Special story (9)

123 7 0
                                    

AKU tiup belon sekuat hati. Hampir tercabut nyawa aku. Mana taknya, lebih 30 belon aku tiup tau! Tapi takpe, kalau aku masuk pingsan, rayden boleh bawak aku pergi hospital pakai jet. Betul apa yang aku cakap?

Tak sesak jalan.

Matahari makin terpacak dilangit. Panas gila. Penghawa dingin kat rumah ni ada 7 pun, aku tak rasa cukup kot.

Haa, mesti pelik kan kenapa aku susah payah nak tiup belon? Ye lah, tak ke arwah aku nanti? Tak pasal-pasal masuk dalam world record sebagai perempuan pertama mati disebabkan tiup belon.

Jadi, untuk pengetahuan anak-anak, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, datuk-datuk dan nenek-nenek sekalian yang sayangi oleh keysha, harini adalah hari jadi rayden!

Haa! Terkejut tak? Mestilah.

Tak pernah lagi aku buat suprise untuk suami sendiri. Bila difikirkan, teruknya aku sebaga isteri. Kesian suami aku. Mesti dia nangis bila tengok reels ig orang suprisekan isteri tapi aku tak pun.

Eh, cukup-cukup! Kalau itu macam manyak borak ma, ini kerja tada siap.

Aku susunkan belon-belon yang telah ku tiup di penjuru rumah. Btw, bukan aku seorang diri sahaja. Ummi, abi, ibu , daddy dan mummy pun turut menyambut hari jadi rayden.

Kalau tak, aku tak rasa rayden akan dapat suprise harini. Tak ke gila aku seorang aje yang hias, yang masak, yang kemas rumah banglo dua tingkat ni? Aku tak segila itu lagi.

Aku tersenyum kecil sambil menghiasi ruang tamu ini. Tema kami ialah warna hitam! Ye, rayden memang pengemar warna hitam. Kalau boleh, semua barang dia nak hitam aje. Nasib tak dicat aje aku ni dengan warna hitam.

Kini, seluruh ruangan bertukar lebih gelap. Cat dinding rumah aku ni, memang warna legap. Warna hitam kelabu sikit. Saje, nak buat rumah vibe-vibe mafia.

Wattpad ofc!

Aku pergi ke dapur pula untuk menolong ummi dan mummy menyiapkan makanan. Resepi untuk sambutan ini adalah tteokbokki! Yee!! Rayden suka dengan tteokbokki. Dia selalu suruh aku buat, tapi haih. Macam lah aku ni reti sangat. Bukan apa, aku takut jadi kuah laksa je.

Disebabkan mummy berasal dari korea, jadinya memang dah pro lah. Aku pun, tak sabar nak merasa air tangan mummy! Ummi pula, buat murtabak maggi. Okey, untuk yang ni pula makanan kegemaran aku pula.

Diaorang dah lama rancang, aku je yang tak tahu.

"Mummy, kenapa keysha tak pernah dengar pun rayden berbahasa korea dengan mummy?" Soalku ketika sedang menolong ummi memotong daun bawang.

Mummy ketawa kecil. "Lah, rayden tak pernah cakap korea ke dengan kamu?"

Aku angguk. Setahu aku, mana pernah aku dengar dia cakap korea dengan mummy. Dengan aku pun tak pernah. Saranghae pun tak pernah.

"I don't know. Rayden dari kecil memang cakap melayu dengan mummy dan daddy. Jarang nak dengar dia cakap korea dengan kami." Jawab mummy sambil membasuh tangannya.

"Mummy, rayden takde awek ke masa dia tinggal dekat korea? Ye lah, sana kan ramai awek cun-cun. Takkan takde hati langsung?"soalku lagi. Entah kenapa tertiba terlintas dekat fikiran. Aku tak pernah tahu kisah hidup rayden waktu dia duduk korea.

"Aik? Kenapa tanya mummy? Tanya lah suami kamu sendiri." Ujar mummy. Nada mengusik.

"Tak nak lah. Keysha tak rasa rayden akan bagitahu."

"Hmm. Rayden waktu zaman sekolah dulu, dia tak pernah cerita apa-apa pasal perempuan. Mummy tu, kadang-kadang siap masuk bilik diam sebab nak tahu dia ada rahsiakan apa-apa ke dekat mummy. Tapi, mummy tak jumpa apa-apa pun pasal perempuan." Ujar mummy.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now