ALIYAH : BAB 02

58 15 13
                                    

KEHADIRANKU di sini memang dilayan dengan mesra, seakan aku ini pekerja baru walaupun semua orang tahu yang aku ini pekerja lama berpangkat tinggi.

"Selamat datang dear!" Tegur seorang wanita separuh abad. Aku membalas dengan senyuman manis. Perempuan itu memelukku mesra. Identiti kad yang tergantung pada lehernya kulihat, namanya dibaca satu per satu.

Suraya Hj Ramli.

"Panggil saya Su. Puan Su. Finance department." Tanganku masih digenggamnya erat, tersenyum memandang aku. Aku mengangguk. Senang apabila diperlakukan sebegini. Tak payah ada yang nak membenci semuanya baik-baik belaka.

"Saya bangga dengan awak Aliyah. Kuat je walaupun telah melalui dugaan ni. If you need anything, come to my office right away. I will try my best to help you or kalau awak rasa tak selesa, Rykarl dengan Dayana akan selalu ada dengan awak." Puan Su pandang Rykarl dan Dayana yang hanya senyum nipis.

Aku mengangguk faham. Puan Su senyum sambil mencubit pipiku. Setelah itu barulah dia keluar dari ofis kami bertiga. Aku duduk di tempatku melihat pelbagai dokumen yang ada di atas mejaku.

New day, new me, new task, new problem bak kata orang putih.

Satu fail berwarna kuning aku capai, di atasnya tertera nama seorang lelaki. Aku membacanya, Mohd Samad bin Mohd Samuel. Aku sengetkan kepala sambil hujung bibir ternaik sedikit. Mohd Samad, kenapa macam familiar. Aku membuka fail tersebut, dimuka surat hadapan ada biodata milik lelaki itu.

Nama: Mohd Samad bin Mohd Samuel
Umur: 23 tahun
Tarikh lahir: 09 Disember
Jenis darah: B-
Status: Berkahwin
Tempat tinggal: Kg Mahawangsa

"Itu je?" Aku kerut kening.

"Apa?" Rykarl menegur, mereka berdua memandang aku pelik.

"Samad ni siapa eh?" Aku menyoal mereka berdua.

"Oh dia. Takpe, kau tak payah lah tengok tu. Dah lama selesai kes dia. Ada dua kes. Kes pertama, dia kahwin lagi satu tanpa pengetahuan bekas isteri pertamanya, isteri pertama minta cerai, tapi tak nak ceraikan, dayus. Kes kedua pukul isteri sampai separuh nazak. Kalau nak tahu, kau lah yang selesaikan masalah dia orang tu. Hebat beb, pukulan kau." Dayana jongket kedua keningnya berkali-kali padaku.

Aku tersengih malu. Oh, abe buaya rupanya. Patut lah familiar semacam.

Whatever.

Aku menutup semula fail itu lalu kusimpan pada rak dibahagian belakangku. Malas lah aku nak fikirkan, buat serabut kepala aku je.

***

RASANYA dah hampir enam jam aku duduk atas kerusi ni pandang semua fail-fail kes yang pernah aku tangani. Kesemuanya mengenai kes cerai, hanya ada satu sahaja kes yang buat aku teruja.

Kes pembunuhan berantai.

Baik, tentang kes ni memang agak psiko sedikit sebab pelaku yang buat benda ni telah membunuh beberapa orang dalam masa seminggu kemudian menghilang dalam masa lima bulan untuk mengelakan dirinya daripada dijejak polis. Selepas lima bulan, dia kembali dan membunuh lagi orang dalam masa seminggu. And these things keep on cycling selama lima tahun berturut-turut.

Macam kebetulan, lima bulan, lima tahun. Tapi Alhamdulillah, pelakunya sudah ditangkap polis dan sekarang dia dalam tahanan. Dan yang paling aku tak boleh terima, pelakunya ni bekas tentera. Walaubagaimanapun, aku bangga yang aku juga turut terlibat dalam menyelesaikan kes macam ni.

Sekurang-kurangnya, dalam rekod aku nanti tak lah asyik selesai kan kes penceraian aje. Ada juga lah, selesaikan kan kes serumit ni. Walaupun hanya dalam mahkamah, tapi benda ni memang benda yang paling disukai orang. Makin rumit kes kau, makin tinggi pangkat kau, makin tinggi pangkat, makin naik lah gaji kau. Hah gitu. Sebab tu orang akan berebut mengambil kes-kes macam ni.

Aliyah ✓Where stories live. Discover now