ALIYAH : PROLOG

118 20 6
                                    

“Selamat datang ke dunia Aliyah dimana realiti tidak seindah dengan espektasi sendiri.”

Sebenarnya takde kena-mengena.

⚠ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ⚠

***

"AWAK! Saya suka awak!" Kejung satu badannya mendengar pengakuan yang terbit dari mulutku. Nasi yang hendak dimasukan ke mulutnya terus tergendala sebentar.

"Sorry, boleh awak ulang?" Soalnya menginginkan kepastian kalau dia tidak salah mendengarnya.

"Saya suka awak," ucapku tenang. Mateen tersenyum nipis kemudian menyambung suapan tadi. Keadaan sedikit hening seketika sehingga Mateen meletakan sudunya kembali. Dia menatapku lama.

"Liyah. Saya minta maaf, saya takde niat pun nak tolak awak. Tapi saya tak rasa yang kita patut bersama, hubu-"

"Jadi awak reject saya?" Potongku sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Hubungan tidak sah ni akan menjadikan kita diselubungi dosa wak. Saya tak nak, dan awak pun mesti tak nak juga kan. Lagipun biarlah awak dan saya jaga ikhtilat masing-masing untuk pasangan kita yang sah nanti." Aku hanya diam, otakku masih tidak dapat hadam sedikit pun pembicaraannya.

"Saya bukan reject awak. Saya memang sayang awak tapi hanya sebatas kawan, Aliyah,"  sambungnya sambil menekankan lagi perkataan tapi, dia mengeluh perlahan.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu, Assalamualaikum," pamit Mateen, dia berdiri meninggalkan aku beku disana.

Air mata mula bertakung di kelopak mata, hanya tinggal menunggu masa sahaja lagi untuk menitis. Aku memandang ke arah Mateen yang sudah jauh meninggalkanku sendiri. Jadi selama ini, hanyalah harapan palsu semata-mata? Sakit hatiku.

Aku cuba untuk bertenang walaupun sememangnya susah untuk menerima. Tapi masa ini aku di tempat awam, aku tidak mahu menarik perhatian orang ramai. Oleh kerana itu, aku juga berhasrat untuk meninggalkan tempat itu. Lebih baik daripada terus duduk di sini menahan diri.

Vios kelabu milik ayah ku dinaiki, enjin dihidupkan dan terus aku meluncur laju di atas jalan raya. Air mata mula mengalir dengan derasnya membuatkan di bawah kelopak mataku memerah.

"Lagipun biarlah awak dan saya jaga ikhtilat masing-masing untuk pasangan kita yang sah nanti."

"Saya bukan reject awak. Saya memang sayang awak tapi hanya sebatas kawan, Aliyah."

"Lelaki semua sama!" Aku menghentak setereng kereta sekali untuk melepaskan geram.  Pedal ditekan untuk meningkatkan kelajuan kereta. Pegangan setereng diperkemaskan lagi, geram.

"Hubungan tidak sah ni akan menjadikan kita diselubungi dosa wak. Saya tak nak, dan awak pun mesti tak nak jugakan."

"Ergh! Diam lah kau!" Aku menukar kelajuan kereta lagi.

Hingga tiba disalah satu simpang apabila ada sebuah kereta Hilux melanggar kereta milik ayahku membuatkan kereta ini tersorong jauh. Kepalaku terhentuk kuat pada pintu kereta menyebabkan cecair merah mengalir dari kepalaku. Pandangan mataku kabur sebaik ramai orang menghampiri.

"Cik? Cik?" Panggil seseorang, dia menggoncang tubuhku kuat. Sempat aku meneliti wajahnya sebelum mataku terpejam rapat dan keadaan menjadi gelap gelita.

***

Bersambung...

Hai! Setelah Khai's : His Baby Girl terbitlah Aliyah. Semoga Aliyah menjadi lebih baik dari KHBG ♡ Selamat membaca dan jangan lupa vote!

Aliyah ✓Where stories live. Discover now