BAB 21

103 8 0
                                    

"Sorry lambat. Ada hal." Alana melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Kai.

Kai memandangkan hairan ke arah Alana. Telefon bimbit disimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.

"Hal? Hal apa?" soal Kai.

"Erm, kerja. Yes kerja." terangguk-angguk kepala Alana mengiyakan jawapannya.

"Kerja waktu dah nak hampir maghrib ni?"

"Er, ya."

Kai hanya menjatuhkan sedikit kepalanya meskipun dia masih teragak-agak untuk mempercayai Alana.

"Dah order?" Kai mengangguk kecil.

"Dah. Nasi goreng Pataya. Fresh orange. Your favourites."

Merah padam wajah Alana. Kai yang perasan akan perubahan wajah tunangnya itu hanya tersenyum kecil.

"Jangan comel sangat." ucap Kai perlahan.

"Hah? Awak cakap apa tadi?" bukan tidak dengar, saja mahu Kai mengulang kembali.

Hehe.

Kai berdehem.

"Nothing." Alana menyimpan senyum.

"Ala, nak senyum tu senyum jelah. Simpan-simpan pula. Mengada." sakat Kai.

"Eh mana ada saya nak senyum. Awak ni memandai aje."

"Oh yelah. Orang depan kau ni kan bukan kacak mana. Patutlah tak sudi senyum. Faham." acah Kai seolah-olah merajuk.

"Saya tak cakap! Awak yang cakap!" ujarnya sama seperti video yang viral di aplikasi hiburan baru-baru ini.

Kai menjelingnya.

"Amboi, jeling-jeling pula! Korek biji mata awak kang!" Kai berpeluk tubuh.

"Koreklah! Biar padan muka kau tak dapat nak merasa kasih sayang seorang suami nanti!" terdiam Alana.

Apa ni cakap pasal suami-suami. Kan dah nak tersenyum aje kerjanya.

Kai yang melihat Alana diam membisu itu hanya tertawa kecil.

"Kad jemputan dah siap?" soal Kai lebih serius. Maklumlah, urusan tentang perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibawa main.

"Dah, semua mummy dan bonda dah uruskan. Tinggal baju aje. Saya tak tahulah nak tema yang mana satu. Semua cantik-cantik." adunya. Kai tersenyum nipis.

"It's okay. Esok kau off-day kan?" Alana mengangguk.

"Esok kita cari baju. We'll find the dress that looks good and beautiful on you, okay? Don't you worry, kita proceed esok juga."
memerah wajah Alana.

Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Azan maghrib berkumandang. Menandakan telah masuknya waktu berbuka. Kai menadah tangan bagi mengetuai bacaan doa.

______________________________________________

Tok! Tok!

Tombol pintu dipulas.

"Zakhyra!" jerit Alana dengan beg kertas dijinjitnya.

"Shh! Boleh diam tak? Rumah aku ni rumah flat tau. Satu blok ni boleh dengar kau menjerit. Dah masuk." pintu ditutup rapat sebaik sahaja Alana menapak masuk.

HINGGA AKHIR NYAWA (C)Where stories live. Discover now