Keluarga. Family.
Satu kata tu. Ianya amat bermakna pada aku. Sebab aku sebatang kara dalam dunia ni. Kadang-kadang aku rasa yang wujud aku ni tak nyata. Sebab aku tak ada sesiapa yang ada pertalian darah dengan aku.
Sebab tu aku tak suka fikir pasal keluarga. Benda tu buat aku murung. Dari kecil aku duduk dekat rumah anak yatim. Sendirian. Aku tak tahu apa-apa pasal ibu ayah aku. Aku kena buang ke? Atau diorang meninggal ke?
Aku tak tahu apa-apa.
Aku cuma dibesarkan di rumah anak yatim sehingga aku dah boleh menapak dengan sendirinya dalam alam kehidupan. Tapi, hanya beberapa orang je yang tahu latar belakang aku itu. Sebab semuanya nampak sempurna apabila orang melihat aku secara berhadapan.
Okay, cukup pasal aku. Sebab yang kalian nanti-nantikan adalah Leo. Bukan?
🍕🧒
Bunyi loceng di pintu kedengaran. Menandakan bahawa ada orang yang masuk ke dalam. Aku jangkakan ianya adalah Leo memandangkan waktu-waktu macam ni biasanya dia datang. Rupanya aku silap.
Ada pasangan yang melangkah maju ke arah aku. Pasangan tersebut sangat tertib dalam membawa diri mereka. Pakaian mereka amat dan sangat sopan. Si wanita berpakaian labuh dengan niqab di wajah. Si lelaki pula memakai baju lengan panjang dan seluar slack.
Di dalam pimpinan mereka ada seorang budak lelaki.
"Leo?"
Budak lelaki tersebut mendongak. Memandang wajah aku.
"Abang, ni ibu ayah Leo!" Ujar Leo sambil tersenyum girang.
Aku tercengang. Mulut aku sedikit ternganga.
Aku langsung tak menyangka ibu bapa Leo merupakan orang-orang yang sebegini. Maksud aku, orang-orang yang selalu kita labelkan 'alim dan warak'. Lagi-lagi bila aku tahu yang diorang tak meng-'Islam'-kan Leo. Aku fikir mungkin diorang keluarga yang open-minded dan carefree.
"Assalamualaikum. Saya Mikail. Ini isteri saya, Ana." Lelaki yang merupakan ayah angkat Leo itu menghulurkan tangan kanannya.
Aku menyambut tangannya dan menyalaminya.
"Waalaikummusalam. Saya Syahir. Panggil Syah je." Balas aku pula.
Kepala Mikail terangguk-angguk.
"Er.. kami datang ni sebab nak ucapkan terima kasih sebab hantarkan Leo balik haritu." Mikail terus memberitahu tujuannya datang ke sini.
Kening aku terangkat.
"Oh.. haah." Balas aku sebagai respon. Aku agak terkesima jugalah. Dorang datang sebab tu je. Bagi aku, agak normal lah perkara tu dilakukan.
"Encik dengan isteri datang sebab nak cakap tu je?" Soal aku.
Mikail tersentak. Kemudian, dia tersenyum. Wajah isteri dan anaknya dipandang sekejap sebelum kembali memandang aku.
"Betul tu. Tapi sebenarnya ada sebab lain juga." Balas Mikail.
"Oh.. nak beli pizza ke?" Soal aku.
"Eh bukan."
Mikail tergelak kecil. Tangannya terus menyeluk saku di bajunya dan menghulurkan sesuatu kepada aku.
"Kami nak jemput Syah datang ke rumah kami pada hari Ahad ni. "
Kad di tangan Mikail aku ambil dan baca.
Sambutan Ulang Tahun Leonardo Gabriel!
Cukup itu sahaja yang aku baca dan aku dah tahu semuanya.
"Birthday Leo?" Aku pandang wajah si comel itu.
Leo mengangguk.
"Beria-ia dia suruh ajak Syah datang. Sebab tu kami datang sini. Lagipun kami nak ucap terima kasih. Tu la sambil selam minum air." Beritahu Mikail. Dia tersenyum. Segak sungguh lelaki satu ni. Manis je wajahnya. Aku agak lelaki sehensem dia mestilah punya isteri yang tak kurang hebat cantiknya. Walaupun aku tak dapat melihatnya.
Di hati aku mulai terbit satu rasa. Ah aku tahu rasa ni. Ianya familiar. Dari dulu lagi sudah aku rasakannya. Bila ada kawan-kawan lain yang diberikan lebih perhatian. Dijadikan kegemaran. Dan aku pula.. sendirian. Ah rasa ni.
Cemburu.
Cemburu pada si kecil Leo yang punya keluarga bahagia. Sempurna lagi. Aku memandang wajah comel yang sedang tersenyum pada aku itu.
Tangan aku lantas mendekatinya. Kepala bulat itu aku usap.
"Terima kasih sebab jemput saya. Kalau tak ada aral melintang, saya mesti datang. Thanks Leo sebab ajak abang." Ujar aku sekaligus berterima kasih pada satu keluarga itu.
"Mestilah Leo ajak abang. Abang kan, abang Leo. Leo dah anggap abang macam keluarga dah."
Aku terkedu. Kata-kata yang keluar dari mulut si kecil itu buat aku terharu. Sumpah. Rasa nak nangis. Nasib baik ada ibu ayah Leo. Kalau tak, aku dah nangis sambil gomol si kecil itu.
Tiba-tiba, isteri Mikail, Ana membisikkan sesuatu pada lelaki itu. Wajah Mikail tampak berubah seperti menyedari sesuatu.
"Maaf, Syahir. Kami tak boleh nak berlama. Ada hal perlu di uruskan. Apa-apa pun. Kami menantikan kehadiran Syah hari Ahad nanti." Ujar Mikail.
Leo melambai ke arah aku sambil bergerak mengikuti langkah ibu ayahnya.
"Bye, abang. "
Aku membalas lambaiannya. Bye, Leo. Balas aku dalam hati.
Aku hanya mengiringi kepergian mereka dengan pandangan sahaja.
What a happy family.
[743 words]
YOU ARE READING
Pizza Boy
Romance🦋 Rama-rama? Pernah rasa tak rasa tu? Bila rama-rama menyerbu di perut, hati sedikit bergetar. Mata tak lepas memandang wajah indah itu. Senyum. Dari hujung rambutnya yang kuning keputihan hingga ke hujung kakinya yang bersarungkan kasut hitam sek...