BAB 39

5.5K 474 100
                                    



"ALONG! Reen dah siapkan makanan." Aireen mengetuk pintu bilik Haqeem sebelum dia kembali ke meja makan.

"Wah sedapnya bau." Haqeem keluar dari biliknya dan menapak ke meja makan.

Akhirnya rumah dia yang kosong sudah nampak seperti ada pemilik. Naik seri dengan kehadiran adiknya.

Lepas Aireen bersetuju untuk tinggal dengan dia, terus Haqeem beli set meja makan, perkakas dapur, barang elektrik dan juga langsir.

"Reen tak pandai masak, ni pun tak tahu sedap ke tak." Ujar Aireen seraya meletak pinggan yang sudah berisi nasi di hadapan alongnya.

Aireen cuma masak ayam goreng dan sup sayur. Tak lupa juga sambal belacan resepi Puan Ramlah.

"Ni pun dah cukup untuk kita berdua Reen. Tak sabar along nak rasa.." Haqeem mula membaca doa makan.

Perutnya sudah berkeroncong sejak petang tadi. Disebabkan Aireen mahu sediakan makan malam hari ini, dia menahan diri dari makan.

"Sedapnya adik along masak." Puji Haqeem ikhlas selepas satu suapan.

"Sajalah tu nak ambil hati Reen. Ayam goreng je along, along tu dah makan macam-macam makanan sedap."

"Sebab dah selalu sangatlah along dah tak teruja nak makan makanan macam tu. Yang simple macam ni pun dah cukup buat along berselera."

Aireen tersenyum. "Tambah lagi along.." Aireen juga turut mula makan.

"Macam mana jumpa Qal tadi? Dah selesai?" Tiba-tiba Haqeem teringat tentang kejadian siang tadi.

"Hmm. Alhamdulillah, selesai."

"Tu je?" Haqeem menaikkan kening.

"Habis tu?"

"Bila nak ke next step?"

Aireen mengecilkan matanya. Along dan Qaleef ada sembunyikan sesuatu darinya ke?

"Along tahu benda yang Reen tak tahu ke?" Soal Aireen. Dia pasti mereka berdua ada bercakap di belakangnya.

Haqeem cuba menayang riak biasa. "Mana ada.. sedaplah ayam goreng Reen ni. Along buat tak macam ni." dalih Haqeem.

"Ish. Betul-betullah along. Apa yang along dengan Qal cakap belakang Reen? Yang dekat restoran tadi pun along tak cerita lagi dengan Reen?" Aireen mula geram apabila Haqeem cuba mengubah topik mereka.

Haqeem tersengih. Dah tak boleh nak sorok lagi ke?

"Kita makan dulu. Nanti kita borak okey?"

"Sekaranglah." Gesa Aireen lagi. Seleranya sudah hilang.

"Along tengah makan ni.. jangan kacau mood along," dalih Haqeem lagi.

Reen tayang muka tidak puas hati. Tapi mengenangkan Haqeem yang sedang makan dia tidak mahu memaksa.

"Makan dulu Reen."

"Yalah.." Aireen paksa juga dirinya habiskan makanan dalam pinggan. Tak elok membazir.

"APA tercegat depan TV ni Reen? Along tak nampak." Tegur Haqeem. Kepalanya sudah senget kerana Aireen menghalang pandangannya. Dia tengah seronok melayan cerita ni.

"Tak kira. Along kena cerita dulu." Aireen mengeraskan dirinya. Di tangannya ada bantal peluk lembu pemberian Raihana.

Haqeem garu kepala. Ingatkan Aireen dah lupa pasal ni, rupanya tak. Tadi lepas makan, Aireen sibuk mengemas dapur. Setelah itu dia masuk ke biliknya. Jadi dia sangka Aireen terlupa soal itu.

TAKDIR YANG SAMA [C] ✅Where stories live. Discover now