan. Ini adalah merancang. Dan tipu untuk Aaira katakan bahawa dia tidak tahu siapa yang merancang hal ini. Siapa lagi kalau bukan musuh nombor satunya itu?

Mata Aaira yang layu itu memandang lemah lelaki yang menapak mendekati keretanya yang sudah hancur itu. Darah di kepala yang meleleh itu tidak dihiraukan. Tubuh yang sakit itu juga bukan menjadi satu kerisauan buat Aaira.

Sean.

"Hey, my lady. How are you there? Uuu, it looks kinda hurt." Mahu saja Aaira mencarut kalau bukan kondisi tubuhnya yang teruk itu.

"You wanna play with me?" Suara itu jelas kedengaran penuh tertanya sebelum ekspresi wajahnya bertukar. Dingin dan tidak berkemanusiaan.

"Then play."

Dunianya selepas itu gelap.

Aaira tahu.

Dirinya berada di dalam keadaan yang bahaya.


2 July 2024

AAIRA CRESSIDAWhere stories live. Discover now