BAB 17

109 11 1
                                    

"Sayang abang!" nampak sahaja kelibat Zakhyra terus dia berlari anak lalu mendakap tubuh genit isterinya itu.

"Ermph abang! Lemaslah sayang." Zakhyra cuba melepaskan dirinya dari pelukan Ziyad. Bukan tidak suka, malah lebih suka dek kerana bau maskulin Ziyad.

Tetapi, lengan Ziyad sedang menghalang hidungnya dan mulutnya. Memang lemaslah jawabnya.

Laju Ziyad meleraikan pelukan.

"Tak suka abanglah tu. Yelah, abang kan bau busuk peluh. Segala macam bau ada." bersahaja Ziyad melemahkan suaranya sambil berjalan menuju ke arah bilik mereka.

Zakhyra menggeleng kepala kecil sambil berjalan perlahan-lahan dibelakang Ziyad.

"Mana ada busuk. Abang kan bekerja dalam aircond. Abang wangilah! Tadi sayang lemas sebab abang halang hidung dan mulut sayang. Tengok tu, ada niat nak bunuh isteri." ujarnya sambil memeluk pinggang Ziyad dari belakang. Kepala didongakkan.

Ziyad berhenti berjalan lalu kepala dipusing belakang dan ditundukkan bagi merenung isterinya.

Senyuman kecil dikoyakkan.

"Ada-ada aje eh baby abang ni. Meh sini."
hidung mancung Zakhyra dicuit lalu tangan Zakhyra ditarik ke hadapan. Perlahan-
perlahan tubuh Zakhyra dicempung ala-ala gaya bridal style lalu dia menapak menuju ke arah bilik tidur mereka.

"Sayang, abang mengantuklah. Jom tidur." ujarnya sambil tersenyum sinis lalu kening berombak-ombak. Pintu bilik dibelakangnya perlahan-lahan ditutup rapat.

______________________________________________

Mata tercelik tatkala kesejukan angin malam mengganggunya. Mata tertancap pada jam dinding.

4:30 pagi.

Zakhyra yang tidur nyenyak di sebelahnya di pandang sekilas. Senyuman kecil ditarik.

"Sayang, bangun. Kejap lagi dah nak masuk subuh." matanya digosok perlahan. Polos wajah Zakhyra memandang Ziyad.

"Hurm, kenapa pula? Biarlah." mata dipejam kembali bagi menyambung tidurnya yang terganggu.

Ziyad menggeleng kepala perlahan.

"Lupa ke?" ringkas sahaja balasan Ziyad. Terbeliak mata Zakhyra. Terus dia bangun dari tidurnya lalu tuala mandi dicapainya. Tubuhnya menerobos masuk ke dalam bilik air.

Tertawa besar Ziyad. Alahai, isteri.

Kring! Kring!

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Terpancar nama adik perempuannya.

Zafeera.

Terus panggilan diangkat lalu telefon diletakkan pada telinganya.

"Assalamualaikum, adik abang. Awal telefon. Ada apa?" tanya Ziyad. Mana tahu, ada hal kecemasan. Tidak pernah adiknya membuat panggilan seawal pagi ini.

"Waalaikumussalam, abang. Tak ada apa. Adik telefon ni, suka-suka aje. Tak ada hal penting pun. Abang tak tidur ke?" Ziyad tertawa kecil.

"Taklah, abang terjaga aje. Adik sihat?" balasnya. Walhal, dia bukan terjaga tetapi memang niat mahu berjaga di awal pagi.

"Sihat, Alhamdulillah. Abang dan akak sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Tak tidur lagi ke? Busy dengan assignment ke?"

"Eh adik memang bercadang nak bangun awal pagi. Nak siapkan assignment semalam. Adik tertidur. Penat abang."
adunya. Ziyad mengangguk kecil. Dia faham, bukan mudah untuk menempuhi alam di universiti. Ianya sangatlah sukar.

HINGGA AKHIR NYAWA (C)Where stories live. Discover now