BAB 30

4.5K 442 55
                                    




AIREEN membuka pintu biliknya. Baru jengah kepala, tiba-tiba dia diterpa oleh Luthfiya.

"Fiya kenapa ni?" Aireen cemas bila melihat mata berair Luthfiya. Aireen duduk melutut untuk menyamai ketinggian gadis cilik itu.

"Fiya ingat Kak Reen tinggal Fiya. Fiya bangun tengok Kak Reen tak ada.." Bibir Luthfiya sudah tercebik. Dia cari dalam bilik air pun Aireen tiada.

"Kak Ana dan Kak Una ada kan?" Aireen mengusap rambut panjang Luthfiya.

"Tak sama.."

Aireen tersenyum. Manja betul Luthfiya dengannya. Aireen memeluk tubuh anak kecil itu. "Kak Reen sorry okey.. Kak Reen keluar tadi.."

"Don't leave me.." Ujar Luthfiya di bahu Aireen. Dia betul-betul takut tadi.

"No sayang.." Aireen menggosok belakang Luthfiya.

"Promise?"

"Promise.." Aireen agak hairan bila Luthfiya begitu manja dengannya sejak semalam.

Semalam tidur pun dia mahu Aireen menepuknya. Adakah Luthfiya betul-betul menganggapnya sebagai mummy?





KETIKA ini semua staf QAL Holding berkumpul untuk aktiviti berkumpulan. Mereka akan berpecah kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan akan bermain ATV dan satu lagi akan bermain flying fox. Aireen sudah tidak sabar untuk mencuba ATV itu.

Flying fox? Dia tak berani. Takut hilang pula suara kerana menjerit nanti.

"Tuan Qal, boleh ke Fiya naik dengan saya?" Pinta Aireen dengan ceria. Matanya tidak lepas memandang beberapa buah ATV di hadapannya.

"ATV?"

Aireen mengangguk.

"Sorry, better Fiya naik dengan saya." Balas Qaleef yang sedang memandang telefonnya.

"Saya boleh bawa perlahan—" Aireen tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila melihat riak dingin Qaleef.

"Tak apalah. Better Fiya naik dengan Tuan Qal."Aireen senyum tipis. Dia pandang Luthifya. "Fiya naik dengan daddy Fiya ya."

"Kak Reen nak naik dengan siapa? Kak Ana dengan Kak Una dah naik sekali tu." Luthfiya menunjukkan ke arah Raihana dan Husna yang sudah duduk di atas ATV.

"Tak apa. Kak Reen dah biasa bawa motor sorang-sorang. Sempat lagi nak kejar Kak Ana.. Fiya naik dengan daddy ya."

"Okey Kak Reen. Hati-hati."

Aireen membalas lambaian Luthfiya. Sempat dia melihat ke arah Qaleef yang berdiri membelakanginya.

Aireen tarik nafas dalam-dalam. Dia cuba hapuskan fikiran negatif yang hampir singgah. Betul kata Qaleef, kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini nanti dia juga yang susah.

Aireen melangkah naik ke atas ATV itu. Dia mahu menikmati saat ini.

Selepas memahami arahan dan penjelasan dari orang yang bertugas, Aireen mula menunggang ATV itu. Dia harus mengejar Raihana dan Husna.

Selesai aktiviti ATV pagi itu, Aireen boleh merasakan bahu dan lengannya lenguh. Rupanya berbeza menunggang ATV dengan motor. Laluan mereka juga agak mencabar.

"Weh penatnya aku." Rengek Raihana yang baru membuka topi keledarnya.

"Walaupun aku dekat belakang, tapi aku pun penat. Penat menjerit." Celah Husna pula.

Aireen tersenyum saja mendengar omelan kawan-kawannya. Dia melihat sekeliling.

Mana Luthfiya?

"Kau cari apa Reen?" Tegur Raihana bila melihat Aireen seperti mencari sesuatu.

TAKDIR YANG SAMA [C] ✅Where stories live. Discover now