BAB 30

205 13 0
                                    

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Lailahaillallah Allahuakbar

Allahuakbar Walillahilham

Seminggu berlalu, hidup Ziyad menjadi serba-serbi kosong. Butang baju melayunya yang terakhir dibutangkan. Serba putih bajunya hari ini.

Air mata bertakung tatkala baju kurung arwah isterinya yang sepadan warna dengannya tergantung.

"Selamat hari raya, abang." bayangan Zakhyra yang sedang tersenyum serta berpakaian serba putih itu menyinggah segenap ruang matanya.

"Selamat hari raya, sayang." kaki menapak ke arah baju kurung arwah isterinya yang tidak sempat dipakai untuk menyambut hari raya Aidilfitri pada hari ini.

Dipeluk baju tersebut erat.

Air mata menitik namun cepat-cepat dikesatnya. Sepatutnya hari ini dia gembira. Hari dimana umat lain bergembira setelah sebulan berpuasa.

Selepas sahaja habis solat sunat hari raya Aidilfitri, dia tiba di kubur Zakhyra. Salam diberi.

"Assalamualaikum sayang. Selamat hari raya." air bunga disiram ke atas kubur Zakhyra.

Setelah itu dia duduk di atas tikar yang dibawanya.

Bunga mawar putih diselitkan pada kubur tersebut.

"Sayang suka warna putih, kan? Bunga mawar ni cantik. Macam sayang. Sama padan. Cantik sangat." sebak ditahan.

Termasuk hari ini, dia tidak pernah sekalipun terlepas daripada melawat kubur isterinya.

Setiap hari itu jugalah dia sentiasa membawa bunga mawar putih bersama
-sama dengannya.

"Sayang, abang sunyilah hari ni. Abang tak berkesempatan nak balik kampung. Raya dekat KL sorang-sorang aje. Abang bosan sayang. Abang ingat kita boleh beraya bersama-sama. Dan abang ingat raya pada tahun ni mampu jadi raya pertama kita sebagai suami isteri. Tapi sangkaan abang silap. Kita tak sempat, sayang." bibir diketap.

"Abang teringin sangat nak merasa rendang sayang. Itulah impian abang tau. Tak sabar nak rasa rendang ayam air tangan isteri abang. Pun tak sempat juga." air mata perlahan-lahan mengalir.

"Abang tak kuat, sayang. Sayang pendamping hidup abang, sayang kekuatan abang, sayang segala-galanya bagi abang. Sayang bawa separuh nyawa abang. Sayang bawa cinta kita. Abang keseorangan sayang. Abang hari-hari cakap seorang diri. Tiada siapa menemani abang." terasa bahu disentuh seseorang. Ziyad terus menoleh lalu melihat Zakhyra yang tersenyum manis.

"Sayang." Zakhyra mengangguk.

"Abang tak keseorangan. Abang ada Allah. Sayang bukan segalanya bagi abang. Allah, abang. Dialah segalanya bagi abang, bagi kita semua umat islam. Walaupun tanpa sayang, abang masih tetap kuat dengan adanya Allah. Sayang tak bawa semua cinta kita. Sayang bawa hanya separuh cinta kita. Kerana yang masih tersisa separuh itu adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW."
Zakhyra memeluk tubuh sasa Ziyad lama.
Ziyad tersenyum lebar tatkala merasakan pelukan sang isteri yang dirinduinya.

Saat Ziyad melepaskan pelukan, hilang bayangan isterinya.

"Sayang? Sayang?" seakan tersedar dari mimpi, dia baru teringat akan itu hanyalah bayangan isterinya.

Air mata kembali bercucuran.

"Sayang.. Abang.. Abang rindu.." teresak-
esak dia menangis.

"Yad, sudah-sudahlah tu. Hari ni sepatutnya kau happy happy aje. Janganlah sedih macam ni. Aku tak sanggup tengok kau sedih, Yad. Bangun, kita makan rendang mak aku jom." Ziyad menoleh ke arah Kai yang baru sahaja tiba di tanah perkuburan tersebut bersama-
sama dengan Alana.

HINGGA AKHIR NYAWA (C)Where stories live. Discover now