BAB 7

4K 254 33
                                    



LUTHFIYA yang mendengar bunyi motor diluar terus bangun dan berlari ke muka pintu.

"Kak Reen!"

Aireen yang terkejut dengan suara itu terus terkaku.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini budak kecik?"

"Fiya cari Kak Reen. Kak Reen pergi mana?"

Aireen mengeluh. Dia melihat dua pasang kasut kulit di pintu rumah. Dia berura-ura untuk ke motornya kembali. Dia tak nak berjumpa dengan lelaki itu.

"Eh Kak Reen nak pergi mana?" Luthfiya sudah keluar berkaki ayam mengejar Aireen.

"Tak payah sibuk. Adalah kerja aku."

"Reen. Masuk dulu, ada tetamu ni." Tegur Puan Ramlah yang sudah muncul di muka pintu.

Aireen menggigit bibir. Luthfiya pula sudah menarik tangannya masuk ke dalam rumah. Mahu atau tidak, Aireen terpaksa akur.

"Ya Allah Reen. Kau pergi mana ni? Dengan muka pucat tu?" Raihana terus menekapkan tangan ke dahi Aireen namun ditepis lembut oleh gadis itu.

"Aku tak ada apa-apalah. Jangan risau." Balas Aireen perlahan. Segan bila tiba-tiba dia jadi perhatian. Kenapa ramai orang ni?

"Gila tak risau. Panas dahi kau ni Reen."

"Cuaca dekat luar tu panas. Aku kan naik motor. Ni kenapa diorang datang sini?" Aireen cuba mengalih topik.

Raihana menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err Tuan Qal nak jumpa kau."

Aireen menjeling sekilas pada Qaleef sebelum dia memandang Raihana kembali.

"Aku tak nak jumpa dia. Aku nak masuk dulu boleh?" Balas Aireen selamba.

Raihana pula serba salah. Yang seorang kawan dia, yang seorang lagi majikan dia. Sebenarnya apa yang berlaku ni?

Qaleef menjungkit kening bila terdengar kata-kata Aireen itu. Tak nak jumpa aku?

"Err kau-"

"Tak apalah Ana. Mungkin dia nak rehat. Fiya, kita datang hari lain okey?" Ujar Qaleef pada anaknya.

"Tapi-" Luthfiya sudah mencebikkan bibir. Dia memandang Aireen yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik. Bahunya mengendur.

"Akak marah Fiya ke?" Air mata Luthfiya sudah menitik bila Aireen langsung tidak hiraukannya.

"Fiya.. meh dekat Nek Mi." Puan Ramlah menggamit Luthfiya. Bila Luthfiya sudah berada di hadapannya, dia mengangkat gadis kecil itu duduk di ribanya.

"Kak Reen tak sihat. Semalam Kak Reen kena hujan. Fiya bagi Kak Reen rehat dulu boleh?" Pujuk Puan Ramlah.

Luthfiya perlahan-lahan mengangguk. Dia memandang Qaleef. "Daddy, boleh tak I nak duduk sini kejap? Nak main dengan Nek Mi. Nanti lepas daddy habis work, daddy pick up Fiya boleh?"

Qaleef terkejut dengan permintaan Luthfiya. Apa lagi akalan anaknya ini? Sudahlah dia baru pertama kali berjumpa dengan Puan Ramlah, tiba-tiba anaknya nak tinggal sini pula.

"Tak boleh princess. Nanti ganggu Nek Mi dengan Kak Reen. Kita balik dulu, nanti kita datang lagi boleh?" Pujuk Qaleef dengan lembut. Terpaksa berlembut memandangkan banyak mata melihatnya kini.

"Nek Mi.. boleh tak Fiya duduk sini sekejap? Fiya promise Fiya jadi good girl." Mata Luthfiya sudah berkelip-kelip memandang wanita itu.

Puan Ramlah senyum lalu mengangguk. Pandai betul budak ni. Tak sampai hati nak tolak.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now