Special story (7)

105 5 0
                                    

AKU baling segala barang yang pernah diberikan oleh rayden. Hati naik turun. Penuh dengan amarah. Kenapa? Kenapa rayden buat aku macam ni?

Tanpa sedar, air mata mula membasahi pipi. Aku nangis dibucu katil sambil memeluk lutut. Sumpah, hati aku sakit dan hancur.

Kemudian aku dengar pintu bilikku diketuk berkali-kali sambil memangilku. Aku hiraukan. Buat tak endah dengan orang dibalik pintu itu.

Aku taknak tengok muka dia. Aku benci dia!

Pintu makin kuat diketuk. Tombol pintu cuba dipulaskan berkali-kali.

"Sayang! Sayang! Sayang,  hear me out first!" Jeritnya. Pintu masih diketuk kuat.

Aku tutup telinga dengan kedua belah tanganku. Taknak dengar suara dia.

"Jangan kacau keysha!" Aku jerit dari dalam dengan mata yang mengalir.

"Sayang..please, bagi abang explain everything!" Rayden memujuk. Sikit pun aku tak endah. Apa yang nak dibincang? Dia dah menipu aku.

Its over!

Setelah beberapa minit kemudian, bunyi ketukan sudah pun hilang. Namun aku masih dengan tangisanku. Hati aku hancur berderai. 

Orang yang aku sayang, aku cintakan, aku sangup korbankan apa sahaja aniaya aku. Mana hati aku tak retak? Kenapa abang buat keysha macam ni?

Lama kemudian, pintu aku dikuak menggunakan kunci. Terlihatlah seorang yang amat aku benci mula menghampiri aku. Aku jauhkan diri sejurus dia mendekati.

"Sayang, maafkan abang. Maafkan abang sayang.." Rintihnya lalu melutut dihadapanku.

Aku tak pandang dia. Mata semakin deras mengeluarkan air mata.

"Sayang.."

"Leave me alone. Beri keysha masa." Balasku tanpa perasaan.

"Abang salah. Forgive me, sayang." Dia masih merayu.

"Abang dah sakitkan hati keysha! Kesyha percaya kan abang. Tapi, apa yang keysha dapat? Apa yang abang buat?" Ucapku tak beremosi. Mencuba mengawal marah.

Rayden tunduk. "Im so sorry, im so sorry. Im so sorry , sayang." Rayden meminta maaf berkali -kali.

Aku menghela nafas. Air mata ku sekat.

"Abang, jujur dengan keysha. Abang dah tak sayang keysha? Abang dah tawar hati?" Soalku. Walaupun tahu, soalan yang tak masuk akal. Tapi, aku mahu dia juju dengan perasaannya kepadaku.

Rayden dengan laju menangkat muka memandangku. Mata birunya bergetar seakan tidak percaya dengan soalanku.

"N-no! There's no way i would feel that, dear. Abang cintakan sayang. Forever. A-abang tak pernah tawar hati sedikit pun dekat sayang. Perasaan abang, kekal sampai bila-bila!" Terangnya. Bergetar-getar suaranya bila dia menjawab. Aku tahu, dia berkata jujur.

Namun itu tidak dapat mengubah dan mengubati hati aku yang telah hancur.

"Tapi..tapi kenapa abang curang dengan keysha? Kalau kesyha lah satu-satunya perempuan yang abang cinta, kenapa abang  curang? Kenapa abang?" Aku tarik nafas panjang.

Aku bulatkan mata tak percaya dengan apa yang kulihat sekarang. Rayden, dia menangis. Air matanya turun tidak berhenti-henti. Dia tundukkan kepala ke bawah.

Hati aku makin hancur lagi. Bila tengok rayden nangis dihadapanku. Ya Allah, ringankanlah ujian hamba-mu ini.

"Fine, i will hear you. Explain. Kenapa abang ada dekat hotel dengan perempuan lain? Siapa perempuan tu? Kenapa dalam rakaman CCTV abang dengan dia berpelukan?" Soalku bertubi-tubi. Masih banyak lagi soalan yang terpendam di hati.

Rayden perlahan-lahan mendongakkan kepala memandangku. Hati aku sayu, melihat rayden. Ini kali pertama aku tengok rayden menangis tersesak sebergini.

"Abang tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan tu! Percaya lah cakap abang. Abang takkan tipu sayang. Dia hanyalah client bussiness abang waktu tu. Dia ajak abang bincangkan hal kerja dekat hotel tu. Abang memang tak fikir apa-apa yang buruk pun. Abang datang dengan niat yang baik. Lepastu, dia bagi abang minum air. After that, my memory all gone. I can't think of anything. Tahu-tahu je, abang sedar dekat dalam bilik hotel. She tried to do something bad. Abang terus bangun nak kelaur dari bilik tu. Tapi, dia halang. Abang taknak sentuh dan dekat dia walau seinci pun. Tiba-tiba, pejabat agama datang. Suddenly, abang kena tangkap khalwat."

