BAB 24

123 8 1
                                    

Tok! Tok!

"Sayang, okay tak dekat dalam tu?" Ziyad ternanti-nanti akan sahutan suara isterinya.

Namun, tiada sahutan. Yang terdengar hanya bunyi pancuran air. Ziyad mengetuk pintu lagi.

"Sayang jawablah something!" kian risau dia tatkala bunyi pancuran air menjadi sahutan panggilannya.

Klak!

Muncul kelibat Zakhyra dari dalam tandas tersebut. Zakhyra mengorak langkah keluar dari tandas. Longlai serta pucat wajahnya.

Ziyad menyambut Zakhyra sebaik sahaja melihat tubuh genit Zakhyra yang lemah gemalai tersebut.

"Sayang? Sayang sihat ke tak ni? Pucat semacam aje. Kita ke klinik jom? Abang bawakan." Zakhyra menggeleng kepala.

"Tak. Tak perlu. Sayang okay. Biasalah demam sikit aje ni. Alahan mengandung agaknya." nafinya ingin mencurahkan unsur-unsur positif terhadap suaminya.

"Betul ni tak perlu ke klinik? Sure?" Zakhyra mengangguk sebagai jawapan terhadap soalan Ziyad.

Sungguh tika ini, hanya isyarat badan sahaja mampu digunakannya. Mahu bercakap, tiada tenaga.

Tubuh isterinya dipapah ke tilam nipis mereka yang menjadi ruang dibuai mimpi setiap hari.

"Kejap abang bawakan air." baru Ziyad ingin mengorak langkah pergi, Zakhyra melelar pergelangan tangannya.

"Duduklah sini dengan sayang. Sayang okay. Tak perlu susah-susah. Nanti kalau sayang nak air, sayang boleh ambil sendiri." Ziyad berdecit geram.

"Ya, kejap lagi abang duduk dengan sayang but now izinkan abang ambilkan air untuk sayang. Dengan keadaan lemah gemalai macam ni, sayang masih ada hati lagi nak lakukan semuanya sendiri? Dan, tolong. Tolong kali ni sahaja jangan degil. Dengar cakap abang. Abang tahu sayang berdikari orangnya tapi biarkanlah abang jalankan tanggungjawab seorang suami. Boleh?" panjang lebar Ziyad meluahkan bicara. Perlahan-lahan Zakhyra menjatuhkan kepalanya sedikit.

Ziyad membawa dirinya pergi ke dapur. Tatkala itu, kata-kata Alana tempoh hari menerpa kembali ke ruang mindanya.

Setiap kali ada masa lapang, pasti isu ini akan sentiasa berlegar di ruang mindanya.
Dan setiap kali itu juga dia sentiasa sematkan satu ayat di dada.

Buat keputusan yang tepat, fikir orang sekeliling. Jangan jadi seorang yang pentingkan diri.

Lagipula, kata-kata ini mirip dengan kata-
kata Alana kian hari. Berkali-kali rakan karibnya itu mengingatkannya.

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan-lahan.

Rasanya dia sudah terlihat bayang-bayang keputusannya. Namun, ianya masih lagi mengelirukan dirinya.

Mata dipejam rapat.

Ya Allah, bantulah aku. Aku buntu.

"Sayang? Termenung apa?" sapa Ziyad membuatkan Zakhyra tersedar dari menungnya.

"Termenungkan wajah kacak suami saya." sakat Zakhyra. Tertarik nipis senyuman Ziyad.

"Amboi, dalam keadaan macam ni masih lagi sempat bergurau-senda ya?" Zakhyra melepaskan tawa kecilnya.

"Mestilah, kalau tak suramlah hari-hari saya." petah dia menjawab. Ziyad menggeleng kepala. Secawan air kosong diletakkan di sebelah tilam tersebut.

Punggung dihenyak di atas tilam bersebelahan dengan Zakhyra.

"Sayang, kalau tak larat tak perlulah puasa. Pucat muka sayang ni."

HINGGA AKHIR NYAWA (C)Where stories live. Discover now