ALIYAH : BAB 09

25 10 3
                                    

"ALIYAH!"

"Hoi, pompuan!"

Seorang perempuan dengan abaya pinknya mendekati aku dengan wajah masam mencuka. Aku hanya menunggu sehingga dia betul-betul berdiri di hadapan aku. Perempuan itu melihat aku dari atas sehingga bawah sambil berpeluk tubuh.

"Ye?" Tanyaku, dari tadi datang tak kan nak diam je. Dia menjeling aku.

"I'm Tania kalau kau tak ingat. Ofis aku hadapan ofis kau je." Dia diam sekejap. Aku tetap tekun menunggu.

"As you should know, kau dan Tuan Syed Mahfuz dah break okay. Jadi, aku nak kau jauh kan diri dari dia. And, one more thing, don't ever used lif peribadi dia lagi. Kau tak layak jejak kaki dalam lif ni," bebelnya panjang lebar. Macam nak meletup telinga aku dengar. Aku fikir penting rupanya tak.

Aku hanya angguk kepala, kemudian tinggal dia sendiri di sana. Dah tak kisah lagi, lantak lah kalau dia mencarut lepas tu membawang tentang aku. Yang penting aku tak salah, dia yang salah.

Setiba aku dalam ofis aku terus meletakan segala barangku di atas meja. Aku duduk, menenangkan segala isi kepalaku yang berserabut. Aku tahu lah yang aku ni tak setia dengan Tuan Syed, tapi tak payah lah sampai dua tiga orang beri amaran pada aku supaya jangan dekati Tuan Syed.

Habis, kalau sekiranya terdesak macam mana? Hisy! Tak fikir logiklah dia orang ni. Kerja nak menghukum orang je. Aku gantung kang. Keluhan berat dilepaskan. Badan disandarkan pada badan kerusi, aku menoleh pada rak fail sebelah kiriku.

Membulat mataku melihat sejambak bunga mawar bekas terbakar yang terletak di dalam rak. Bunga tersebut diambil. Rasanya masih baru lagi. Terdapat kad tergantung. Aku melepaskannya kemudian membaca satu per satu.

Dear Al, kanda landau kandau nandak tanda handu, anda kandu bandu kandan sandy edand tanda pandi handud jandib randan.

Keningku berkerut membaca. Apehal ni? Apa benda ni? Apakah ini? Aku tak faham lah hei. Bahasa apa ni? Alien dari planet mana yang kirim ni. Tak kan Pluto? Ke Saturn. Tidak fikir panjang aku membuang bunga begitu juga surat tersebut.

Pukul sebelas nanti aku mesti dah sedia dalam bilik persidangan. Jadi, buat masa sekarang aku kena faham kan jalan cerita anonymous, sebelum aku mula dengar hujah-hujah orang lain.

***

JAM menunjukan sudah masuk pukul sebelas. Aku berdiri bersama fail hitam dan beg tanganku. Kaki laju melangkah menuju ke bilik persidangan ditingkat enam. Baru sahaja aku hendak menggunakan tangga tanganku disambar seseorang.

"Eh apa ni?!" Aku berusaha sekuat mungkin untuk melepaskan genggaman lelaki itu.

"Wei lepas lah!" Marahku. Setelah memasukan kod, dia menolak aku masuk lif peribadi itu. Tercungap-cungap aku olehnya. Siapa lagi kalau bukan Tuan Syed. Dia tersengih tidak bersalah.

"Tak usahlah nak tarik-tarik," marahku. Dia tidak memperdulikan aku. Hanya beriak selamba, bermain dengan teleponnya, menunggu sehingga kami tiba ditingkat enam. Seperti awal tadi, aku dan dia hanya diam.

TING

Pintu lif terbuka besar, Tuan Syed melangkah keluar lif begitu juga aku. Dia berjalan di hadapan sementara aku sengaja melambatkan jalanku supaya sentiasa berada di belakangnya. Tuan Syed berhenti sekejap. Dia pandang aku dengan dahi yang dikerutkan.

"Jalan cepat sikit boleh tak?" Pintanya. Aku hanya menjeling kemudian jalan mendahuluinya. Terdengar keluhan Tuan Syed.

Apabila kami berdua masuk ke dalam bilik persidangan semua mata tertumpu pada kami. Dah ada yang mula berbisik-bisik. Aku tidak menghiraukannya. Teruja juga sebab setidaknya aku tak rasa asing di sini kerana ada Hellena dan Qarissa. Aku senyum pandang mereka lalu mengambil tempat bersebelahan Hellena.

Aliyah ✓Where stories live. Discover now