"Sayang, abang ceritakan perkara yang sebenar. Abang tak tipu! Abang jujur dengan sayang."  Rayu rayden seraya mengambil tanganku.

Aku tak tahu nak balas apa. Tak tahu kalau dia memang bercakap benar atau hanya rekaan cerita semata-mata. Aku buntu.

"Keysha...haih. keysha tak tahu abang. Kalau memang betul semua itu yang terjadi, abang dah dituduh berkhalwat dengan wanita lain. Abang kena...bertanggungjawab." Aku berhenti sekejap di akhir ayat. Rasa nak nangis semula. Taknak fikir yang negatif.

"Abang takkan kahwin dengan dia, sayang. Never! I tell you again, never! Sayang seorang  sahaja yang layak jadi isteri abang. Abang takkan madukan sayang walau apa pun." Dia geleng kepala laju. Dapatku dengarkan keikhlasannya dibalik jawabanya.

Ye, abang. Keysha pun taknak orang lain jadi isteri abang.  Abang milik keysha seorang sahaja. Hanya milik keysha. Keysha adelia. Tapi, dengan situasi bergini, keysha hanya mampu mengalah. Aku cakap di dalam hati.

"Abang, kalaulah memang abang kena kahwin dengan perempuan tu..keysha redho. Asalkan tak malukan keluarga kita berdua. Keysha taknak orang cakap buruk dekat keluarga kita." Jawabku. Berat mulut dan hati kini.

Rayden terus memelukku seerat-eratnya. Hampir sesak nafas aku dibuatnya. Esakkan kecilnya dapat kudengari ditelinga. Buatkan aku ingin ikut nangis juga.

"Sayang, i love you. Only you." Rintihnya didalam esakkanya. Makin hancur hati aku. Ya Allah, baru aku sedar. Aku memang terlalu mencintai lelaki ini.

Aku tak dapat hidup tanpanya.

Tiba-tiba, ummi , abi , ibu dan daddy , mummy muncul dan masuk ke dalam bilik kami. Mata aku dah penat dan sembab bila memandang mereka. Ummi, ibu. Keysha penat.

Abi memanggil rayden. Menyuruhnya untuk pergi menyelesaikan perkara ini di pejabat agama.

Rayden geleng. Dia masih erat memelukku. Tangisannya juga semakin kuat.

"Rayden, ikut kami pergi pejabat agama. Kita settlekan hal ini." Ujar abi lembut. Aku pasti, semua orang termasuk aku tidak percaya dengan perbuatan rayden. Kami kenal rayden. Rayden bukan lah seorang yang sebergitu. Namun, berdasarkan bukti dan saksi, meruntuhkan kepercayaan kami kepadanya.

"Rayden taknak! Rayden nak duduk dengan keysha." Rayden makin mengeratkan lagi pelukannya. Aku tahan sahaja. Tiada kekuatan.

"Rayden! Ikut cakap kami.  Kita selesaikan dengan segera. Rayden kalau tak bersalah, rayden kena bela diri rayden. Rayden sayangkan keysha kan? Rayden nak ke madukan keysha?" Daddy pula bersuara.

Rayden pantas mengeleng. "Taknak. Rayden taknak.. rayden nak keysha seorang sahaja."

Jujur, aku terharu dan cair apabila dia mengaku sebergitu. Tapi, bila mengingat perkara yang terjadi, hati aku mula kembali sakit.

Rayden lepaskan pelukkan. Dia pegang kedua bahuku. Matanya yang berair kupandang sedalam-dalamnya.

"Sayang, abang janji. Abang akan mempertahankan rumah tangga kita. No one can destroy our story. No page will be lost. No new chapter or character can enter the life of our book. I promise." Ujarnya dengan kata-kata manisnya. Aku rasa seakan kembali pulih separuh hati aku. Dia memang pemulih untuk hatiku.

Kemudian, rayden , abi dan daddy keluar menuju ke pejabat agama. Tinggalah aku, ibu , ummi dan mummy di dalam bilik ini.

Mereka memberikan aku kata-kata semangat. Ibu peluk aku. Aku merasakan sedikit tenang akan pelukan ibu-ibu ku ini.

Sementara menunggu rayden pulang, aku berdoa agar dipermudahkan urusan di dalam solatku. Aku harap, dia dapat menunaikan janjinya yang dia buat untukku.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now